Aidilfitri 2007 dalam erti sebenar bagi Khai

Khai AF1 mungkin menangis melihat namanya bukan lagi di atas. Tadi, aku search “KHAI” di Google. Akhirnya kepopularitian aku menjadikan aku yang pertama menjejaskan kepopularitian Khai AF1 yang suam-suam kuku entah ke mana tu. Khai Education juga tidak sepopular aku. Hahaha. Eh, Popular ke aku?

Wohoo.. Cuti semester akhirnya menjelma lagi. Tak sabar rasanya untuk aku tamatkan sahaja lagi satu semester tahun depan kemudian terus dengan praktikal 6 bulan. Kalau ada rezeki, sambung Degree. Kalau takde rezeki tu, faham-faham aje la. Kerja! Untuk semester 4 ni, tahap kesibukkan aku dua kali ganda dari semester yang lepas. Jika semester lepas, aku sering membebel di blog menceritakan tentang assignment yang aku terima, tapi semester ini, aku lebih suka senyap dari berkata apa-apa dan pastinya, kau sendiri tahu apa yang aku rasa. Apapun, thanks God sebab semua assignment semester ini lebih banyak kepada kerja individu kecuali untuk subjek Malaysian Studies. Kalau ingin diungkit apa yang terjadi semester 2 dan 3 lalu, betul-betul mengecewakan aku. Kerja berkumpulan yang diberi, puratanya, aku seorang yang buat dan pastinya untuk semester ini, tiada lagi insan yang cuba membuktikan kepada lecturer yang dirinya rajin pada hari presentation padahal bukan buat kerja pun. Sememangnya, aku cukup tidak suka akan kerja berkumpulan di Universiti. Serius!

Dua hari lagi, Aidilfitri menjelang tiba dan lihatlah, aku masih di sini. Di hostel keramat ini. Tiada masa lagi untuk melayari internet, Counter-Strike, Need for Speed dan semua perkara yang aku suka lakukan sebelum ini sebagai hobi. Masa terluang? apa itu? Tiga hari lepas, aku telah selesai membuat presentation mengenai Final Projek untuk subjek Web Publishing. Aku dan berpuluh pelajar Creative Multimedia lain ditugaskan untuk membina sebuah Online Megazine atau lebih mudah disebut, Ezine. Syukur Alhamdulillah, web aku, proposal dan segala macam lagi mengenai tugasan itu diterima sebulat suara oleh pensyarah tanpa sebarang komen. Dalam lebih kurang 70 pelajar, hanya kerja aku seorang yang diterima dan yang lainnya, hantarlah tugasan kalian selepas raya ini. Ezine itu telah aku upload di dalam server Scukz dan kalian boleh lihat jika mahu di alamatnya, http://ezine.scukz.com. Apalah yang aku ceritakan di Ezine itu, kalian lihatlah sendiri di sana. Tugasan poster juga telah selesai, di atas tu adalah kerja aku dan Nieza. Aku design poster mengenai kemerdekaan dan nieza mengenai Festival Muzik.

Hilangnya beban Ezine dan poster dalam hidup aku, belum cukup untuk membuat aku berehat panjang di rumah selepas lebaran ini. Seminggu selepas raya, ada lagi 2 assignment yang perlu aku submit, Flash Website dan juga Photo Montage. Alamak! jejak kampus lagi! Jika dikenang akan tugasan ini, boleh kena stroke otak ini. Apapun, mungkin ini menjadi satu sejarah dalam hidup aku bila dalam kesibukkan sahabat handai berkunjung ke rumah, aku masih di depan notebook menyudahkan tugasan ini. Raya ini juga adalah raya buat pertama kali’nya aku sambut dengan Nokia N73 ini hadiah dari Kak Lea. Raya ini juga aku sambut dengan kehadiran orang baru dalam keluaga dengan kelahiran anak abang aku beberapa bulan lalu selepas hampir 10 tahun berkhawin. Raya ini juga adalah kali pertama sejak aku menjadikan Nieza sebahagian dari hidup aku. Raya ini juga adalah kali pertama aku pulang beberapa jam sebelum raya. Oh, mungkin inilah hari raya untuk orang yang semakin dewasa seperti aku. Yay, aku dah dewasa.

Dikesempatan ini aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang meraikannya. Aku juga ingin memohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki kepada kedua ibu bapa aku yang nun jauh di kampung dan 5 akak & abangku yang menyara hidup aku di perantauan ini. huhu. Kepada semua sahabat handai yang mengenali tak kiralah realiti atau sekadar fantasi di dunia Internet sahaja. Mohon maaf juga kepada segelintir komentar blog ini yang tidak mampu aku balas setiap persis komennya. Kepada yang PM di YM tapi aku sekadar buat bodoh je tu, faham-faham sahajalah, aku sibuk dan aku tidak minat membalas soalan yang kurang bijak atau ditanya dengan cara kurang di ajar. Pendek kata, Kalian 0 dan aku juga 0. Kita seri! Setuju? Tapi dia ni, tak mungkin akan aku maafkan. Sorry!

Ditulis pada 11 October '07 oleh | 655 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 18 Respon

Upin & Ipin Hari Raya Strip

Hah, satu hari sekali dua post. Maklumlah semangat menggunakan WordPress Versi 2.3 masih belum hilang. Hahaha. Hah, ape yang Upin & Ipin ni? Apa yang strip?

Memandangkan Aidilfitri kian menjelma, aku tak ketinggalan menyediakan satu strip untuk kalian. Sesiapa yang memiliki blog atau website, sememangnya layak untuk letak kalau berminat. Hah, strip ni dari jauh pun dah tahu sangat untuk menyambut hari raya. Aku gunakan watak animasi popular Malaysia sebagai asas strip tu. Upin dan Ipin (copyright by Les Copaque), siapa tak kenal. Jadi jom ramai-ramai letak kat blog. Setiap blog under Scukz tak payah fikir dua kali lagi, of coz la wajib sangat-sangat la untuk letak.

Info lain:

Strip Theme: Selamat Hari Raya
Width: 171px
Height: 198px
Format: Animation Gif (ketupat bergerak)
Size of File: 58.76 KB (60174 bytes) Ringan jer!!
Example Web: BlinkBlog

Kalau berminat, edit file header.php theme korang /wp-content/themes/[nama-theme]/header.php kemudian paste’kan code kat bawah ni SELEPAS </head>.

<div style="display:scroll;position:fixed;bottom:-0px;right:1px;">
<img border="0" src="http://a.imageshack.us/img839/4916/stripdesignkhai.gif">
</div>

Ianya untuk pengguna wordpress yang dihostkan sendiri sahaja. Untuk yang masih menggunakan blogspot atau apa-apa jenis blog selain wordpress, anda masih boleh meletakkan images strip di bahagian sidebar blog anda atau mana-mana bahagian post. Berikut Khai sediakan coding untuk di paste di mana-mana area blog anda.

<img src="http://a.imageshack.us/img839/4916/stripdesignkhai.gif">

MP3 Lagu Raya

Kalau rasa nak download lagu hari raya, pergi ke page download special. Terdapat banyak lagu di situ untuk didownload. Terima kasih kepada Mr. Kay.

Pssttt: Aku baru lepas terminum air sambil nengok jam. Rupanya dah pukul 6:05. Amik ko, tersedak-sedak!! hehe… tak sedar dah siang.

Ditulis pada 4 October '07 oleh | 1,234 views telah diterima.
Dalam kategori Daily Craps | Promo di Twitter! | 38 Respon

Upgrade WordPress ke Version 2.3

Akhirnya aku selesai upgrade blog ini ke versi 2.3. Hurmm, membaca blog Mohd Ismail yang ketakutan untuk upgrade versi 2.2 wordpress ke versi 2.3 membuatkan aku tersedar rupanya dalam kesibukkan aku, belum sempat lagi untuk berbuat apa-apa untuk blog. Aku download versi baru wordpress 2.3 seperti biasa di sini, kemudian uploadkan (overwrite) kesumua file yang ada dan running upgrade.php. Ianya selesai.

Betul kata Matt, WordPress versi 2.3 ini 800% lebih laju dari versi sebelumnya. Apa yang menjadi masalah di sini, bila aku nak publish sebarang post atau ingin save selepas meng’edit post, database problem menyusul.

Ah, problem bodoh apa pula ni. So Mohd Ismail dan mereka yang mahu ke WordPress 2.3, please take note! Haha.. Aku mula risau dan bertanyakan kepada rakan-rakan bloger yang lain tapi tiada siapa boleh membantu. Aku pun create table wp_post2cat yang kononnya tidak wujud itu, ianya tidak menjadi. Damn!! Aku men’google’kan diri ke Chaos Laboratory, tetapi ianya langsung tidak membantu. Kemudian aku ke WordPress Support yang lagi la langsung tidak membantu. Ah, apa aku nak buat ni? Membaca di WordPress Support, ada user yang sampai restore balik database 2.2 dan bersumpah tidak mahu lagi menggunakan versi 2.3. Aku mula fadeup, perlukah aku juga berbuat demikian.

Akhirnya aku membuat tindakkan sendiri. Aku sedar sebentar tadi aku telah melakukan kesilapan iaitu tidak disable’kan kesemua plugin yang active sebelum memulakan upgrade. Akhirnya aku cari kesemua plugin yang kene mengena dengan “posting” dan akhirnya aku menjumpai, sebuah plugin yang tidak ku sangka-sangka menjadi penyebab aku tension selama 13 minit 23 saat iaitu Google Sitemaps dan selepas itu kelihatan blog aku kembali berjalan lancar menggunakan versi WordPress 2.3 yang baru.

Apa yang baru di WordPress 2.3? Kau lihat sendiri di sini. Ah peduli apa aku semua itu, yang aku tahu, aku sukakan footer WordPress Admin Panel yang baru ini. Ianya lebih hensem dari yang sebelumnya. Tapi ada satu yang aku mahukan tapi masih tiada. Entah bila, iaitu option untuk memilih saiz thumbnail masa nak mengupload gambar.

Ditulis pada 4 October '07 oleh | 556 views telah diterima.
Dalam kategori Tutorial | Promo di Twitter! | 12 Respon