Masa tengok gambar-gambar lama kat Flickr, boleh jumpa pulak gambar motor ni. Ni la motor pertama Khai masa masuk belajar dulu. Masa tu memang susah kalau tak ada motor nak pergi kelas. Punya baik abang ipar dia pun belikan motor ni atas nama dia.
Motor ni Khai dapat pakai tak lama pun sebelum hilang kalau tak silap hilang pada tahun 2010. Memang rasa patah kaki betul masa tu. Dah la hilang dekat pondok guard. Sekali dua motor pulak tu yang hilang (member guna EX5 pun hilang sekali) sebelah-sebelah. Fuh!
Sekali lagi, abang ipar yang belikan motor tu tadi pinjamkan motor dia pula (125ZR jugak).
Disebabkan patah hati motor dah hilang, tetap nak ambil motor yang sama juga. Maka, Abah berbekalkan duit yang tak banyak mana (kami orang susah) pun bantulah untuk keluarkan motor 125ZR juga tapi bukan barulah.
Tapi motor 2nd ni korang faham je la. Tak ingatlah berapa ribu duit kena keluar lepastu… Tapi..
Bila aku belek-belek balik blog ni, rasa sedih pula sebabnya dulu aku pernah merasai betapa best nya dunia blogging ni. Zaman semasa belum wujudnya media sosial seperti Facebook, Twitter, dan Instagram yang sebenarnya membunuh dunia blog ni.
Blog yang aku maksudkan, blog peribadi yang mana sekarang kita semua lebih suka kongsikan hal peribadi di Facebook mahupun Instagram sahaja. Tak lagi boleh dibaca dan diakses ramai orang seperti menulis di blog. Blog masih wujud tapi semuanya seperti tabloid berita semata-mata tak pun pasal artis. Hmm boring.
Banyak kawan-kawan blog dulu pun semua dah lenyap. Banyak domain kawan-kawan blogging yang aku masih rujuk tapi boleh dikatakan semuanya dah hilang. Domain pun diorang dah tak renew, dengan blog-blog sekali ghaib selamanya. Masing2 dah ada dunia sendiri yang mereka pilih.
Mujurlah aku masih sayang dengan domain JUSTKHAI.COM ni dan terutamanya semua penulisan di blog ini la. Walaupun aku dah tak maintain lagi, tapi atleast dapat juga aku masuk baca balik riwayat hidup aku berbelas tahun lalu. Yihhaa.
Bila tengok WordPress ni sendiri, dah lain betul. Sumpah rasa canggih gila kot! Haha! Maklumlah sekarang kau menulis lagi, tapi tak guna WordPress dah. Hehe.
Last post aku pasal artikel terakhir untuk kenang-kenangan dan sepatutnya itu menjadi artikel terakhir di Justkhai ni sampai bila-bila. Tapi aku secara peribadi nak puaskan diri sendiri sahaja untuk update blog ni setiap kali bila aku teringat semula. Saja jer la nak lepas gian. Hehe.
Dalam kata lainnya, aku dah tak berharap blog ini di baca oleh sesiapapun. Tapi kalau kau dah terbaca sampai ke sini, mesti kau pun antara minoriti yang kekal merindui zaman hebatnya blogging ni suatu masa dulu kan?
Kenangan indah yang tak boleh lupa sampai bila-bila.
Bulan Ramadhan tahun ni lain macam sikit untuk aku. Iyelah buat pertama kali dapat bersahur berdua dan berbuka berdua suami isteri. Alahai indahnya hidup bila difikirkan. Heehee. Kadang-kadang kita kejut dia, dan kadang-kadang dia pula kejut kita. Kadang-kadang dua-dua bangun lepas azan subuh. LOL! Dulu kalau bukan dengan member, kadang-kadang berbuka pun seorang-sorang apalagi bila bersahur. Sedih rasa hati. Perut yang lapar pun jadi kenyang sebab hilang terus selera makan.
Raya tahun ni tentulah lagi menarik sebab selama ni dalam family, Khai je yang tak ada pasangan lagi dalam 6 beradik kami. Lain semua dah kahwin (4 akak 1 abang). Bila ambil gambar family tu memang tak balance sebab ada sorang budak ni forever-alone sorang-sorang je tak ada orang kat sebelah dia sudi jadi pasangan. Jadi tahun ni mestilah best lagi sebab kekosongan telah diisi dengan begitu sempurna. Terasa dia amat champion. Cewah!
Raya tahun ni juga si dia request nak tema warna biru putih. Dah macam warna tema Barisan Nasional daa. Si dia cakap suruh pakai samping masa nikah hari tu. Jadi hanya perlu beli baju ajelah nanti. Sebenarnya Khai ni bila raya langsung tak pernah kisah pasal baju raya baru apalagi sibuk pasal warna tema segala ni. Kalau elok lagi baju raya 2 3 tahun lepas, itulah yang disarungkan bila raya sebab memang jenis malas betul nak shopping cari baju raya ni. (more…)