How to bypass any Proxy?!!

Khai hate proxy too
Khai tak larat nak update ni, tapi ade orang tu (buat2 tak kenal) suruh Khai update kat Shoutbox tu, so Khai update la jugak blog ni. Terima kasih kepada mereka yang tak putus-putus masuk ke sini setiap hari. Demi Allah, takde sedikit pun niat nak dapat pendapatan from iklan etc melalui blog ni. Ape yang Khai mahukan, supaya korang dapat something dari sini. Ikhlas beb, tak mintak bayar pun. Peace!!

Entri kali ni Khai nak ajar cara nak bypass proxy. Proxy tu bukan nama kuih ok. Ala, kalau korang pernah online kat University, Office atau sekolah, biasa sangat diorang tu proxy web sana-sini. Ini tak boleh masuk, itu tak boleh masuk. Contoh paling bodoh pun, kat tempat Khai ni. Myspace memang diorang proxy, tapi Facebook dengan Friendster, tak proxy pulak. Ape kejadahnye semua ini? Kalau korang tak faham jugak, jom la pergi Wikipedia hai.. tu pun nak kene cakap.. Hehe.

Secara praktikalnya, bukan Khai nak ajar apa pun, cuma beri sedikit panduan mengenai software ni. Kalau before, korang gunakan free web proxy seperti HideMyAss atau Unblock7 untuk masuk Myspace dan sebagainya, kali ni Khai nak korang lupakan semua ni. Almaklumla, even konon boleh lepas proxy pun, ada juga web yang dia tak boleh lepas. Contohnya Direct Admin & Cpanel (sapa ada web dia tahu la), web-web macam tu tak boleh lepas punya. Tapi dengan software yang akan Khai kongsikan nanti, jangan cakap Direct Admin, Cpanel dengan Myspace je yang korang boleh masuk, segala jenis web lucah pun boleh. Haha. Pandai-pandai korang la nak hidup ye. Takut dosa jangan di buat.

UltraSurf, pernah dengar? sebuah perisian ringan yang boleh berfungsi dengan sangat baik. Terima kasih kepada Flameduplicate dari forums Scukz kerana memperkenalkan Khai dengan software ni. Dah hampir sebulan rasanya Khai online dengan Ultrasurf tanpa melihat screen Proxy dari pihak University tu lagi. (more…)

Ditulis pada 10 July '08 oleh | 853 views telah diterima.
Dalam kategori Tutorial | Promo di Twitter! | 102 Respon

Berapakah Gaji CEO TNB?


Kadang-kala Khai terpikir, mengapa dunia ini tidak adil. Mungkin korang juga pernah terpikir. Ok macam ni, ramai orang kaya yang kaya dengan sesuatu dari alam-semulajadi. Ini bermakna, dia boleh kaya sampai tahap melampau dengan apa yang Allah kurniakan untuk kemudahan umatNya bersama. Pernahkah Tuhan beri hak kepada sesiapa khazanah alam berikut? Khai agak tidak faham mengapa wujudnya tuan tanah. Dia ke yang buat tanah tu? mengapa bila kita nak beli tanah tu kena bayar mahal-mahal? betul ke itu tanah dia? bagaimana dia dapat tanah tu? siapa yang beri? dan yang pastinya, tiada siapa yang berhak memberi hak itu kepada dia kecuali dari Allah Swt. Jika Khai silap, sila betulkan.

CEO TNB
Begitu juga dengan billionaire dalam dunia ni. Bill Gates kini dah jatuh tangga ke-3 manusia paling kaya di dunia. Bill Gates berhak menjadi idola Khai kerana dia mencipta sesuatu dari apa yang di mampu. Dia mengasaskan Microsoft dan memberi kemudahan kepada dunia menggunakan akal-fikirannya. Bagaimana pula dengan manusia terkaya di Malaysia? Mereka kaya melalui gula, minyak & macam-macam lagi khazanah tersedia. Ya, minyak yang 100% sedia ada hasil kekuasaan Allah SWT.

Untuk yang kaya melalui minyak, kalau difikirkan, bagaimana minyak itu boleh dikatakan hak dia? Lupakan itu dulu. Sekarang fikirkan mengapa dia boleh kaya dengan minyak. Dia gali-gali minyak dan jual kepada dunia. Kalau minyak di situ takkan habis sampai bila-bila, ini bermakna 18 keturunan dia atau lebih pun akan terus mewarisi minyak anugerah Tuhan itu. Kalau nak dibezakan dengan Bill Gates, bayangkan jika Microsoft kekeringan idea, makan ternoktahlah karier Bill Gates buat selamanya. (more…)

Ditulis pada 6 July '08 oleh | 955 views telah diterima.
Dalam kategori Daily Craps | Promo di Twitter! | 50 Respon

Website Utusan Malaysia di Hack!!

Selepas website Perdana Menteri Malaysia di hack [gambar 1 | gambar 2] dan diakhiri dengan alasan oleh admin bodoh website tersebut, Website utusan pula di hack!! Click gambar di bawah untuk snapshot dari browser.


* sila click gambar di atas..

Semasa Khai menulis entri ni, page tersebut masih lagi sama tidak berubah. Mungkin kerana admin mereka juga bodoh sepeti website Pak Lah. Buat habis duit bayar mahal-mahal. Satu-persatu padah yang keluar untuk mereka yang di bawah kerajaan. Nantikan entri akan datang mengenai kes tuduhan ke atas Anuar Ibrahim. Siapakah itu Mohd Saiful Bukhari bin Azlan?!!

Update 06 july: ianya bukan hack/deface, tapi cuma xss.. Jangan maraa. Entri ini untuk SEO blog ini sahaja..

Ditulis pada 5 July '08 oleh | 1,294 views telah diterima.
Dalam kategori Tergempar | Promo di Twitter! | 34 Respon