
Hah Update! Korang memang saje je kan? Blog ni sunyi sepi tanpa komen bila takde entri baru. Ok takpe, kita buat entri baru.
Sebenarnya, Khai demam. Dah 3 hari macam tu. Hingus tak henti-henti keluar. Benci syial! Annoying gila. Dah la hari-hari tidur bape jam je, tambah plak dengan selsema babi ni, lagi la tak boleh tidur. Sebab tak boleh bernafas. Koyok semalam beli 1 kotak terus. Penuh satu kepala dengan Koyok. Dua kat bahagian leher, Dua kat tepi kepala, satu kat batang idong dan satu lagi kat belakang badan. Nengok dalam cermin, macam dah tak lama je ko ni Khai? hahaha.
Nak dijadikan cerita, dah seminggu mengidam nak makan KFC. Dari sebelum demam lagi. Hari tu masa kat Ampang tak selera pulak nak beli walau dah terpandang dah pun. Maklumlah, baru lepas memboroikan diri kat kedai mamak sambil online. Mana nak selera dah nak makan kan? So petang tadi, dalam demam-demam pun, rempit terus satu Bangsar cari KFC. Malas nak pergi jauh-jauh almaklumlah orang demam. Tapi apa nak buat, dari pagi tak makan sebab tak larat nak keluar, nak taknak kene juga la keluar makan. Ye la orang dah takde awek kan, takde siapa nak amik berat lagi. Fuuuu~
Lepas puas merayap satu Bangsar, menyumpah-nyumpah sebab tak jumpa KFC. McDonald’s Duck ada la kot. Berhenti jap kat Petronas beli Air Cap Badak dengan Panadol Soluble 2 bijik. Akak Khai cakap kalau demam, dia minum Air Cap Badak dengan Panadol 2 bijik, kompem okey. Masa nak bayar tu tanya la awek cashier yang comel ni kan, mana nak cari KFC. (more…)

[audio:sepi.mp3]
Play audio sambil baca entri pun best.. Hehe
Tak banyak lagu di dunia ini yang mampu buat air mata ini berlinang dan mengalir deras. Tetapi lagu dari Soundtrack Sepi di atas ni betul-betul menyentuh jiwa. Menusuk ke kalbu hingga memadam kejantanan yang ada pada diri aku. Biarlah orang nak kata aku pondan sekalipun, dah memang aku jenis lelaki yang teramat-amat sentimental. Lelaki yang punya jiwa yang teramat-amat lembut seperti tisu.
Aku punya duit, aku punya keluarga yang sayangkan aku, aku punya handphone canggih, aku punya laptop canggih, aku punya kawan-kawan yang baik dan aku punya segalanya. Syukur Alhamdulillah. Cuma satu, aku kehilangan sesuatu yang dulunya menjadi pelengkap dalam hidup aku.
Kehidupan harian aku kini berubah. Jika dulu setiap pagi pasti ada seseorang yang akan kejutkan. Begitu juga sebelum tidur. Dulu aku sering menerima SMS yang amat jarang aku balas. Aku pernah katakan yang aku bosan pada dia. Bila dia memerlukan aku, aku tak pernah ada di sisi dia. Bila dia ada masalah, aku sering memberikan alasan banyak kerja dan jarak jauh untuk aku ke sana. Padahal Cyberjaya ke Klang bukanlah jauh mana. Bila dia call aku, aku seringkali memberikan macam-macam alasan untuk memutuskan talian. Aku lebih senang bila berbual dengan wanita lain berbanding dia di telefon. Dalam masa yang sama dia yang paling aku sayang. Aku sendiri pun tak faham.
Kini dia dah tiada. Tak mungkin kembali dalam hidup ni. Betul’lah kata orang. Sayangi seseorang itu seadanya. Sayangi semasa dia masih ada. Bila segalanya seakan-akan sudah terlambat, tiada kata lagi yang mampu untuk dilafazkan. Apapun aku tetap bersyukur biar di mana pun aku dan dia berada, kami masih dapat melihat Bulan yang sama. Alhamdulillah.
Satu lagi personal entri di Justkhai. Maafkan ku…

Hampir 6 hari blog ni berehat, memang macam-macam perkara yang jadi. Antaranya Khai dah ada awek baru. Maklumlah awek lama kena curi bulan 10 tahun lepas kan. Takpelah, halalkan sahaja. Dah memang bukan rezeki Khai la tu. WQX 7709, terima kasih di atas jasamu selama ini. Masa Khai study dulu, dialah yang paling berjasa. Tapi sayang, time graduate, dia dah tiada lagi. Khai ada buat entri mengenai kehilangan WQX 7709 ni dan korang masih bola baca kalau terlepas pandang atau mungkin pembaca baru di blog ini. Hehehe. [sini]

Isnin lepas (30 March 2009), Khai dah cari pengganti untuk dia. Mungkin pengganti ni takkan sama dengan WQX 7709, tapi tak mengapalah. Sekali lagi Khai kena kuat menerima yang itu bukan rezeki Khai. Mungkin motor baru ini rezeki Khai. InsyaAllah. Paling terharu, 100% duit pembelian motor ini, adalah duit melalui pendapatan internet yang Khai terima dan kumpul selama ini (plus RM650 duit insurans motor lama). Alhamdulillah dan motor ini di bawah nama Khai sendiri. (more…)