5 Software Ada Boleh, Tiada Pun Boleh

Berikut adalah software yang rasanya tidak berapa penting untuk sesebuah komputer yang korang gunakan. Apa pun, adalah lebih baik jika korang gunakan beberapa software yang akan dikongsikan ini.

1. Al-Quran for Microsoft Word Add-Ins
scukz_quraninwordmalay.gif
Taufiq Product Inc. bertanggungjawab mengeluarkan software berguna ini. Apapun, beliau memohon maaf jika terdapat sebarang ralat pada software ini. Biasalahkan, bukan mudah menyalin Al-Quran dalam bentuk digital. Software ini menggunakan Microsoft Word untuk berfungsi sebagai Add-Ins atau Plugin. Khai dah cuba masa guna Office 2003 dulu dan sekarang masa guna Office 2007 pun, software berguna ini masih boleh dipakai. Ianya membolehkan 30 Juzuk Al-Quran mampu anda Print atau baca menggunakan Microsoft Office. Siapa rasa dia beragama Islam, kalau abaikan software macam ni, tak tahu la nak cakap ape dah.

File Size: 2.39 MB
Download: Click!

2. Typing Master
Agaknya berapa laju kemampuan korang untuk menaip? Berapa KM/H agaknye ye? Hah, jom uji sikit kemampuan korang! Tahu tak? Kat Malaysia ni seorang budak india berusia 15 tahun yang memegang rekod menaip paling laju. Siap wakil dunia lagi tau. Tak rasa tercabar ke? Khai pernah buat review pasal software ni dulu so boleh rujuk untuk keterangan lanjut mengenai software ini.

File Size: 6.00 MB
Download: Click!

3. Screen Recorder 3
Jangan jadi sengal dengan menggunakan video camera untuk merakam apa yang korang lakukan di dekstop. Misalnya kalau ingin buat video tutorial untuk diupload di Youtube, gunakan software ini. Software ini akan merakamkan apa sahaja yang korang lakukan di desktop. So hasilnya, video yang amat jelas terhasil. Tidaklah seperti hasil si sengal yang menyusahkan diri menggunakan video camera. Kesian..

File Size: 4.44 MB
Download: Click!

4. iISystem Wiper
scukz_iisystemwiper.gif
Jangan susahkan diri lagi untuk bersihkan pc korang satu persatu. Nak kosongkan Recycle Bin, Temp Files, Cache, Cookies, History, Search History dan macam-macam lagi memang amat membuang masa. Jadikan gunakan software ni yang membolehkan semuanya di padam hanya dengan 1 klik. Lagi laju dari sekali kerlipan mata korang tu.

File Size: 453 kb
Download: Click! Telah didownload kali.

5. AdesClrPicker V2.0
scukz_ades_clr_picker.gif
AdesClrPicker memudahkan korang untuk mencari code sesebuah warna. Almaklumlah setiap warna ni mempunyai code yang tersendiri. Contohnya warna mudah macam putih ialah #ffffff dan hitam ialah #000000. Apa pula untuk warna-warna yang lain? Kalau sebelum ni korang guna Adobe Photoshop atau software khas lain yang menyusahkan, gunakan AdesClrPicker yang ternyata ringan dan teramat mudah digunakan. Boleh menyalin code sebanyak 4 warna dalam satu-satu masa untuk rujukan semula. Hanya perlu diaktifkan melalui taskbar dan klik apa sahaja warna yang ada di desktop untuk mengetahui kod khas warna tersebut. Oh ya, mungkin tidak berapa berguna untuk mereka yang tidak tahu apa itu design dan siapa itu designer.

File Size: 1.04 MB
Download: Click! Telah didownload kali.

Tu je buat kali ni. Cuba la ye. Semua saiz kecil je. Banyak lagi software yang ada boleh, takde pun boleh yang akan menyusul kemudian. So hari-hari usya la yosh. Wekks!

Ditulis pada 2 January '08 oleh | 1,197 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 20 Respon

Vista Ultimate Jom!

scukz_blog_vista.jpg
Korang pakai OS (Operation System) ape? Windows XP atau Windows Vista? Kalau Windows Vista, yang mane satu? Khai baru je beralih pada Windows Vista Ultimate beberapa hari lepas. Sekarang ni tak susah nak dapat Windows Vista Ultimate dah. Cari aje kat Shoping Centre terdekat dengan korang. Kalau nak Ori, gi kat Lowyat. Untuk yang panas, tempat yang Khai tahu ada di IOI Mall, Puchong (berdepan dengan KFC) dan juga di The Store, Sg. Buloh (depan McDonald). Harap pihak berkuasa tak salahkan kita sebab beli barangan cetak rompak macam ni sebab mereka juga perlu rasa bersalah kerana membiarkan kedai-kedai menjual VCD dan DVD cetak rompak dibuka secara terang-terangan. Bayangkan, depan KFC ngan McDonald tu beb? kat IOI Mall pulak tu kan? Apapun, terima kasih coz membolehkan habuk kat poket ni tak terkeluar dengan ada’nya barangan cetak rompak seperti Windows Vista Ultimate yang semua tahu harganya alahai, beribu-riban hengget. Takde makna nak cari yang ori selagi Microsoft berjanji, Windowx XP akan terus menerima support & updates sehingga tahun 2014.

Ok, sebelum korang nak dapatkan DVD installer macam Windows Vista Ultimate ni, pastikan dulu korang mempunyai RAM sekurang-kurangnya 1GB. Khai pakai 1GB je, Processor guna AMD Turion 64 Mobile Technology. Sekarang ni run Vista Ultimate ni dengan smooth dan sangat best even buka Photoshop, Firefox dan pelbagai lagi yang lain. Kalau nak sebut pasal ke’power’an CGI Vista ni, (more…)

Ditulis pada 2 January '08 oleh | 1,480 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 34 Respon

Install Yahoo! Messenger Vista di Windows XP

Imoticon yg lazat

Satu lagi tutorial bagus dan mengancam untuk kalian. Sebentar tadi semasa menonton Dunia Baru, Khai teringat mengenai Yahoo! Messenger(YM) Vista yang sibuk diperkatakan suatu ketika dahulu. Khai pun usya la official website dia dan nengok dah release rupanya YM Vista ni. Nengok preview kat website tu, tuhan saja yang tahu betapa indahnya YM Vista berbanding YM versi Windows XP tidak kiralah 8 atau 9 yang biasa-biasa saja. So Khai pun teringin plak rasanya nak guna dan biar nampak lain dari apa yang orang lain gunakan. Apa yang jadi masalah sekarang ni, Khai guna Windowx XP yang dah tentunya takkan boleh install YM Vista tu. So sekarang, siapa yang guna XP tetapi berminat menggunakan Yahoo Messenger Vista, ikut tutorial ini satu persatu dengan berhati-hati. Ini kira hack la untuk janakan software Vista dalam system XP.

Tapi sebelum tu, meh Khai tunjukkan sikit screenshot Yahoo!Messenger Vista ni yang pasti membuatkan lubang hidung korang kembang kempis. Untuk gambar sebenar, just click satu persatu thumbnails di bawah and penerangai kat bawah tu nanti berdasarkan number thumbnails apabila korang hover guna mouse.

1 2 3 4 5 6 7 8

Penerangan:
1. Interface Yahoo!Messenger Vista. Kelihatan sangatlah menarik. Interface yang ringkas membuatkan kita kelihatan seperti seorang professional. Ialah, pengguna Vista kan profesional.
2. Kalau rasa list member korang tu tak cukup besar, boleh besarkan dengan cukup mudah. Ada 5 saiz semuanya.
3. Mempunyai 8 themes yang sangat menarik. Ada yang rumput, kayu, warna hitam vista dan macam-macam warna yang memang menarik hati.
4. Option untuk edit member yang berada dalam list.
5. Messenger Windows sekarang ni dah tak bersepah. Even ada 2 atau lebih member yang PM korang dalam satu-satu masa, ianya akan dibuka dalam 1 windows yang mengandungi tab-tab di bawahnya.
6. Kalau rasa lebih suka berbual dalam seperate windows, ade option untuk explode yang membolehkan satu tab satu windows.
7. Preference option yang ringkas tapi padat.
8. Option untuk windows semasa berchating secara berdua.

Apa yang buatkan ianya lebih menarik, icon atau lebih dikenali sebagai Imoticon bukan lagi dalam bentuk gif animation sebaliknya flash yang membuatkan setiap imoticon beraksi dengan kaya yang tersendiri. Lucu maaa!!

Kalau dah tak sabar nak cuba, So berikut adalah caranya..

1. Download file yang diperlukan.
Yahoo! Messenger Vista for Windows XP by Justkhai
(more…)

Ditulis pada 25 December '07 oleh | 2,132 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 61 Respon