Gerhana Cinta Luka

Tajuk macam orang putus cinta jerk. Hehe, tension tension.. awek suka cari pasal then susah betul nak online. Dapat online pun sekali sekala je tambah plak hujan sampai 3 hari tak henti-henti. Allahuakbar! Tak sabar nak tunggu bulan satu. Huhu. Bila kat hostel baru dapat online hari hari. Masuk blog member, alahai, macam-macam ada. Update sana sini. Masuk blog aku, ahaks! paham-paham la sendiri. So sorry ye buat sesiapa yang kerap kunjungi blog ni dan yang subscribe sejak sekian kalinya tak pernah jemu. Untuk yang masih belum register, ape tunggu lagi, gi reg skang! Buat masa ni Khai agak busy join venture dengan seorang member UTeM sebab dia minta Khai design’kan membership card dan buat editing sikit untuk logo Negeri Sembilan 4-Stroke Club yang dia nak tubuhkan. Actually dah melambak member pun dalam masa seminggu.

Isk, tension betul bila masuk blog member, dah tulis komen panjang-panjang, sekali tekan send tahu ape yang keluar? SQL problem kejadah ntah. Untuk tulis lagi sekali, minta maaf je la. Time is tissue you know! so Crazychild, apekejadah lagi la blog ko tu, gi betulkan. Hehe.. Sedar tak sedar, Khai sendiri pun tak perasan yang blog ni makin lama makin skema bahasanya. Bila dah kene tegur dengan beberapa orang pembaca blog ni dan ada juga yang tegur melalui entry, rasa tersedar plak. Mana pergi identiti Encik Khai dulu? Sebenarnye, ape yang korang baca skang ni, ni la yang Khai buat dulu masa tulis Entri Blog. Niat di hati nak mempraktiskan diri menulis bahasa melayu yang kene dengan lenggang-lenggoknya, tapi bila baca balik kelakar la kau ni Khai! hihi..

Advertlets ku Sayang!

khai_blog_duit_advertlets.jpg
First of all, pasal Advertlets, ni kali kedua kot rasa konpius dengan pembayaran diorang ni. Alhamdulillah, bulan Novermber lepas dengan berkat iklan TV3 kot, dapat la income cincai-cincai RM400. Tapi masalahnya, jangan kata tunggu dapat duit untuk November ni, bulan Septermber pun tak sampai-sampai lagi. Kata dalam tempoh sebulan dua tapi dah 3 bulan maa, takpe just tunggu apa kata big boss Advertlets, Mr Josh Lim. Apa pun, percayalah, jika korang ada blog macam Khai ni, tak susah pun pasang la satu dua iklan untuk dapat income sampingan. Mungkin ada antara kita yang berblog bukan untuk cari duit, tapi tak salahkan buat duit sikit untuk tampung bil api, bil internet dan termasuklah bayaran air tin ngan twisties masa ngah tulis blog tu. Apapun, percayalah kalau kat Malaysia ni, rasanya Advertlets la yang paling wajib di join. Masih belum join? klik sinih ye! Err, korang punye untuk bulan November berapa? Mohd Ismail forsure beribut-ribut ringgit. Huuuu

Yahoo Messenger 9 BETA

khai_blog_ym_9.jpg
Pasal ni for sure ramai dah tahu. Actually Khai dah pun pakai lama dah, tapi baru harini la sibuk nak buat entri, Korang tak kisahkan? Ok, Untuk sesiapa yang masih belum install tu, pergi sana dan download. Untuk install, jangan la jadi sengal sampai buang YM yang lama dulu. Tak perlu, korang just terus install je yang baru ni terus! Tapi ingat, ianya still in BETA mood. So ada apa-apa masalah, paham-paham sendiri la yosh! Bila dah install je, apa yang pertama kita nampak, preference dia dah banya berubah sampai keliru dan tak berapa selesa. Jangan salahkan Yahoo! kalau ada PC yang hang sebab YM ni memang makan RAM yang agak besar. (more…)

Ditulis pada 11 December '07 oleh | 595 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 38 Respon

Alahai TV3 dan Isu-Isu Tak Masuk Akal.

Alahai TV3 dan Isu-Isu Tak Masuk Akal.

Siapa minat menonton TV3? Jika kalian peminat setia TV3 seperti Khai, pasti akan setuju dengan apa yang ingin Khai tuliskan di sini. Kalau nak tahu, tv kat rumah Khai ni tak pernahnya nak bertukar channel. Kalau boleh, biarkan je TV3 24 jam tak tutup-tutup. Tapi remote control yang rosak & bagai retak menanti belah turut memainkan peranan di sini gara-gara malas bangun nak tukar channel lain. Haha. Ini merupakan kritikan yang hanya ditujukan untuk TV3 dan bukan channel lain terutama RTM yang minta maaflah sebab tak sudi nak nengok. Berkenaan TV3, aku sebagai seorang lelaki pun dah cukup malu dengan lambakkan iklan tuala wanita di channel tersebut apatah lagi wanita?. Jika kita berfikir sendiri, adakah kaum wanita di Malaysia ini begitu bodoh dan malas untuk membaca sendiri label yang tertulis di pek tuala tersebut? Perlukah iklan untuk menjelaskan fungsi setiap jenis tuala dari keluaran Kotex?

scukz_blog_pad.jpg
Sudah semestinya, pihak pengiklan terlalu kaya untuk mengiklankan produk mereka. Tidak cukup dengan iklan, ada plak drama bersiri “Kisah Kaisara’ di mana bagi aku cerita tu kosong. Langsung takde faedah untuk nengok. Just for fun ok la. Jika kau peminat setia cerita tu, Ya, mereka telah berjaya memperdayakan kau dengan lambakkan wanita-wanita cantik yang tak abis-abis mempromosikan tuala istimewa mereka. Jika kau seorang yang peka, adakah logik untuk remaja simpan pad dalam locker? Dah tu berbungkus-bungkus dan macam-macam jenis plak tu. Locker ke mini market tu? Kaisara kasi 1 pack Kotex yang masih belum di buka untuk kegunaan kawan dia yang kemudian terus ke tandas. Bila dah siap pakai, logik ke pek yang dia pinjam tadi masih belum dibuka? Still in perfect shape and condition? Alahai, sape director dia ni? Hah, lagi satu ada ke awek–awek kat luar sana tu yang muka tak tahu malu nak pinjam pad kat kawan? Alahai.. cukuplah pasal iklan tuala wanita, 3R siap buat episod khas lagi baru baru ni. Open discussion lagi. Diharapkan pihak TV3 lebih peka terhadap sensitiviti masyarakat Malaysia terutama kaum hawa. Tapi bukan Kotex je, ade StayFree la, Whisper la dan macam-macam lagi yang membuatkan kaum wanita di luar sana rambang mata tapi lelaki, sakit mata. Hahaha. Itulah zaman makin berkembang. Orang semua cakap, Open Minded la sket beb!! aku pun tak kisah sebenarnya, tapi korang yang perempuan tu, tak tahu la ada rasa malu ke tidak.

Lagi pasal iklan mempromosi Singapore. Kata tahun melawat Malaysia tapi mana iklannye oi? Apesal iklan visit singapore yang dah la panjang, pastu buat aku sakit hati yang asib keluar? Apesal sakit hati? Kau pun faham-faham je la ape lagi kalau bukan pasal pertikaian Pulau Batu Putih dan dua lagi pulau tu. Naik menyampah aku dengar. Senang-senang dua-dua tak payah amik. Biar je hantu duduk. Kalau ikutkan hati aku ni, kasi je la singapore yang sekangkang kera tu ambik pulau-pulau yang 100% confirm tenggelam kalau Tsunami kecil melanda. Tsunami melanda ye bukan sos tumpah melanda. Haha.. Tapi bukan kasi gitu-gitu je. Syaratnya Johor tak payah kasi Singapore air lagi. Kalau setuju, Deal!! Tapi apakan daya, hak tetap hak dan aku doakan Malaysia akan dapat semua Pulau tersebut dengan segala bukti yang Malaysia ada. Oi Singapore, nengok jarak pulau-pulau tu dengan negara kau pun, kau dah kalah la.

khai_blog_tv3.jpg
Menonton Buletin Utama setiap hari juga hampir jelak dengan isu-isu tak sudah. Isu penyapu? Aku simpulkan di sini, si dia (kau pun tahu sape) tak perlu nak ubah tanggapan masyarakat Melayu kita sejak beratus-ratus tahun lamanya tentang apa itu penyapu. Rasanya bukan kaum Melayu je yang ada tanggapan buruk dengan penyapu, tapi semua bangsa kot. Seperti yang kalian tahu, penyapu digunakan untuk sapu longkang, sapu najis, kejar korang keliling rumah kalau degil dan pendek kata, benda tu memang kotor la dan secara tak sengaja semua dah tahu penyapu tu bad luck. Perlu ke nak adakan ‘Anugerah Penyapu’ yang terang-terangan menghina pelbagai pihak. Tolong la jangan buat sesuatu yang kononnya baru tapi tak boleh diterima akal. Banyak lagi benda lain boleh dijadikan Anugerah walau nak memerli pun.

Then pasal masalah orang asing yang buat hal ni. Ape kejadahnye semua ini (cey, Khai aka Wan Kamarudin la beb). Apesal melambak diorang kat Malaysia ni? Aku rasa, kita semua dah tak payah susah-susah nak melancong pergi oversea lagi sebab kat sini pun dah rasa macam kat oversea. Diorang ni pun kadang-kadang kesian gak sebab dek kerana spyware seekor, abis rosak data se’hardisk’. Haha, peribahasa baru hari ini! Aku yakin yang cikgu-cikgu diorang masa sekolah dulu bukanlah terlalu pemalas untuk letak grade kelakuan kat sijik peperiksaan. Ape kata before masuk Malaysia, kita check dulu grade kelakuan diorang. Kalau grade “D” yang jahat nak mampus masa sekolah dulu, sepak je masuk laut biar berenang gi balik negara diorang. Then untuk indon-indon tu, suruh baca doa Qunut ke, Tahyat akhir ke, at least nampak yang mereka tu solat dan beriman yang tahu baik dan buruk. Idea aku ni nampak cam sengal je, tapi cuba praktikkan. Tapi kalau ikutkan hati aku dan mungkin juga kalian, suruh je diorang tu semua balik negara. Biar Malaysia ni ZERO pendatang haram mahupun halal. Lagi bagus kan idea tu? tapi lepas tu jom la kita warga Malaysia beramai-ramai panjat tinggi-tinggi buat bangunan ngan tar jalan tengah-tengah panas.. Nak tak? Kalau nak, ok je… hehe..

scukz_blog_himpun_haram.jpg

Pasal perhimpunan haram plak, Huh, sakit betul hati dengan “si bodoh” yang rupanya masih ramai kat Malaysia ni. Menyusahkan orang. Tu la dia bila dah taksub dengan politik. Benda yang takde pun cuba di ada-adakan. Untuk SPR apa susah, ikut aje la ape yang diorang nak. Kasi puas hati. Pasal kejadian bunuh, rompak, rogol, rasuah dan segala macam lagi yang ada dalam Buletin Utama tu, sebenarnya ada satu je kesimpulan dia iaitu undang-undang ciptaan manusia takkan mampu menghentikan jenayah. Percayalah!!

Paling aku pelik dalam berita TV3 ni, apesal Karam Singh Walia yang ternyata bukan melayu tu je yang pandai berpantun hebat-hebat? Agaknya wartawan melayu yang berlambak kat TV3 tu bila cuba berpantun, terkehel lidah tu kot. Hehe, kesian…..

* Artikel di atas adalah pendapat En. Khai sahaja dan tidak bertujuan menentang kerajaan mahupun mengkritik TV3. Apapun, memang TV3 la yang terbaik dari semua channel yang ada especially RTM. Anti betul!!

Ditulis pada 2 December '07 oleh | 648 views telah diterima.
Dalam kategori Tergempar | Promo di Twitter! | 33 Respon

Ada apa dengan Gua.Com.My

gua.jpg

Tak payah aku nak perkenalkan lagi website ni kan? Hari-hari ada sahaja iklan kat TV3. Hurmm, baru-baru ni Khai sendiri dah join website ni. Malas sebenarnya, tapi kalau dah hari hari kena suap ikut iklan kat TV3 tu, nak juga la nengok kan? Lagi lagi dengan adanya drama online pertama di Malaysia, Kerana Karina. Hurmm, sebenarnya drama atau movie online di Malaysia ni masih lagi tidak praktikal. Almaklumlah dengan keadaan internet di negara ini yang masih lagi belum sampai di tahap yang boleh dibanggakan. Tapi itu satu percubaan yang bagus.

kerana-karina.jpg

Pertama kali berkunjung ke sana, melihat design’nya, boleh la tahan. Cantik walaupun agak messy tapi bagi aku ianya kena dengan jiwa remaja. Mungkin Gua hanya menyasarkan ahlinya kepada golongan remaja kat Malaysia ni. Ialah, lihat sahaja cerita Aku cuba lihat forum‘nya. Terus terang, topik yang tersedia di situ kelihatan sangat tidak mesra pengguna malahan ruangan untuk berdiskusi tentang apa-apa yang tidak faham di sana, tidak tersedia kategorinya apa lagi topiknya. Aku cuba membuka satu topik di situ bercerita mengenai Scukz pula. Kau pun faham-faham sahaja lah kan, kita kena bijak menjadi parasit. Gua yang dipromo hampir setiap hari oleh TV3, masakkan kita hanya mahu nengok. Sedikit sebanyak promo la web kau dan aku bukan orang pertama yang berbuat demikian di sana. Itu orang yang bijak. Go parasit go!!

Aku bertanya kepada seorang hardcore user di sana apa hubungan Gua.Com.My dengan TV3. Dia menjawab, Gua dan TV3 ada talian persaudaraan. Hehe.. actually, memang aku dah agak. Nengok saja apa yang selalu mereka promosikan. Semuanya rancangan Media Prima sendiri dan lagi, mana mungkin ada webmaster persendirian di Malaysia ni yang mampu mengiklankan website mereka di TV3. Setahu aku, setiap iklan yang kalian lihat di saluran TV3 itu, masing-masing bernilai RM60,000. Mungkin ibarat 60 sen bagi mereka tetapi bukan bagi aku.Heh!

Aku respek dengan idea yang ada di Gua dan boleh dicontohi oleh mereka yang mempunyai website komuniti serupa dengan Gua. Akan tetapi, keterlaluan atau tidak untuk aku katakan antara 20 ribu ahli yang telah mendaftar di sana dalam masa tidak sampai 2 bulan, ramai di antaranya hanya sekali masuk dan tidak ke sana lagi? Jika masuk balik pun, bukanlah pada tahap addict atau kata melayu nya, ketagih untuk kunjungan setiap hari. Mungkin ada seperti aku yang ke sana semata-mata untuk menjadi parasit. Hehe.. Terdapat user di sana yang membandingkan Scukz dengan Gua dengan mengatakan forums Scukz lebih teratur dan tersusun dari Gua. Perlukah perkara seperti itu berlaku sedangkan Gua dicanang hampir setiap hari di TV3? Pada aku Gua masih tidak bersedia sepenuhnya untuk dipromosi kepada umum seperti yang terjadi sekarang. Apapun, cubalah.. www.gua.com.my ..

Mungkin Gua perlu mencontohi Amacam.Com yang kerap mengadakan sesi selebriti bersama peminat melalui chating online.

Ditulis pada 21 November '07 oleh | 639 views telah diterima.
Dalam kategori Hiburan | Promo di Twitter! | 20 Respon