zShare Free Hosting

zshare-free-image-video-audio-flash-and-file-hosting.pngStart hari ini, kau semua akan lihat aku kembali menulis untuk setiap hari. Ingat, jam berapa? setiap hari pada jam 1 hingga 3 pagi dan kau semua dialu-alukan untuk memberi komen di setiap entry kerana aku sangat suka membaca feedback dari pembaca. Tak susah pun.

Harini nak inform kau semua pasal zSHARE. Aku taknak buat lawak bodoh untuk mengatakan menda ni sejenis biskut atau kenderaan pulak kan. zSHARE adalah sebuah free hosting yang boleh digunakan untuk mereka yang masih belum ada hosting sendiri. Ianya sama sahaja seperti Turboupload mahupun Megaupload, tetapi ianya tidak bersyarat. Maksudnya, fail yang kau upload tu, takkan hilang jika tidak di download atau meng’had kan jumlah download untuk fail tersebut. Takdalah sampai 1000 upload je hilang fail tu. Poyo jerk ek? Ini bermaksud pada bulan ini, kau boleh berkongsi mp3 dengan awek kau dan bulan depan, kau masih boleh kongsi fail mp3 yang sama dengan awek baru kau? Playboy kau yer? hehe..

Kau boleh upload sebarang fail multimedia yang kau suka. File, Image, Video, Audio atau Flash? Suka hati kau lah. Hihi.. saiz’nya limit kepada 100 MB sahaja. Tapi nasihat aku yang naif ni, apa kata kau beli hosting sendiri yang pasti membuatkan kau lebih best berada di dunia internet ni. Kau boleh upload apa kau nak tak kirala saiznya 15 juta MB pun. Nak beli hosting pula bukan mudah! Kau jangan mudah terpedaya dengan harga atau status kepopularitian syarikat tersebut kerana nanti kau pasti tension bila kau dilarang meletak sebarang fail audio (mp3 dsb.) meskipun ianya hanya sekadar untuk koleksi persendirian kau. Apakah maknanya kau mempunyai hosting sendiri yang kau bayar tetapi kau masih perlu menggunakan free hosting seperti zSHARE ini untuk meng’upload sebarang fail. Inilah yang terjadi kepada kawan aku, ShadowX. Jadi aku nasihatkan, beli hosting yang bijak dari segala aspek. Hosting yang aku gunakan ini dari Cgyhost. Kau pasti tertawan.

Uniform Resource Locator (URL): just click zSHARE!

Pssttt: tired with Photobucket & Imageshack.. Lembap!

Ditulis pada 22 July '07 oleh | 501 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 18 Respon

Flash Back!!

close-up-1.gif

What a great day today. 20 July 2007.. mean 20072007.. notice tak? Emmm.. Ada ke yang hari-hari masuk ke blog ni semata-mata nak nengok entry baru ke? Maaf’lah sebab macam yang kau tahu, aku still belum topup broadband kat hostel ni lagi.. (sape nak sponsor RM50 untuk internet aku? hehe) so tak boleh nak online hari-hari.. so sad la!! Semalam online ada happy sikit sebab buat 1st time cash out duit dari Advertlets. Akhirnya, Eligible juga akaun aku untuk keluarkan duit dari sana. Adalah dalam beberapa ratus dan inilah duit buat pertama kalinya aku terima selepas pertama kali mencubur diri dalam bidang online advertising ni.. sebetulnya, aku hanya suka-suka mengikut trend blogger lain. Sebelum ni nak join Google Adsense pun malas..

Ahhh.. buat masa sekarang ni kalau topup internet kat hostel ni pun, bukan boleh online sangat. Sebab banyak sangat assignment yang kena buat. Alhamdulillah, dah selamat dan tak sabar pun nak study kat subject yang ada di Semester 4 ni. Tapi assignment Semester 3 still belum present. Minggu depan kata lecturer.

Dalam masa yang singkat ni, Aku just nak flashback balik mana artikel panas-panas yang pernah aku tulis suatu ketika dulu. Mungkin ada antara kau yang masih baru dengan blog ini. Blog ini telah wujud sejak tahun lepas lagi dalam bulan Oktober. Macam-macam artikel yang dah aku carutkan di sini. Hehehe.. tinggal kau rajin nak baca atau tidak.. Paling penting, lepas baca, ambil’lah sedikit masa tinggalkan komen kerana aku memang ternanti-nanti feedback dari pembaca untuk artikel yang aku tulis tu..

** Windows baru akan dibuka bila tajuk di klik.

03-08-2006
Assignment Oh Assignment..

– Inilah artikel pertama yang aku tulis di blog keramat ini. Dan pada hari tersebut jugalah, adalah hari jadi aku yang ke-18. Post ini aku tulis di blogspot kerana pada masa itu aku belum tertarik untuk menggunakan wordpress. Dan post ini telah aku import masuk ke database blog ini pada bulan Oktober. Artikel ini hanya menceritakan tentang keluhan aku sebagai seorang pelajar University yang masih baru. “Dunia baru” la katakan.

30-11-2006
Windows Vista
(43 komen)
– Pada bulan November, aku bercadang untuk tidak lagi menjadikan blog ini sebagai Diari Online aku. So aku menulis sesuatu yang boleh dikongsi kepada semua. Aku menceritakan tentang Windows Vista dan telah mendapat sambutan ramai kerana masa itu, Windows Vista masih baru dalam kepala para penduduk di muka bumi Malaysia ini.

16-01-2997
Pengacara TV yang Memalukan..
(58 komen)
– Ini bukan tajuk asal post tersebut. Tajuknya sering diubah kerana post ini betul-betul mendatangkan pelbagai pendapat dari umum. Ada yang menyokong tulisan aku dan ada juga yang membangkang. Artikel ini berkisarkan tentang seorang pengacara TV yang tidak menghormati agama dengan berpakaian menjolok mata tanpa segan & silu. Terdapat juga post sebelum itu yang sangat kontroversi iaitu Anak Seorang Motivator (52 komen). Inilah post yang membuatkan hati aku tertanya adakah diri ini sesuai menjadi wartawan hiburan suatu hari nanti? heh!! tak mungkin’lah!

19-01-2007
Pendedahan Berani Datuk Siti Nurhaliza
(58 komen)
– Aku menulis blog ini dengan lebih berani. Kali ini aku menegur seorang artis paling popular di Malaysia ini pula. Aku mempertikaikan tittle Datuk tersebut dan juga mengenai pakaian beliau selepas bergelar seorang isteri dan Datuk. Aku betul-betul meluat!

04-03-2007
Scukz Cloner yang Melampau!!
(90 komen)
– Entry ini menjadi perhatian ramai apabila aku mempertikaikan kewujudan sebuah web portal yang banyak meniru idea yang aku turunkan di Portal Scukz.Com. Aku cuba menegur web tersebut secara baik, namun hasilnya, aku dihina dan difitnah dengan pelbagai cara dan aku bertindak drastik melalui post ini. Baik kau baca!

Cukuplah aku preview’kan beberapa entry ini sahaja. Kalau nak ditulis semuanya, memang tak larat. Jadi kau lihat di ruangan sidebar sebelah kanan ini, ada menu Archives dan kau boleh lihat semua artikel yang aku tulis mengikut bulan. Aku recommend’kan kau semua supaya ambil’lah sedikit masa baca semua entry tersebut. kalau rajin tu, kongsi pendapat sekali dengan cara mudah memberi komen di bawah setiap entry. Harapan aku dengan adanya preview ini, mampu membuat’kan kau membaca artikel-artikel yang sudah aku tulis sebelum ini. Percayalah, ianya BEST!!

Ditulis pada 20 July '07 oleh | 492 views telah diterima.
Dalam kategori Daily Craps, Istimewa | Promo di Twitter! | 13 Respon

Derma Air Mani?

Uwaa.. tension tension.. dah 3 hari tak online.. Sebab? aku still lom topup internet. Sekarang ni kan kat hostel. Kene topup RM50 dulu baru la boleh online. Duit plak tunggu family masukkan.. so sabar aje la.. dan aku menulis entry kali ini, menggunakan account internet Nieza.. Dia tengah sedap merayap kat IOI Mall tu, so ape kata dia kasi pakwe mithali dia ni pinjam jap.. Ngee.. Maybe Selasa atau Rabu ni baru topup kot. So boleh la update blog ni hari-hari macam sebelum ni.

Neway hidup dah mula busy. Tadi dah ade briefing & registration untuk semester 4. Dan kini aku boleh berbangga sebab bukan lagi belajar di College University sebab Limkokwing sekarang dah diiktiraf sebagai University sepenuhnya. Yeah!! i’m a siswa! Lol.. Neway dalam masa yang singkat pinjam internet awek ni, ape aku nak update yerk? kau nak ape? info kat bawah yang aku karang hampir 3 jam tu kau dah baca? baik kau baca.. insyaAllah, dapat la info sket sebanyak.. so lepas ni boleh la kau cerita kat member-member kau sedikit sebanyak apa yang kau dah tahu..

Ermm.. lama aku tak cerita pasal artis yer? so boleh tak nak ceria sikit? cerita pasal Erra Fazira dan aku confirm dapat rasakan yang Erra ni memang Playgirl. Dan maklumat yang aku dapat, dia bercerai bukan salah Yusry. So andaian aku Yusry penyebab penceraian mereka sebelum ni, terpaksa aku lupakan. dan before sebelum Erra khawin dengan Yusry lagi, Erra memang dah …… tapi Yusry memang bagus orangnya. Malas cerita banyak sebab satu Malaysia tak tahu hal yang aku tahu ni. Tapi maklumat yang aku terima dari Crew yang baik dengan Hans Issac ni, membuatkan aku tahu siapa itu Erra. [ada gambar sini]

Dan ini mengenai tajuk entry ini. Agak mengejutkan even fikiran aku memang cukup terbuka. Tapi ini memang dah terlalu terbuka untuk aku. Kau bayangkan, kalau kat Malaysia pun ada benca macam ni.. Keluar satu iklan khidmat masyarakat kat TV yang menyeru kau menyumbang sedikit air mani untuk yang memerlukan. What The Hell!!!!!!!

sdms101_01.jpg

Gambar lagi? .. (more…)

Ditulis pada 16 July '07 oleh | 801 views telah diterima.
Dalam kategori Tergempar | Promo di Twitter! | 4 Respon