Wishlist Khai untuk tahun 2009


Masih belum terlambat rasanya untuk Khai wish Happy New Year secara officialnya untuk korang yang rajin berkunjung ke blog khilaf ni. Satu je doa dan harapan agar tahun baru ni, kita semua mampu jadi jauh lebih baik dari tahun sebelumnya. Semua orang sibuk dengan wishlist bagi tahun baru begitu juga dengan Khai sebagai tanda cabaran pada diri sendiri. Apapun perlunya berserah pada Qada’ dan Qadar Allah. Pengalaman banyak mengajar apa sebenarnya erti hidup pada diri Khai.

1. Oh! my First Job
– Khai masih seorang jobless ketika ini di saat ramai member-member lain dah pun bekerja. Bukan kerana memilih kerja, cuma Khai rasa tak perlulah terburu-buru. Hidup di KL sebagai designer dengan gaji RM800, bukanlah satu pilihan yang bijak. Hidup di KL sebagai pekerja di Mc Donald juga, takkan mampu merubah hidup kau apalagi hidup kedua ibu bapa di kampung. Biarpun ianya rezeki yang halal, Khai percaya rezeki ada di mana-mana. Jangan sakitkan badan jika ianya tak membawa korang ke mana-mana. Apapun, mungkin bulan Februari, Khai akan mengucapkan selamat tinggal kepada apa itu “jobless”. Ada la entri di Justkhai ni nanti. (more…)

Ditulis pada 6 January '09 oleh | 2,796 views telah diterima.
Dalam kategori Hidup Khai, Kisah Cinta | Promo di Twitter! | 71 Respon

10 Sebab Blog dikau sungguh Annoying!


1. Rasa pening bila masuk blog yang masuk-masuk je, terus keluar lagu. Mean lagu akan autoplay. Korang boleh letak lagu kalau rasa nak share lagu yang korang suka, tapi tak perlu autoplay kot? biar orang klik play sendiri kalau dia nak dengar. Lagi annoying kalau reader blog korang tu tengah bukak lagu dari PC dia sendiri then keluar lagu dari blog korang tanpa diminta.. Apapun, korang boleh dimaafkan kalau blog korang tu sangat comel apalagi kalau owner blog tu seorang awek cun pastinya Aiman tak kesah! ape lagi Khai?

2. Font terlalu kecil. Semua pun tahu yang kita boleh besarkan font kat browser dengan hold Ctrl + Scroll Up atau Ctrl and “+ – “, tapi ape salahnya korang terus je tambah besarkan sikit saiz font tu. Kan itu bermakna, korang tak perlu menyusahkah readers.. Tak la berapa nak annoying kot?

3. Pastikan blog korang diletakkan “read more” untuk setiap entri panjang.. Jangan bantai tulis beribu-ribu patah perkataan, then korang tak letak read more. Forsure jarak scroll browser orang yang nak baca blog korang tu jauhnya mencecah 100 Meter. Mungkin lebih.. Sian kot diorang nak scroll baca blog korang. Kalau Khai, tekan pangkah je la.. Ngerti kamu? (more…)

Ditulis pada 4 January '09 oleh | 4,830 views telah diterima.
Dalam kategori Blog, Tutorial | Promo di Twitter! | 109 Respon

Apa Polis dan Orang kata?

Polis kata…
Siapa yang on-call tak guna hand free masa memandu, kami pasti saman. Termasuklah kau Khai yang atas motor pun boleh guna handphone. Tapi selit celah helmet, kalau kantoi, siap lah..

Orang kata…
Ada ternampak polis sendiri yang tak guna hand free masa memandu. Siapa nak jawab tu? Boleh tak kami pula saman anda? 😀 (more…)

Ditulis pada 2 January '09 oleh | 1,158 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 58 Respon