
Masih belum terlambat rasanya untuk Khai wish Happy New Year secara officialnya untuk korang yang rajin berkunjung ke blog khilaf ni. Satu je doa dan harapan agar tahun baru ni, kita semua mampu jadi jauh lebih baik dari tahun sebelumnya. Semua orang sibuk dengan wishlist bagi tahun baru begitu juga dengan Khai sebagai tanda cabaran pada diri sendiri. Apapun perlunya berserah pada Qada’ dan Qadar Allah. Pengalaman banyak mengajar apa sebenarnya erti hidup pada diri Khai.
1. Oh! my First Job
– Khai masih seorang jobless ketika ini di saat ramai member-member lain dah pun bekerja. Bukan kerana memilih kerja, cuma Khai rasa tak perlulah terburu-buru. Hidup di KL sebagai designer dengan gaji RM800, bukanlah satu pilihan yang bijak. Hidup di KL sebagai pekerja di Mc Donald juga, takkan mampu merubah hidup kau apalagi hidup kedua ibu bapa di kampung. Biarpun ianya rezeki yang halal, Khai percaya rezeki ada di mana-mana. Jangan sakitkan badan jika ianya tak membawa korang ke mana-mana. Apapun, mungkin bulan Februari, Khai akan mengucapkan selamat tinggal kepada apa itu “jobless”. Ada la entri di Justkhai ni nanti. (more…)
Maybank Berhad Fake Email

Tengah sedap-sedap layan chick-chick manis (haha) dalam pukul 4:15 pagi tadi, Khai ada terima email dari Maybank Berhad yang kononnya nak memperkenalkan “multi layer security authentication” la pulak. First of all, bila korang dapat email macam ni, kat title dia memang la dari Maybank Berhad. Cara pertama nak kenal pasti betul ke email tu datang dari Maybank dengan melihat address email si sender tu.
So bila Khai lihat email sender tu, ini email’nya (alerts@pro-servicenberhad.com).. WTF?!! Kalau korang masuk pro-servicenberhad.com pon, still under construction.
Ni content dalam email tu,
Dear Maybank Customer.
Due to the increased spam and security attack on our customers, we have introduced a multi layer security authentication which will protect and secure M2U account information and profile.
All Maybank Customers/M2U Users are required to immediately secure and protect their account security. Please note that failure to protect your account will result in an immediate account deactivation.
Follow the below reference to proceed.
http://www.m2u-authentication-links.com/Maybank-Online.htm
Account Security Department
Maybank Berhad.
Boleh tahan guling-guling jugak la Khai gelak. Hahahaha. Teringat satu berita baru-baru ni mengenai sorang cina ni yang duit dalam akaun Maybank dia hilang sampai RM5000 tu. Semua gara-gara email yang sebijik macam Khai dapat ni. Nak tahu lebih lanjut, gi baca kat News Scukz. Kalau nak lebih kepastian, korang boleh hubungi sendiri pihak bank. Kalau Maybank lagipun memang diorang takkan hantar apa-apa email untuk minta apa-apa dari korang. Kalau dia nak sangat pun, dia mesti call terus.
Nak tahu Khai balas ape? Click Sini.
Kepada pihak “Maybank” yang menghantar email tu, ini ada satu pesanan ikhlas dari aku untuk kau..

Yep! itu saje pesanannya..
Tag

Dah lama tak kena tag. Mungkin ada tapi tak perasan sebab trackback tak sampai. Haha. Tapi kat shoutbox tepi tu tiba-tiba semalam si AzizWan tiba-tiba dah berani nak Tag Khai plak. Sehari dua nanti, memang kene sekeh mamat tu. Hihi. Untuk tidak menghampakan “jemputan” dia tu, so khai “datang”.. Korang nak baca boleh baca. Taknak baca pun takpe. Saja Khai layan… (more…)

Agaknya, sekarang ni musim artis berlumba-lumba nak pakai sendat dan ketat ke? Baru beberapa hari gambar Fauziah Ghous (pic kat bawah tu) berseluar ketat hingga menampakkan ‘alur’nya, dah ada satu lagi gambar. Kali ini Nurul Syuhada Nurul Ain pulak. Selebriti TV3 yang juga pengacara Majalah Tiga (Dia membuatkan Khai tak minat lagi nak nengok). Agaknya tahun ni di Anugerah Bintang Popular ada anugerah “Artis Berpakaian paling Sendat dan Ketat” kot?

Scukz Ezine V2

Khai dah release’kan Scukz Ezine version 2. Korang boleh lihat di page utama Scukz.Com. Penat nye nak siapkan. Kalau korang pernah baca yang sebelum ni, sila lah clearkan cache browser tu dulu ye atau korang tak akan nampak sebarang perubahan. 14 Page jer tu. Ada la cerita sikit pasal Khai dan asal-usul Scukz tu. Bila rajin Khai akan tambah lagi page tu. Seronok bermain dengan flashpage ni. Kalau korang nak mencuba, (more…)
Posted on 3 November '08 by KhaiHassan, under Lain-lain. 56 Comments.