Tarikh paling best untuk tahun ini [070707] telah pun berlalu semalam. Tak hairanlah jika akak kepada tunang akak aku ingin bernikah dahulu pada hari ini dan bersanding pada ahad depan.. Puas semalam aku memikirkan kenapa pula dia berbuat begitu.. ternyata menyusahkan pihak lelaki dari Terengganu untuk berkunjung tetapi baru hari ini aku perasan yang dia mahukan tarikh yang datang setahun sekali ni untuk hari pernikahannya.. Wutever lah! ada apa dengan tarikh kan?
Ni entry kedua aku pasal I-Phone dalam minggu ni. Isk, geram betul la.. kalau la ada kuasa boleh hilang-hilang macam Goku tu, dah lama aku pergi US jap curi beli I-Phone. And sehingga kini aku tak henti-henti memikirkan tentang I-Phone dengan cara membuat sedikit sebanyak research bersama-sama pakcik kesayangan aku yang bijak tapi bisu. Tapi harganya yang macam $!@! mesti akan lebih mahal bila sampai di Malaysia nanti. Mampukah aku membelinya? Dan terima kasih kepada Fifi kerana kasi aku selaras gambar (akulah perosak penjodoh bilangan) yang dengan bangganya telah menjelaskan kepada aku kenapa I-Phone ni mahal. (more…)
Ditulis pada 8 July '07 oleh KhaiHassan | 461 views telah diterima.
Dalam kategori Gadget | Promo di Twitter! | 30 Respon
Update lagi? ah!! entah kenapa semangat aku untuk berblogging semakin memuncak.. Sampaikan kadangkala satu hari aku tak bukak langsung portal Scukz hanya semata-mata merayau kat blog member blog yang lain. Habis entry mereka aku baca dari pada awal buat blog, sampai la yang paling latest. Ni pun baru selesai merayau kat semua link cronies. Bukan hanya jalan-jalan kosong, aku turut tinggalkan satu dua komen untuk mereka. Tak tahu la mereka tu nak masuk sini atau tidak sebagai membalas kunjungan tak rasmi aku tu.. haha!! Sekarang dah hari sabtu jam 5 pagi. Bayangkan aku mula melawat blog seantero dunia tadi pada pukul 1:30 pagi. Erk.. lamanya.. patutlah otak ni rasa macam dah tepu dan tak larat nak amik ape ape input untuk hari ini.. output banyak ni tinggal nak duduk termenung kat toilet aje.. Hehe.. Terus terang aku katakan, yang aku ni rajin komen kat blog orang dan komen itu bukan sekadar sebaris dua atau satu entry sahaja. Tapi hanya untuk blog yang ada dalam senarai cronies sahaja. Yang tiada tu, maybe secara tak sengaja akan masuk ke blog mereka melalui link dari page rakan-rakan cronies tu. So, yang takde dalam senarai cronies tu, apa kata, sempena hari baik bulan baik ni (dah puasa ke?), jom kita exchange link!! Inform ok by comment..
Neway, tak tahu nak share ape!! so apa kata nak kasi kau nengok satu daripada final assignment Khai masa berada di Semester 2 haritu. Video 30 saat untuk iklan road safety. Ini adalah assignment untuk subject Introduction to Video. Inilah kali pertama aku mengenali Adobe Premier Pro. Dah tak larat nak cerita background assignment ni. Maybe ada antara korang yang dah tahu betapa seksanya untuk menyiapkan final assignment ni. Kelas dipecahkan kepada beberapa groups. Satu group 5 orang. Tapi untuk aku, walaupun 5 orang, tapi yang buat kerjanya, aku sorang! Dan video ini disiapkan dalam masa tak sampai 1 hari untuk editing. Shooting dalam masa 2 Jam aje.. Ah! malas nak ungkit menda yang menyakitkan hati ni just berdoa semoga semester 4 nanti, jauhkan lah aku dari group member yang macam bullsh*t! (more…)
Ditulis pada 7 July '07 oleh KhaiHassan | 454 views telah diterima.
Dalam kategori Daily Craps | Promo di Twitter! | 27 Respon
** Tajuk bajet konon-konon macam “Macam Macam Aznil”.. wakakak
Yay!! aku dah join Exabytes® Love Malaysia & Win Contest 2007 eventhough aku bukanlah customer diorang.. tapi aku pernah menjadi customer diorang suatu ketika dulu dan sehingga hari ini, aku masih ada hutang RM0.99 lagi yang masih belum diselesaikan. Pandai-pandai beli domain murah tapi tak pakai.. Huhuhu… saja aku join.. sambil memeriahkan sambutan kemerdekaan negara, mana tahu ada rezeki.. Kepada yang masih belum join lagi tu, nampak tak ada banner comel kat footer blog aku ni? klik lah.. mana tahu kot kot kau bertuah menang hadiah seperti Sebuah Proton Perdana V6, Melancong dengan Star Cruise 10 hari 15 malam ke Kuala Lumpur (ada laut ke?) dan juga Pakej Penginapan seumur hidup di rumah anda sendiri.. tapi malangnya, semua hadiah yang aku sebut tu, tipu aje.. huhu.. hadiah yang Exabytes tawarkan hanyalah 1 (satu) Grand Prize berupa handphone Sony Ericsson W850i dan 8 (lapan) lagi hadiah lain berupa wireless keyboard & mouse yang bernilai RM100 setiap satu. Aduh, puas merepek!
Tahniah jugak kat member baik aku, Mohd Rasul a.k.a Acul atau ShadowX sebab dah beli Notebook baru.. Notebook busuk dia, dah selamat jual.. RM800 pon boleh la.. hahaha.. Aku juga dah memasang satu lagi iklan iaitu Nuffnang. So kiranya dah ada dua iklan la kat blog ni. Satu Advertlets dan satu lagi Nuffnang. Nuffnang ni walaupun kadang-kadang lembap, tapi manyak untung looo.. kata si Faidhi. So aku pun cuba la.. so kat sidebar paling atas tu, ada iklan kan? so hope kau semua sudi untuk join poll atau komen untuk iklan tu. Tak susah pun kan.. dan kalau rasa produk iklan tu kau suka, jangan la segan-segan klik.. hehe
Semalam gak ade mangkuk jamban add aku kat YM.. ID dia scukz .. cam kenal je ID ni kan? inilah email aku yang dihack tahun lepas.. Tak sangka sampai sekarang mangkuk tu pakai.. and bila aku chat ngan dia, tak sangka dia tahu semua perkembangan pasal aku.. Nama awek pun dia leh tahu.. Wow!! baru ku sedar, rupanya dalam diam, dia admire dengan aku.. haha.. So mulai saat ini, aku hadiahkan la akaun Email yang dia curi tu.. tapi akhirat nanti sila mengadap aku ye wahai mangkuk jamban sebagai balasan untuk orang mengacau hidup orang yang tak bersalah dengan kau!! nak baca teks perbualan kami? read more lah… panjang sangat
(more…)
Ditulis pada 6 July '07 oleh KhaiHassan | 531 views telah diterima.
Dalam kategori Daily Craps | Promo di Twitter! | 20 Respon