Ngah nengok cerita The Holiday nih.. Tapi baru aje separuh.. Akak aku cakap cerita ni best.. so baru nengok sikit kira memang best jugak la (bukan sebab ada romen romen ok).. Pause kejap sebab nak tunjuk kat korang satu menda best.. Best yang amat sangat.. Website ini dibangunkan oleh SunSat Satellite Solutions Co. Ianya suatu yang betul-betul mengasyikkan. Bayangkan engkau boleh usya kat mana awek kau lepak mana.. Mana tahu kot gi lepak umah jantan lain ke.. boleh senangkan kerja JAIS, MAINS atau apa apa IS sekalipun tolong tangkapkan.. huhu.. Sistem dia terlalu mudah. Hanya masukkan Location (of coz la Malaysia.. takkan awek ko duduk Jamaica plak), then letak no Phone dia.. Jangan la lurus sangat ye, bukanlah bermakna menda ni leh guna untuk cari awek aje.. nak tolong cari nenek jiran engkau yang 34 tahun lepas hilang sebab tertinggal kat KL Sentral (logik ke?) pon boleh.. asalkan tahu nombor handphone sudey.. kerana sistem ni akan mengesan simcard tersebut dan memberitahu di manakah lokasi simcard itu termasuklah handphone. Boleh juga digunakan kalau handphone hilang atau dicuri..
” tu no phone Misha Omar.. call la “
Tapi agak malang, map kat Malaysia ni agak kabur.. tapi still boleh nampak.. last word, jangan marah aku kalau korang dah cuba tapi tak menjadi.. Web tu pun dah kasitahu ” We are not responsible for possible tracking errors that may occur. “.. Berjaya atau tidak, please kasi komen anda.. paling penting, rahsiakan dari pasangan anda!! Phewww!!
Ini Website tu: http://www.sat-gps-locate.com
Pssttt: Jangan ditanya kenapa post ni termasuk dalam kategori Fun & Jokes.. sebab memang aku suka suka main letak.. kot..?? and sejak aku jadi penggemar blog Mohd Ismail ni, aku lebih suka pula menggelar diri ini sebagai “aku” berbanding sebagai “khai” dulu.. dan “korang” kadang-kadang dah menjadi “kau” .. adakah ini satu penangan blog mael atau dia ada jampir serapah niii… lalalala
Ditulis pada 6 July '07 oleh KhaiHassan | 577 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 9 Respon
YaAllah… huuu.. aku rasa sungguh teruja, terpegun dan terpana bila melihat video preview I-Phone sebentar tadi.. Ternyata rumour yang belambak-lambak dalam internet ni, hanya rumour semata-mata.. Baru 3 hari released, dah 525,000 unit terjual.. Punye la gile kentang punye dashat I-Phone ni sampai aku merasakan, sungguh taik sekali handphone yang ada kat pasaran sekarang ni.. tak kiralah Nokia, Motorola mahupun Sony Ericsson.. Dan kini, aku menyimpan satu cita-cita ingin memiliki kesemua barangan Apple especially I-Phone..
Nengok le sendiri video ni: Click Here.. lepas tu lagi bagus kalau ngko pusing + putar I-Phone ni.. Main la putar-putar I-Phone tu sampai kejang.. so jangan lupa kasi pendapat skali kat sinih.. and sape tahu bila I-Phone nak mendarat kat Malaysia? bape harga dia?
(more…)
Ditulis pada 5 July '07 oleh KhaiHassan | 603 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 16 Respon
Semalam aku gi KLCC ngan Nieza.. Nengok Transformer.. actually tujuan sebenar pergi KLCC nak jumpe my group. Bincang pasal business plan Semester 3. Tapi nak buat camne, sorang je yang dapat datang.. Yang lagi 3 orang tu macam2 alasan dia bagi.. duit takde la.. no times la… gi mam*** le hai.. And tak pasal pasal aku kene buang masa ntuk design logo syarikat, flyers, business card and etc padahal tugas aku Promotion Manager.. Bukan Designer.. dalam groups aku, ade 2 orang Designer.. but diorang boleh takde Photoshop plak nak buat.. Sabar aje la!! So Khai amik keputusan, biar Khai aje la yang jadi designer macam tu.. Biar mereka tu amik tugas as Promotion Manager! Oklah, semalam dari Desa Pandan ke KLCC dalam pukul 11 pagi macam tu.. Pergi naik Feeder Bus Putra.. bila nak bayar je duit tiket, ade RM1.50 je.. Yang lain semua duit RM10 & RM50. Harga tiket ntuk 2 orang RM2.00 .. so nak taknak, terpaksa tunggu lagi bus tu pusing. Nieza mmg dah bengang gile ngan aku.. huhu.. nak buat camne.. Akhirnya next bus pon sampai (i think bus yang sama coz drebarnye botak & gendut macam Mawi). Sampai je Datok Keramat LRT Station, terus amik tiket ke KLCC (RM1.60 x 2 = RM3.20)..
Sampai je KLCC, member aku dah tunggu. Then naik TGV jap pasal aku dah booking 2 tiket Transformer pukul 03:20PM. Fuh! nasiblah dah booking. Kalau tak beratur la sampai ke petang.. Ramai gile manusia durjana kat situh.. harga Tiket RM22 + charge booking RM1. Then my member tu ajak gi lepak mamak. sambil jalan ke kedai Mamak (Depan AvenueK), sempat gak la bincang pasal group Khai tu. Orang lain dah sampai 81 muka surat. Groups kitorang 10 muka pon x sampai.. huhu.. Ada la dalam 1 jam lepak kat kedai mamak tu jap.. Then hantar kawan aku tu ke LRT station balik (dia x biasa ngan KLCC coz jarang datang). Jam dah pon pukul 03:15 petang.. So terus la masuk panggung.
Ini kali ke-2 nengok wayang dalam minggu ni. Haritu nengok Fantastic 4. Ermm.. what can i say, sama la seperti blogers lain, semua cakap cerita ni movie of the year. Tapi aku dah nieza banyak kali la plak terlelap nengok cerita nih. Bukan sebab boring, tapi sebab kitorang penat sangat. Kan kelmarin ade birthday my anak saudara.. Ermm.. cerita yang diarahkan oleh Michael Bay dan Steven Spielberg selaku penerbit eksekutif yang direalitikan dari watak permainan Hasbro ni, ternyata terlekat di hati. Bapak canggih teknik CGI dan grafik diorang buat especiall time nak transform daripada kereta dan lori kepada Robot.. Huh!! terpegenun dan terpana.. Nak cerita sinopsis cerita ni pun tak berapa pandai la.. takut salah fakta plak nanti.. tapi takpe.. Aku cuba la gak!
Sinopsis, Original Soundtrack & info padat mengenail filem ini? click link bawah ni.
(more…)
Ditulis pada 3 July '07 oleh KhaiHassan | 740 views telah diterima.
Dalam kategori Daily Craps | Promo di Twitter! | 19 Respon