Top 100 Malaysian Blogs
First of all, maaf kalau korang rasa entri semalam tu merepek. Entri “Ada Apa Dengan 1 Malaysia”. Sebenarnya memang Khai nak kritik pasal 1 Malaysia tapi since isu tu agak sensitif dan takut ramai yang cakap ini blog politik nanti, Khai batalkan niat. Terus entri tu meleret sampai jadi entri share barang pulak kan? Hehehe. Kadang-kadang orang ni memandang rendah. Konon usia baru 21 tahun, jangan cerita pasal politik. Budak hingusan lagi. Apa punya mentaliti bangang la dia bawa. Umur tak menggambarkan mentaliti seseorang la bai..
Entri kali ni ringkas je since Khai dah dapat feeling untuk update blog hari-hari kan? Macam yang Khai tulis kat entri “Ada Apa Dengan P1 Wimax?” dulu, nak ber’blog pon kene ada feel. Kalau takde feel, jangan la korang update blog tu. Buang masa orang je untuk baca. Paling penting, kestabilan internet memainkan peranan penting dalam blogging. Dalam keadaan sekarang, mungkin kerana itulah komuniti blog negara kita ni tak se’aktif negara lain.
Terlebih dahulu, Khai ber’blog bukanlah untuk mengejar ranking atau pendapatan. Tapi semua ni terjadi dengan sendiri tanpa kita minta. Rezeki Allah beri. Dan ianya tak lebih dari satu sumber inspirasi untuk diri sendiri. Pernah korang ber’blog atas dorongan ibu-bapa? Pernah korang berblog dengan dorongan adik-beradik atau kawan-kawan? Tak pernah kan even kerajaan Malaysia pun rasanya tak heran dengan dunia blog ni melainkan blog-blog politik, heran la diorang. Dunia blog ni inspirasi dia tak lebih dari apa yang korang cari untuk diri sendiri. What You See, Is What You Get (WYSIWYG). Boleh dikatakan mereka yang membaca banyak blog setiap hari, 50% lebih genius berbanding mereka yang gemar membaca novel sepanjang masa lapang. Which is, useless. Pembacaan blog tu pun tidak termasuk blog-blog yang bercerita mengenai hari ni dia sakit perut terberak-berak ataupun hari ni gula kat rumah dia masuk semut. Pembacaan blog-blog seperti itu totally membuang masa korang. Time is tissue you know?
Terbaru, blog ni disenarai’kan dalam 100 Blog Paling Popular di Malaysia. Sekali lagi bukan kita yang minta tapi ianya datang sendiri. Berada di ranking 37 rasanya satu pencapaian hebat untuk diri Khai sendiri. Maklum’lah (more…)