Kenapa Blogspot dan WordPress harus diboikot?


Rajin Khai update blog kan? Boleh kata setiap hari Khai akan update dan ada tarikh tertentu yang sehari sampai 2 entri baru Khai tulis. Entahlah, mungkin ilham nak menekan keyboard ni tiba-tiba datang, dan tanpa buang masa, Khai tekan je la apa yang terlintas. Sambutan yang diterima pun alhamdulillah, makin hari semakin meningkat. Online users pun makin hari makin bertambah dan dalam sehari untuk terima 30 komen dalam entri tu bukan sesuatu yang susah lagi untuk Justkhai. Ada yang letak iklan terus untuk setahun (RM100 jer pun). Terima kasih atas sokongan korang. Allah je yang membalasnya.

Tadi, melalui reader Khai cuba nak masuk blog DesignZen yang beralamat di http://designzen.wordpress.com. Malangnya, apa yang keluar adalah seperti di bawah.

Itulah penangan paling ditakuti mereka yang ber’blog menggunakan khidmat blog percuma. Sayang sekali untuk blog yang bagus begitu disuspend dengan sangat mudah.Tapi jika blog WordPress percuma korang di’suspend, masih ada peluang untuk mendapatkan balik blog tersebut dengan cara menghubungi mereka kerana WordPress menggunakan robot untuk mengawal mana-mana blog di bawahnya yang mempamerkan scam link di dalam network mereka. [ini contoh satu kes]

Begitu juga pernah terjadi dulu, Blog Tun Mahathir di Blogspot yang di’suspend untuk selama-lamanya akibat dicop sebagai scam dan tiada apa lagi yang dapat diselamatkan. Biar menangis air mata darah sekalipun, korang tiada hak nak marah mereka kerana blog korang adalah percuma dan korang dah tentu takde 1% pun share dengan mereka di Blogspot.

Kalau ditanya Khai mana satu yang bagus Khai akan jawab dua-dua pun bagus kerana WordPress dan Blogspot masing-masing ada pengikut dan cara persembahan mereka yang tersendiri. Lagi-lagi Blogspot yang dimiliki sepenuhnya oleh Google dan dah cukup lama dalam dunia blogging ni. Paling best dengan Blogspot korang boleh create berapa banyak blog yang korang suka dengan mudah hanya dengan satu akaun. Kan? Pendek kata, mana-mana pun, hasilnya tetap sebuah blog yang boleh ditulis dan dibaca oleh orang lain se’antero dunia.

Sekarang lupakan mana satu yang terbaik dan korang hanya perlu fikirkan satu perkara iaitu bila blog korang di WordPress (Free Version) atau Blogspot disuspend sementara atau mungkin untuk selamanya. Mesti ada yang menangis air mata darah nanti kan? Berputih mata kerana ada antara blogger yang menggunakan Blogspot berjaya generate income sampai bertatus dollar US melalui Adsense tapi akhirnya berputih mata selepas blog di suspend. Khai juga nampak awek–awek cun yang memiliki blog di Blogspot, sangat pandai menghias blog mereka sehingga nampak begitu ranggi, funky, pinky, cutey dan mantap habis. Kalau kena suspend, pasti menangis bagai hilang dara sebelum berkahwin. LOL! (more…)

Ditulis pada 22 February '09 oleh | 2,099 views telah diterima.
Dalam kategori Blog | Promo di Twitter! | 67 Respon

Gambar sosial anak menteri Malaysia (UPDATE)

Mungkin ada yang dah kenal, atau mungkin baru nak mengenali bakal pemimpin akan datang kita ni. Apa yang dipaparkan nanti betul-betul tidak disangka kerana pada pemerhatian Khai, patutnya dia berasa bertanggungjawab untuk menjaga status parent yang sangat disegani. Kalau dah jadi pemimpin nanti, habislah Malaysia ni tak ubah menjadi seperti negara sosial macam Singapura. Hancus lebus!

Kalau dilihat keruntuhan akhlak kat Malaysia ni kan, dah teruk bahkan anak pemimpin tak langsung menggambarkan anak kepada pemimpin negara Isam. Kalau ini yang ditonjol’kan anak pemimpin di Malaysia ni, no wonder Islam di Malaysia selalu diperlekehkan. Dek kerana orang yang tak takut Tuhan, agama menjadi mangsa. Islam dihina. Adilkah? Sebelum orang luar pandang rakyat, dia akan pandang cara hidup, keluarga dan kepimpinan pemimpin itu sendiri.

Bukan nak kata diri ni baik sangat, but apa pun kita nak buat, kita kena sedar siapa kita. Jangan kerana kita, ibu bapa kita yang kena tempias’nya. Biarpun hidup dinegara orang, kita ada budaya kita sendiri. Orang kata biar mati anak, jangan mati adat. (more…)

Ditulis pada 21 February '09 oleh | 2,527 views telah diterima.
Dalam kategori Tergempar | Promo di Twitter! | 127 Respon

Panas! Gambar Bogel Elizabeth Wong ADUN Bukit Lanjan


Rasa tak sah kalau takde buat topik ni dalam blog dan finally, atas permintaan ramai, Khai buat juga lah. Thanks untuk ijam (bukan nama atas IC) kerana share gambar-gambar bogel Elizabeth Wong yang tersebar ini. Kalau gambar anak pontianak (Zarina An-Julie) boleh bersepah, begitu juga dengan gambar Elizabeth Wong ini.

Bagaimanapun, atas dasar keselamatan, gambar-gambar ini bukanlah semudah alif ba ta untuk korang lihat. Gunakan pengetahuan Photoshop korang. Hint di sini adalah “bermain level”. Thanks. Teruskan bacaan. (more…)

Ditulis pada 21 February '09 oleh | 4,935 views telah diterima.
Dalam kategori Politik, Tergempar | Promo di Twitter! | 69 Respon