Agak lama aku tak dapat online. Hurm, yeah kehidupan di kampung betul-betul menenangkan. Aku akan berada di kampung yang terletak di Gemas, Negeri Sembilan ini mungkin sehingga semester 5 menjelma awal Januari 2008 nanti. Ah, sesungguhnya aku agak bosan dek kerana ketiadaan sambungan internet di sini. Dulu ada, tapi dah potong sebab takde sapa-sapa nak guna lepas aku sambung study kat Limkokwing University tu. Apa yang aku lakukan hari-hari? Oh, jadual harian aku tidak pernah lagi digunakan. Notebook yang dah sebati dengan internet kini dijadikan tempat bermain game. Aku kini seorang gamer. Wtf? Ni pun aku dapat online di sebuah kawasan yang agak jauh dari rumah tetapi bila sesuatu dah diberi nama FREE, apa boleh buat. Tapi bukan selalu lah.
Membuka inbox, lebih 80 email baru yang masih belum di baca. Itu termasuklah Encik SPAM yang tak pernah diundang turut mendiami inbox Yahoo Mail aku. Ada email daripada lecturer, email dari Cgyhost selaku penaja Scukz, email dari Advertlets, email dari rakan sekelas dan pelbagai lagi email yang perlu aku baca. Lecturer bising suruh lebihan student pemalas menghantar assignment yang masih tertangguh. Aku abaikan sahaja email itu kerana akulah pelajar pertama yang hantar. Ini assignmentnya http://ezine.scukz.com. Aku turut me’reply email tersebut dengan mendesak lecturer tersebut terus sahaja gagalkan lebihan assignment yang masih belum diterima. Ini kerana bagi aku ianya tidak adil kepada pelajar lain yang bersengkang mata untuk menghantar pada due date yang telah ditetapkan. Email dari CGYhost memberitahu yang kini Scukz hanya diberikan jumlah bandwidth 30GB sebulan dan 10GB bandwidth untuk images. Ini kerana Scukz terlampau banyak menggunakan bandwidth setiap bulan. Dan pastinya, perkara ini membuatkan kerja aku bertambah untuk menapis segala perkara yang ternyata menggunakan bandwidth dengan tinggi setiap bulan sehingga mengganggu rangkaian yang lain. Ingin juga aku maklumkan di sini, kejadian Scukz yang disuspend sebelum ini bukanlah di bawah kawalan aku. Ianya kerana CGYhost mungkin ingin melakukan pemindahan web-web yang berada di dalam server yang sama dengan Scukz.Com. Perkara tersebut langsung tidak kena-mengena dengan kelemahan CGYhost atau dari pihak Scukz sendiri.


Aku juga menunggu masa untuk mengeluarkan motor baru yang akan aku gunakan sepenuhnya untuk ke kampus awal semester 5 nanti. Sesungguhnya, hidup aku tidak terlalu taksub kepada sesuatu yang melibatkan enjin. Aku tidak seperti orang lain yang mengimpikan ingin mempunyai kereta ini dan itu juga motor itu dan ini. Oleh kerana sebab kedua ibu-bapa aku berbaik hati ingin menaja pembelian motor untuk kesenangan aku, aku terima dengan hati yang terbuka. Aku mempunyai dua pilihan di sini iaitu 125zr dan 135lc yang ternyata kedua-duanya menjadi motor idaman para remaja dan pencuri motor di negara ini. Sebut tentang 125zr, bagi aku tiada motor lain yang mampu menandingi design secantiknya. Bunyi enjinnya juga, betul-betul membuatkan nafsu aku melonjak-lonjak. Heh! Mempunyai 6 gear dan cooler system menggunakan angin. Mengenai 135Lc, motor ini masih lagi hangat di pasaran. Melihat daripada enjinnya, cukup membuatkan mata aku alpa untuk berkelip. Mendengar pada bunyi enjinya, bunyi rantai jauh lagi kuat dari enjin. Tidak menggunakan 2T tetapi 4T. Cooler’nya menggunakan air yang sudah tentunya sangat sesuai untuk perjalanan yang jauh. Tetapi design 135Lc bagi aku masih tidak mampu menandingin 125zr. Dua-duanya pun bagus dan mana satu pilihan aku nanti, sama-sama nantikan entri terbaru aku akan datang. Jika kalian di tempat aku, mana satu yang mahu dipilih?
Ditulis pada 10 November '07 oleh KhaiHassan | 929 views telah diterima.
Dalam kategori Daily Craps, Istimewa | Promo di Twitter! | 33 Respon
Letihnya, ambil masa dalam 1 jam untuk memberi tumpuan nak siapkan page index Scukz.Com yang baru. Baru je tak sampai beberapa minggu page yang lalu, Khai dah tukar baru. Ya, aku memang lelaki yang mudah bosan dengan sesuatu. Cubalah masuk page utama scukz.com dan jangan lupa, segar semula (refresh la tu)..
Amy AF3

Khai bukanlah seorang peminat Akademi Fantasia. Pastinya semua tahu ianya sebuah rancangan yang melalaikan. Ramai yang masuk Astro semata-mata untuk menonton AF walaupun semua orang juga tahu, Astro adalah sebuah mesin penyedut darah paling besar di negara ini. Kali ini Khai nak cerita mengenai seorang bekas graduan AF3, Amy namanya. Tolong jangan kaitkan Astro dengan entri ini. Ingat lagi tak masa Mawi menjadi sebutan dulu? Semua nak cerita pasal Mawi, Mawi dan Mawi. Ada juga sekali sekala baca mengenai Amy di internet. Kalau tak silap Khai, masa tu Amy ni terkeluar awal. Ramai la yang bengang coz orang cakap Amy ni suara dia best tapi tak dapat undian SMS dari penonton yang ternyata kurang bijak. Kurang bijak bukan kerana tidak mengundi Amy ni tapi ternyata kurang bijak dek kerana asyik membazir kredit untuk perkara yang sia-sia. Rancangan Bersamamu tu pandang sebelah mata pun taknak, apa lagi nak beri sumbangan.
Baru-baru ni terdengar pula cerita mengenai Amy ni konon-kononnya dah jadi tomboy. Alamak?!! betul ke? Punya la cantik manis, menawan, ayu, jelita bla bla, lagi nak jadi tomboy. Ape kes? Sebenarnya Khai susah nak percaya benda ni even dah ada bukti pun. Dari gambar yang ada tu, mungkin ya atau mungkin bukan Amy. Mirip wajahnya sama tapi mungkin itu adik beliau tak pun kambing pelanduk dua serupa. Terpulanglah ikut aliran pemikiran masing-masing. Banyak lagi gambar, tapi cukuplah ini sahaja yang Khai paparkan di blog ini secara umum. Jika nak lihat yang lain, jangan segan silu email Khai ye?

Lim Goh Tong

Untuk yang tidak mengenali beliau, bolehlah hantukkan kepala di dinding dan untuk mereka yang selalu berhibur di Genting pula, kalau tidak kenal siapa Lim Goh Tong, haruslah pergi ke Genting secepat mungkin, naik Rollercoaster dan lompat dari Rollercoaster tu.
Lim Goh Tong adalah insan ketiga terkaya di Malaysia dengan aset hartanya sebanyak 4.2 billion. Beliau ni adalah pengasas kepada
Genting Highland di mana semua tahu, Malaysia negara yang amat memalukan kerana mengaku sebagai sebuah negara Islam tetapi mempunyai sebuah pusat perjudian yang termasuk dalam senarai Casino terbesar di dunia. Itu dia Islam Hadhari!! Yeah!!
Lim died at 11.20am, 23 October 2007, at the Subang Jaya Medical Centre (SJMC). He is survived by wife Puan Sri Lee Kim Hua, and their six children and 19 grandchildren.[30] His body will be laid to rest at Gohtong Memorial Park at Gohtong Jaya on Monday 29 October 2007.
Black Eyed Peas who were performing on the night of 26th October in Genting Arena Of Stars paid tribute to Lim during their concert.
“A man died recently who was responsible for the place where we are today. I’d like to ask for a moment of silence to honour his life and legacy,†will.i.am said in his tribute.
Among those who pay their respects to Lim was the wife of former Malaysia’s Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, (who himself could not come due to heart illness), her sister Tan Sri Dr Saleha Mohd Ali and her daughter Datin Paduka Marina Mahathir as well as the wife of Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar, Genting Group and Resorts World Bhd deputy chairman Tun Hanif Omar, his wife Toh Puan Hamidah Abdul Hamid, CIMB Bhd Group chief executive Datuk Nazir Razak, YTL group executive chairman Tan Sri Yeoh Tiong Lay and his wife Puan Sri Tan Kai Yong, HSBC Asia chairman Vincent Cheng, HSBC Malaysia CEO Irene Dorner, wife of the late Tan Sri Mohd Khir Johari, Puan Sri Christine Khir Johari, and Tun Musa Hitam.
Wreaths received from all over the world, including Las Vegas’ Caesar’s Palace, leader of Macau and more than 500 are being displayed along the entrance of Gohtong Villa. Stanley Ho was among the many corporate leaders who sent wreaths to Tan Sri Lim Goh Tong’s family.
Ingatlah, kekayaan di dunia sememangnya sama sekali tidak boleh di bawa mati. Bawa masuk kubur memang boleh. Dan ingatlah, janganlah kamu mati sebagai seorang yang bukan Islam.
Ditulis pada 30 October '07 oleh KhaiHassan | 1,134 views telah diterima.
Dalam kategori Hiburan, Tergempar | Promo di Twitter! | 15 Respon
Alhamdulillah, setelah hampir 3 hari Scukz di suspend, akhirnya pulih kembali pada malam ini. Hakikatnya, Scukz terpaksa disuspend seperti biasa dek kerana overload atau dengan kata lainnya, Scukz ni memang suka makan cpu usage yang agak tinggi. Jadi bagi tidak memberi effect tidak baik kepada web-web lain yang berada di dalam server yang sama terutama KelantanTV yang mengadakan event agak besar di website mereka, Scukz terpaksa beralah dulu bagi memberi peluang kepada mereka. Inilah ironinya website yang disponsor sepenuhnya seperti Scukz.Com. Mohon maaf kepada semua dan perhatian kepada pemilik blog di bawah domain Scukz, tolong beri perhatian kepada load blog anda. Jangan streaming lagu yang diletakkan dalam direktori Scukz dan jangan upload something yang bersaiz terlalu besar (seperti yang terkandung dalam syarat free blog at Scukz).
Beberapa hari ini, Khai agak busy dengan jemputan open house saudara mara dan adik-beradik sendiri. Siang tadi hantar Nieza balik Perlis pula tapi takde la sampai Perlis, sampai Puduraya sudey. Sejak Scukz disuspend ini, aku rasakan internet tidak terlalu bermakna lagi. Sekejap sudah boring. Kau akan tahu apa yang Khai rasa jika kau memiliki sebuah web berdomain & berhosting sendiri. Jika web kau bermasalah, kau lah orang paling bermasalah sekali jika dilihat. Haha. Khai banyak menghabiskan masa melawat blog orang lain terutama blog mereka-mereka yang popular. Lihat saja di senarai mybloglog mereka, pasti ada aku, Khai.
Kini Khai dah masuk fasa cuti Semester. Hampir 3 bulan juga cuti ni. Ingat nak kerja. Usya-usya takde la plak kerja kosong. Ingat nak cari Cyber Cafe atau apa sahaja peluang pekerjaan melibatkan internet. Kira Khai boleh bekerja sambil ber’internet kan diri. Jadi sesiapa yang ada peluang pekerjaan, email atau call la Khai yer? Kalau leh area KL la. This is for the first time cuba nak cari kerja part time untuk lebih kurang 2 bulan macam tu. Boring duduk rumah. Awek pun jauh. Perlis sana tu hah!
Untuk mengelakkan post kali ini dianggap crap semata-mata, apa kata amik tahu sikit mengapa kita diWAJIBkan untuk off handphone atau sekurang-kurangnya JANGAN call sapa-sapa masa tengah mengisi minyak. Tapi bagi Khai kalau kita tak call pun, kalau orang call kita naya juga. Kesimpulannya, Off sahaja handphone tu. Lebih lanjut, (more…)
Ditulis pada 28 October '07 oleh KhaiHassan | 570 views telah diterima.
Dalam kategori Daily Craps | Promo di Twitter! | 10 Respon