Merakam laman blog menerusi Webshot.

Siapa sangka blog ini semalam (ahad) menerima lebih 400 unique hits. Dan semoga prestasi seperti ini berterusan. Lagi hebat sambutan, lagi bersemangat aku untuk berkongsi apa-apa sahaja yang pastinya memberi kelainan kepada semua pembaca. Tiada apa yang diharapkan oleh seseorang bloger, selain mahukan setiap entry yang ditulisnya dibaca dan dikomen oleh pengunjung. Begitu jugalah yang aku mahukan. Suatu sumbangan yang sangat kecil dari kamu semua tapi memberikan seribu kesan kepada blog ni. Jadi kepada pengunjung blog ini, janganlah baca or pandang sebelah mata aje.. Ambil la sedikit masa untuk memberi komen.. Boleh? Lagi banyak kau komen, lagi tinggi nama dan link kau naik dalam list Kaki Komen (bawah shoutbox) di sidebar sana.

webshot1.PNGok.. now aku nak share satu perisian yang amatlah berguna jika kau mempunyai website sendiri. Kalau ada Myspace atau Friendster pun boleh la. Jangan segan untuk mengaku itu website kau kerana kau mempunyai hak untuk mengubah page tersebut, itu bermaka itu adalah website kau sendiri. Berbalik kepada software tadi, ianya adalah sebuah software yang mampu merakam keseluruhan website kau. Namun jika kau menggunakan Firefox, tak perlu gunakan software ini, di bawah nanti aku akan berikan link untuk add-ons Firefox. Jika kau mempunyai blog yang panjang dan perlu di-scrool beberapa kali untuk tiba di footer, adakah mungkin kau mampu untuk merakam keseluruhan blog itu menggunakan fungsi Print Screen atau Snipping Tool (melengkapi Windows Vista) untuk keseluruhan blog tu? boleh tu memang boleh kerana aku pernah lakukannya suatu ketika dulu. Tapi semua orang tahu, itu satu kerja yang menyeksa diri sendiri. Macam aku dulu, masa tu perisian ni belum wujud lagi.. Aku Print Screen satu satu kemudian Crop dan merge-kan guna Paint.. Hah!! kelakar nya lah plak kalau fikir balik..

So dengan adanya software yang diberi nama oleh mak bapak dia sebagai Mohd Webshot bin Jamil, kau tak perlu lagi bersusah-susah macam aku tu.. Mungkin selepas ini, jika ada sesiapa yang lakukan begitu, jom sama-sama kita panggil dia orang gilak!! huhuhu… So meh sini aku ajar cara guna Webshot ni. (more…)

Ditulis pada 9 July '07 oleh | 405 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 25 Respon

Berbaloikah bayaran sebuah I-Phone?

Tarikh paling best untuk tahun ini [070707] telah pun berlalu semalam. Tak hairanlah jika akak kepada tunang akak aku ingin bernikah dahulu pada hari ini dan bersanding pada ahad depan.. Puas semalam aku memikirkan kenapa pula dia berbuat begitu.. ternyata menyusahkan pihak lelaki dari Terengganu untuk berkunjung tetapi baru hari ini aku perasan yang dia mahukan tarikh yang datang setahun sekali ni untuk hari pernikahannya.. Wutever lah! ada apa dengan tarikh kan?

Ni entry kedua aku pasal I-Phone dalam minggu ni. Isk, geram betul la.. kalau la ada kuasa boleh hilang-hilang macam Goku tu, dah lama aku pergi US jap curi beli I-Phone. And sehingga kini aku tak henti-henti memikirkan tentang I-Phone dengan cara membuat sedikit sebanyak research bersama-sama pakcik kesayangan aku yang bijak tapi bisu. Tapi harganya yang macam $!@! mesti akan lebih mahal bila sampai di Malaysia nanti. Mampukah aku membelinya? Dan terima kasih kepada Fifi kerana kasi aku selaras gambar (akulah perosak penjodoh bilangan) yang dengan bangganya telah menjelaskan kepada aku kenapa I-Phone ni mahal. (more…)

Ditulis pada 8 July '07 oleh | 395 views telah diterima.
Dalam kategori Gadget | Promo di Twitter! | 30 Respon

Assignment video aku!

sem2_assignment_video.jpg

Update lagi? ah!! entah kenapa semangat aku untuk berblogging semakin memuncak.. Sampaikan kadangkala satu hari aku tak bukak langsung portal Scukz hanya semata-mata merayau kat blog member blog yang lain. Habis entry mereka aku baca dari pada awal buat blog, sampai la yang paling latest. Ni pun baru selesai merayau kat semua link cronies. Bukan hanya jalan-jalan kosong, aku turut tinggalkan satu dua komen untuk mereka. Tak tahu la mereka tu nak masuk sini atau tidak sebagai membalas kunjungan tak rasmi aku tu.. haha!! Sekarang dah hari sabtu jam 5 pagi. Bayangkan aku mula melawat blog seantero dunia tadi pada pukul 1:30 pagi. Erk.. lamanya.. patutlah otak ni rasa macam dah tepu dan tak larat nak amik ape ape input untuk hari ini.. output banyak ni tinggal nak duduk termenung kat toilet aje.. Hehe.. Terus terang aku katakan, yang aku ni rajin komen kat blog orang dan komen itu bukan sekadar sebaris dua atau satu entry sahaja. Tapi hanya untuk blog yang ada dalam senarai cronies sahaja. Yang tiada tu, maybe secara tak sengaja akan masuk ke blog mereka melalui link dari page rakan-rakan cronies tu. So, yang takde dalam senarai cronies tu, apa kata, sempena hari baik bulan baik ni (dah puasa ke?), jom kita exchange link!! Inform ok by comment..

Neway, tak tahu nak share ape!! so apa kata nak kasi kau nengok satu daripada final assignment Khai masa berada di Semester 2 haritu. Video 30 saat untuk iklan road safety. Ini adalah assignment untuk subject Introduction to Video. Inilah kali pertama aku mengenali Adobe Premier Pro. Dah tak larat nak cerita background assignment ni. Maybe ada antara korang yang dah tahu betapa seksanya untuk menyiapkan final assignment ni. Kelas dipecahkan kepada beberapa groups. Satu group 5 orang. Tapi untuk aku, walaupun 5 orang, tapi yang buat kerjanya, aku sorang! Dan video ini disiapkan dalam masa tak sampai 1 hari untuk editing. Shooting dalam masa 2 Jam aje.. Ah! malas nak ungkit menda yang menyakitkan hati ni just berdoa semoga semester 4 nanti, jauhkan lah aku dari group member yang macam bullsh*t! (more…)

Ditulis pada 7 July '07 oleh | 400 views telah diterima.
Dalam kategori Daily Craps | Promo di Twitter! | 27 Respon