Transformers 2: Revenge Of The Fallen – Official Trailer

Walaupun hampir 4 bulan lagi Transformer 2 ni nak dikeluarkan (26 June 2009), Kehangatannya semakin dirasai. Tambah-tambah lagi dengan trailer yang gempak habis. Bagi penggermar filem action yang suka melihat kehebatan orang bermain dengan CGI, ada dua filem yang perlu korang nanti-nantikan.

Bulan depan, ada cerita Dragon Ball yang dah di’real’kan menjadi sebuah filem, Dragonball Evolution. Bukan kartun lagi dan insyaAllah, Khai pun akan turun panggung. Ye la kan, dulu masa kecik Dragon Ball la kartun yang Khai tunggu-tunggu setiap hari Sabtu dan Ahad jam 9 pagi di TV2. Tak tahu la sekarang ada lagi ke tidak, rasanya takde lagi dah. Nostalgia habis bila mengenang time kecik-kecik dulu.. Ingat lagi dialog dalam iklan Dragon Ball dulu-dulu. “Mutiara Naga ini ada 7 biji ke’semuanya..” .. “hah apa? 7 bijik?!! saya pun tak tahu”, kate KeluangMan yang menjadikan iklan itu agak lucu.

Hai dunia kanak-kanak. Tiada percintaan yang menyakitkan, tiada rakan-rakan tikam dari belakang, tiada kerisauan pasal kerja dan belum sempat lagi nak mengenang masa depan mendatang. Indahnya dunia kanak-kanak bahkan syurga pun kelihatan betul-betul confirm ketika itu. Betul tak?

Pssttt: Oh ya, 26 Feb 2009 ni keluar cerita Street Fighter: The Legend of Chun Li. Khai tak tahu la best atau tidak namun yang pastinya korang pun tahu siapa yang menjadi Chun Li kan? Siapa lagi kalau bukan Kristen Kreuk, gadis orang putih terakhir. The Punisher 19 Feb. Ah beli DVD cetak rompak sedey yang ni. Hahaha.

Trailer Dragon Ball? (more…)

Ditulis pada 18 February '09 oleh | 620 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 19 Respon

Apa itu Ubiquity? dan korang wajib cuba!

HOT HOT!! Gambar Seksi Azizah Mahzan Tersebar
Link: Oh! Artis mempersembahkan….. klik di sini…


Khai nak bagi tutorial detail gila babi pun macam tak kena pada masa. Ye la busy sikit dengan hal-hal untuk diri sendiri. Apa tu? Kahwin? Tunang? Tido? Wallahualam. Apepun, jom Khai perkenalkan korang dengan Ubiquity. First time dengar? Hurm, kalau macam tu baca entri ni sampai habis dan cuba sendiri. Khai pun baru je tahu. Thanks Amanz. Bila Khai cuba sendiri, terasa benda ni 101% lebih memudahkan dunia internet Khai dan juga korang (bakal).

Ubiquity adalah sebuah plugin untuk Firefox yang dibangunkan oleh Mozilla Labs. Berikan tepukan pada diri sendiri jika anda sedang menggunakan Mozilla Firefox untuk melayari Internet. Masih menggunakan Internet Explorer? Hantukkan kepala anda di dinding. Hurm, maaf sedikit kasar di situ. Tapi padan muka. Sebenarnya Justkhai ni amat sakit bila dilayari menggunakan Internet Explorer (IE). Jangan sesekali gunakan IE untuk melayari website melainkan korang seorang Web Developer. Ops! Kalau nak menghentam IE memang takkan habis, so Khai, sila stop di sini. Oh ya, asalkan korang jangan uninstall IE tu sudah kerana applikasi seperti Yahoo Messenger dan Google Talk memerlukan IE untuk berfungsi. Wonder? sila Google sendiri.

Berbalik kepada Ubiquity, sebelum Khai jelaskan apa yang dah Khai lalui lepas menggunakan plugin ni, better la korang nengok sendiri review dari creator dia. (more…)

Ditulis pada 17 February '09 oleh | 687 views telah diterima.
Dalam kategori Tutorial | Promo di Twitter! | 46 Respon

Kita sebenarnya lebih….


Nak dijadikan cerita, semalam tunang akak Khai suruh buat reservation 4 tiket wayang cerita Geng. Hurm, GSC Alamanda untuk jam 6 petang dan 8 malam, kedua-duanya FULL house daa. Ditutup untuk tempahan online. Hurm see.. tak sabar nak tunggu berapa kutipan Geng ni nanti. Sungguh terharu walau nyatanya Khai langsung tiada kena-mengena. Eh ada, Khai adalah warga Malaysia yang berbangga dengan produk animasi 3D tempatan. Kan? dan korang?

Entri hari ni ringkas sahaja. Taknak susahkan korang untuk baca panjang-panjang. Biar entri ringkas, asalkan tepat, padat dan mutakhir. Haha, ala-ala slogan RTM gitu ye tak? Entri dipetik bulat-bulat dari Oh! Tidak.


Kita sebenarnya… Lebih gembira menyambut 1hb Januari daripada 1 Muharram.

Kita sebenarnya… Lebih tahu apa itu 14hb Februari daripada 12 Rabiulawal.

Kita sebenarnya… Lebih membesarkan hari Sabtu, Ahad daripada hari Jumaat.

Kita sebenarnya… Lebih Khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan.

Kita sebenarnya… Lebih suka lepak, tidur, tengok TV daripada Sembahyang.

Kita sebenarnya… Lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi kita.

Kita sebenarnya… Lebih suka menyebut Hello! Hai! daripada Assalamualaikum.
(more…)

Ditulis pada 16 February '09 oleh | 1,297 views telah diterima.
Dalam kategori Religion | Promo di Twitter! | 26 Respon