Fast Update #8

Hari ini dalah sejarah bilamana “Fast Update” kembali wujud di Justkhai. Kalau semak balik Fast Update #7 sebelum ni, agak-agak bila? Heh 3 tahun yang lalu. Haha! Nampak sangat kegilaan kepada menulis sudah semakin berkurangan. Demm!

Baca balik Fast Update #7 sebelum ni, tersengih sendiri. Alahai banyaknya yang dah berubah dalam masa 3 tahun dari artikel tersebut ditulis. Sampai dah ada bini dah pun ni haaa. Duh! Fast update ni actually artikel yang spontan dengan apa yang baru berlaku disekeliling dalam tempoh terdekat. Tiada semakan kedua dilakukan jadi maaf jika ada banyak typo dan sebagainya. Haha! Ok berikut adalah fast update edisi ke-8 di Justkhai.

1. Maybank2u Pay

Screen Shot 2013-04-20 at 2.00.32 AM

Baru-baru ni Maybank ada memperkenalkan servis baru mereka yang diberinama Maybank2u Pay. Fungsi Mb2u Pay ni mudah sahaja di mana mereka cuba untuk menyediakan satu cara yang mudah untuk para peniaga online menerima bayaran dari pelanggan mereka. Dengan hanya satu klik sahaja, pelanggan akan terus dibawa ke website Mb2u dan di sana mereka hanya perlu masukkan username, password, TAC dan jumlah pembayaran, kemudian submit. Tadaaa! Selesai satu proses jual beli secara online. Kalau korang biasa beli tiket wayang secara online dari apps GSC Cinemas dan sebagainya, korang tahu la camana benda ni berfungsi.

Oh! Media awal-awal lagi dah apply untuk mencuba servis ni dan petang semalam pihak Maybank dah pun call membawa berita baik, “Encik Khai, Permohonan Anda Diterima!”. Yeah! Hahaha!

2. Facebook dengan logo baru’nya

justkhai-facebook-go-flat-1

Nampak gayanya Facebook pun mengikut jejak Microsoft dan Google untuk memperkenalkan logo baru diorang dengan gaya flat ibarat baru lepas dilanggar steam-roll mahupun dipijak Kongkang. Trend zaman sekarang memang logo diorang semua nak nampak 2D sahaja dan no more 3D. Kadang-kadang pelik masa 2D dulu orang kata kuno tak nampak real. Bila dah 3D, diorang nak kembali ke 2D sebab nampak lagi style. Haha trend katanya! Malah kelihatan bukan sahaja logo Facebook yang dah flat, tapi banyak icon lain lagi.

justkhai-facebook-go-flat-2

3. Temubual Astro Awani

justkhai-astro-awani

Ini kali ke-2 tembual bersama pihak Astro Awani yang berkaitan dengan Oh! Media. Kali ini temubual mereka lebih menjurus kepada pembangunan sebuah syarikat melalui kuasa bidang sosial media dan pelbagai lagi tentang blog. Part pertama telah keudara beberapa hari lalu dan part ke-2 akan menyusul minggu depan. Apapun tiada Khai Hassan di dalam interview itu kerana telah diwakilkan oleh senior editor OH! Media, Aim Dot Dot yang juga banyak tahu susur-galur sebuah Oh! Media. Wohha!

4. Pak Hassan!

justkhai-pak-hassan-discharge

Alhamdulillah. Keadaan kesihatan abah saya semakin baik. Lepas keluar dari wad hari tu, kami banyak berubat cara Islam dan Alhamdulillah, hari demi hari keadaan semakin baik. Apa yang buat saya semakin tabah adalah bila orang buat cara kotor pada keluarga kami. Lagi orang buat, lagi dekat kami dengan Allah. Terima kasih banyak-banyak pada beliau. Heh.

5. Ahad ini ke Ipoh

justkhai-mak-ai-kahwin

InsyaAllah Ahad ini akan ke Ipoh untuk majlis perkahwinan mak saudara (sebelah pihak lelaki). Harap-harap jangan la ada hal di saat akhir. Selain nak ke majlis tersebut, teringin juga nak singgah makan Nasi Ganja. Dah naik bernanah telinga dengar orang cerita best sangat tapi sampai laaa ni tak pernah dapat cuba. Betul ke Nasi Ganja namanya? Ke Nasi Vangey? Ke sama sahaja? Entahlah malas nak Google nanti find out masa dah di Perak. Hehe. Teringin juga nak jalan-jalan di Perak tengok apa yang menarik. Ada orang Ipoh ke yang baca blog ni? Boleh la tolong bawa kami jalan-jalan. Haha!

6. Politik?

69438_582926095064542_1225102318_n

Hahahahaaaa!! Ini perkara yang paling hangat diperkatakan sekarang maklumlah lebih kurang 2 minggu sahaja lagi nak PRU. Politik di Malaysia ni sentiasa buat ketiak rasa geli. Surat khabar dan TV sentiasa memainkan peranan penting mereka. Baik makan kuih lagi best kata orang.

justkhai-ketua-kampung-marah

Apapun pilihan kita, janganlah sampai hilang kawan, putus saudara, bercerai-berai dan sebagainya. Kita kenalah bersedia untuk menerima hakikat kadangkala pilihan orang lain tidak sama dengan kita dalam semua perkara apalagi berkenaan politik. Masing-masing ada pandangan mereka dari ruang-lingkup dan kepercayaan mereka sendiri. Jadi sama-sama menghormati pandangan orang lain dan bila keluar result nanti, terimalah suara majoriti dengan hati yang terbuka. Jauhkan dari sikap memperlekehkan pemimpin, mencela pemimpin dengan bahasa yang tidak manis dan usahlah terlalu taksub hingga memuasnahkan silaturahim.

Selain Justkhai sebagai diari penulisan Khai sendiri untuk berkongsi kepada korang semua, perihal tentang Khai dan Oh! Media juga boleh diikuti melalui Oh! Instagram di mana post pilihan dari Instagram akan dihantar ke sana sebagai diari bergambar persendirian tetapi umum. Best bila ada diari style gambar kerana kita tak perlu tulis panjang-panjang sebenarnya kerana setiap gambar yang kita ambil tentunya memberi 1001 makna yang hanya kita seorang yang tahu. Which mean bila lihat gambar sahaja, terus ingat akan apa yang kita fikirkan masa gambar tersebut di ambil. Ianya salah satu diary yang awesome pada pandangan seorang Khai.

Itu sahaja untuk Fast Update selepas 3 tahun terhenti. Hehe. InsyaAllah doakan tuan blog ini tidak malas lagi untuk menulis. Moga yang terbaik untuk hari-hari korang. Wassalam.

Ditulis pada 5:41 PM 19 April '13 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 1,828 views | Dalam kategori: Blog, Hidup Khai | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , , , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

9 Comments »

Comment by soleheen
2013-04-19 17:59:00

kuih tu paling smart..tengah kalut berpolitik ramai jadi mangsa..fitnah sana sini..seks la apa la ..pffttt

..
 
Comment by Man
2013-04-19 18:01:29

Yeah! Khai is back. :8

..
 
Comment by Ikhwan
2013-04-19 18:05:16

Pehh lama tak masuk blog ni, entri kali ni dpt thu prkembangan trkini life khai yg lama sepi

..
 
Comment by PerttZyana
2013-04-19 21:51:48

apa yang macam jeli2 hijau putih tu cantik laplak kuih tu.. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by safwan seth
2013-04-20 05:06:02

nasi ganja, mee racun. nama kemain

..
 
Comment by Muna
2013-04-20 08:43:54

Saya orang ipoh. Meh saya bawak abam khai dengan isteri jenjalan :p

..
 
Comment by Rizuan
2013-04-20 13:15:57

Well, Facebook skg pun dah ada new interface.. but still timeline.

..
 
Comment by aizuddin
2013-04-21 16:39:18

Boleh la upload part astro awani lepas ni, tak sempat nak tengok ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by azman
2013-06-04 02:16:55

Terima kasih tuan… informasi yang sangat bagus… teruskan share ilmu nya ya…

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post