Upin & Ipin Setahun Kemudian

*jika korang mencari strip untuk blog, sila baca hingga ke akhir entri ini.

Ingat lagi bulan ramadhan tahun lepas yang diserikan dengan kemunculan kartun 3D pertama di Malaysia, Upin & Ipin? Bagaimana plak tahun ni ye? Mungkinkah Les Copaque akan menghasilkan lagi untuk siri ramadhan tahun ni? Ya!! Tahniah untuk mereka kerana mengeluarkan lagi episod Upin & Ipin setahun kemudian.

Jom nengok trailer untuk kemunculan semula mereka ni.
[youtube:http://www.youtube.com/watch?v=Mqcc9MrEAE0 450 300]

Jom nengok cerita dia!! (more…)

Ditulis pada 7 September '08 oleh | 1,751 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 55 Respon

Google Chrome


Apa browser yang sedang korang gunakan? Internet Explorer? Oh come-on la.. tak trendy la beb kalau guna Internet Explorer lagi. Well, nak dibandingkan dengan semua internet browser yang ada dalam dunia ni, Khai lebih prefer Mozilla Firefox dan Khai pasti begitu juga dengan mereka yang berfikiran “Professional” mengenai browser.

Tapi smalam masa kat office, bukak la Google. Terperasan plak ada satu note kecik yang ada kat situ. Google Chrome? nama beskal ke ni? Khai pun click.. Upernye Google pun dah keluarkan browser mereka sendiri dah. Dan seperti biasa sebagai makhluk tuhan paling sexy yang mahukan segalanya percuma lagi-lagi keluaran dari Google, Khai pun download dan install. Dan pagi ini, terus menulis blog menggunakan Google Chrome. Sangat puas hati rasa macam nak tinggalkan Firefox terus. Huhu. Mungkin benda baru la kot.

Tujuan Google mengeluarkan browser mereka sendiri bukan bertujuan untuk bersaing dengan browser yang lain, tapi untuk menyeru mereka semua mengikut jejak langkah bagaimana Google meng’adaptasi idea-idea baru (yang tak pernah kita fikirkan) ke dalam Google Chrome ni. Korang boleh usya karton khas mengenai Google Chrome ni. Apa kelebihan pada browser dari Google ni? (more…)

Ditulis pada 4 September '08 oleh | 762 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 49 Respon

Salam Ramadhan


Ini adalah entri Khas. Macam biasalah, dah masuk bulan Ramadhan ni, Khai nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca-pembaca Justkhai yang amat amat amat dan teramat Khai hargai. Buat keluarga tercinta, mak abah di kampung, Kak Lea yang terlalu baik buat Khai, semua lecturer-lecturer di Limkokwing University, semua guru-guru di SMKSP yang pernah mendidik Khai sehingga menjadi seperti sekarang (tak berjaya mana tapi Alhamdulillah) dan tak lupa juga buat semua rakan-rakan tak kiralah di dunia nyata mahupun di dunia maya ini.

Errr.. yang ni paling penting. Tak cakap nanti ada plak yang masam muka. Selamat berpuasa buat orang yang sangat Khai cintai, Norasnizah Ab Aziz.. Satu-satunya buah hatiku dunia akhirat. I love u sayang..

Assalamualaikum dan selama berpuasa. Puasa jangan tak puasa taw!!

Ditulis pada 31 August '08 oleh | 663 views telah diterima.
Dalam kategori Istimewa | Promo di Twitter! | 36 Respon