
Apa dah jadi pada dunia. Dulu semua orang sibuk nak bela kucing. Tapi sekarang, jarang-jarang dapat kita nengok. Alasan mereka, bulu boleh membahayakan kesihatan. Almaklumlah, orang malaysia sekarang ni dah penuh dengan kesedaran akan kesihatan ye tak? Hurm, kalau ada yang bela kucing pun, semua dalam sangkar. Pendapat Khai, baik tak payah bela kalau nak kurung kucing tu dalam sangkar je sampai dia mati. Sama je la proses dia macam korang kene penjara seumur hidup. Itula yang kucing tu rasa.
Kucing…. semua pun tahu haiwan kesayangan Rasulullah. Sampai sanggup baginda memotong sejadah sebab taknak kacau kucing tu tidur kan? Mulia sungguh hati Rasulullah. Khai sebagai manusia yang hina ni, kalau ada la kucing yang tidur atas sejadah, silap-silap kena lipat sekali dengan sejadah kucing tu. Hahahaa. Orang nak buat tempat solat, dia boleh bantai tidur la pulak yer tak? (more…)
Ditulis pada 24 December '08 oleh KhaiHassan | 1,385 views telah diterima.
Dalam kategori Hidup Khai, Kisah Cinta | Promo di Twitter! | 75 Respon

Khai cukup menyampah, bosan dan jelik dengan kisah Awie yang ingin menyaman ayahanda Pekida, Haji Jamaluddin Yusof dek kerana tuduhan kononnya dia mengambil yuran ahli dari ahli Pekida yang lain. Hey come on, buat malu je. Ape ni kononnya pertubuhan Melayu Islam. Tapi sesama ahli pun boleh nak saman menyaman. Alasan Awie, dia difitnah. Tapi mengapa perlu saman? Tak boleh bincang baik-baik ke? Awie Ayahanda Ukays Perdana saman ayahanda Pekida’nya sendiri? Hurm.. Perkembangan terbaru yang Khai baca, si Haji Jamaluddin Yusof tu pulak sedia di saman oleh Awie. Dia tak takut langsung. Mungkin berani kerana benar? katanya, anak melayu pantang dicabar! Rasanya kalau takde lagu dangdut, masakkan punggung bergoyang wahai saudara Awie kan? Haha peribahasa baru hari ini. Keterangan lanjut korang boleh usya Harian Metro. (more…)
Ditulis pada 23 December '08 oleh KhaiHassan | 8,623 views telah diterima.
Dalam kategori Hiburan, Tergempar | Promo di Twitter! | 228 Respon

Entri kali ni pelik sikit kot? Apejadah nye si Khai ni nak beri petua ye tak? Dah tua ke dia? Well dont worry, ni bukan petua sebenarnya, tapi pemuda. Maklumlah ni adalah resepi untuk awet muda yang berkekalan. Mungkin wajah korang akan kelihatan 5 tahun lebih muda dari sekarang? Kepada nenek-nenek yang dah berumur 80 tahun tu, sorry la kalau you all try petua ni pun, muka you all still nampak macam 75. Tua jugak. Kwang kwang kwang. Ops! Nenek, jangan saman saya, saya orang susah..
Ok, kalau boleh korang ikut cara-cara ni satu persatu yer. Sama-samalah kita kelihatan 5 tahun lebih muda. Warning kepada adik-adik yang baru berumur 5 tahun tu, tak payah sibuk-sibuk nak cuba sebab kalau umur korang baru 5 tahun, then nak jadi pulak 5 tahun lebih muda. Abis, nak muka korang masa umur 0 ke? Nak transfer masuk dalam perut balik? (more…)
Ditulis pada 22 December '08 oleh KhaiHassan | 3,155 views telah diterima.
Dalam kategori Hidup Khai, Kisah Cinta, Tutorial | Promo di Twitter! | 86 Respon