Anak Pontianak Mengamuk Lagi

anak-pontianak_banner.jpg
Korang semua tentu tahu dengan drama bersiri terbaru kat TV3 ni. Anak Pontianak as sequal dari filem Pontianak Harum Sundal Malam. So jangan lupa saksikan setiap hari Khamis jam 9 malam. Kalau malas nak nengok tv pon, korang boleh nengok online setiap episod di website utama TV3. So harini korang bersama Khai, bukan lagi bersama Nas Ahmad.

Jom kita TERJAH beberapa aksi belakang tabir Zarina An-Julie ..

anak_pontianak_1.jpg

anak_pontianak_2.jpg

anak_pontianak_3_edit.jpg

WARNING: Gambar selebihnya di bawah ini mengandungi unsur yang agak lucah. Walaubagaimanapun, Khai telah mengaburkan gambar2 tersebut bagi menyesuaikan paparan untuk semua. Bagi mereka yang tidak mahu melihat gambar2 tersebut, jangan lihat. Mahu lihat, itu tanggungjawab anda sendiri.

Untuk aksi belakang tabir katil.. sila baca lagi.. (more…)

Ditulis pada 14 January '08 oleh | 12,875 views telah diterima.
Dalam kategori Tergempar | Promo di Twitter! | 167 Respon

Fast Update #2

First of all, Khai nak minta maaf coz tak dapat nak update blog ni setiap hari jam 3 pagi. Ada yang cakap Khai tulis tak serupa bikin. Haha, sorry la yosh! Khai terlalu busy dek kerana semester 5 yang baru bermula. Now, Khai kembali menulis sambil melunjurkan kaki ke luar tingkap bilik tingkat 11 di Desaria Villa Condominium (Limkokwing University Hostel) ini. Udara nyaman sekali sambil melihat pemandangan Cyberjaya. Melihat Multimedia University (MMU) sungguh indah sekali menara air yang begitu ketara dari bangunan yang lain. Mungkin itu trademark MMU la kot tempat si Hafreze study sambil menjadi Playboy paling berjaya. Hehe!

KL-Putrajaya Highway

kl-putrajaya highway
Dari tingkap ni juga, Khai dapat lihat Lebuhraya KL – Putrajaya yang baru je dibuka untuk orang ramai. Tol masih free [updated: Kini tol dari KL ke Bukit Jalil RM 1.50 dan untuk terus ke Putrajaya, RM2.50]. Menurut akak Khai, dia ambil masa lebih kurang 15 minit sahaje untuk sampai ke Putrajaya. Buat susah-susah je Samy Veloo ni kan? Tapi baguslah sekurang-kurangnya tak payah nak susah payah nak rempuh kesesakkan yang meruntum jiwa dan harapnya, bila bayaran tol dah bermula nanti, Samy Veloo pun janganlah susah-susah plak nak naikkan harga plak ye? Exit highway ni nanti berdekatan dengan Limkokwing University. So singgah la kejap kita leh makan-makan ke.. minum-minum ke.. Hahaha. Kalau map kat atas tu terlalu kecil, korang nengok kat sini.

Salam Takziah

scukz_blog_kubur_atuk.jpg
” jarak pusara pakngah dari batu pusara atuk ”

Semalam, Khai dikejutkan dengan pemergian Pakngah (adik mak) pada jam 9 pagi dan selamat dikebumikan jam 2 petang di Tanah Perkuburan Jalan Puchong beberapa selang dari kubur Allayarham Atuk.. Selepas hampir 12 bulan pemergian Allayarham atuk, Arwah sebagai anak lelaki yang pertama turut pergi menyembah Illahi. semasa hidupnya tak pernah kedekut atau berkira kepada anak-anak saudaranya. Khai masih ingat, setiap kali exam, kalau dapat number 1 sampai 3, mesti ada hadiah yang arwah kasi. Time UPSR dulu, 1A mesti dia kasi RM10. Hurmm, sebelum bersara, arwah bertugas sebagai Tok Kadi di daerah Kuang, Selangor. Selepas bersara, beliau kembali ke rumah asalnya di Shah Alam dan hanya menjadi penceramah bebas. Selain itu ada diundang oleh TV3 dan beberapa pihak Universiti untuk memberi ceramah. Kalau korang perasan, baru-baru ini ada iklan Zaitun. Akhir iklan tu ada seorang ustaz memegang ubat gigi Zaitun dan berkata sesuatu. Itulah Pakngah. Apa yang Khai tahu, arwah dah lebih 4 bulan terseksa dek kerana buatan orang. Kenapalah orang semulia itu masih ada yang khianat melihat kejayaan dan kebahagiaan keluarganya. Khai betul tak faham dengan dunia sekarang. Semoga roh Allayarham di cucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin. Salam takziah kepada Makngah serta sepupuku Along Atan, Angah, Azri dan Fitri. Ketahuilah setiap yang bernyawa pasti akan pergi jua.

Nufflets Penipu?

scukz_blog_nufflets.jpg
Honestly, Khai bercadang untuk menurunkan iklan dari Nufflets dek kerana rasa tertipu. (more…)

Ditulis pada 10 January '08 oleh | 900 views telah diterima.
Dalam kategori Daily Craps, Istimewa | Promo di Twitter! | 37 Respon

Top 10 Laptop Masa Kini

khai_notebook.jpg
Semalam baru Khai nengok I am Legend. Nengok kat MBO Cineplex Galaxy Ampang. Murah tiket kat situ. RM5 je itu pun my sis belanja. Even si Mael dah spoil cerita tu awal-awal kasitahu hero mati, tapi Khai still berlinang air mata. Lagi-lagi time anjing dia mati. Alahai. Ok lupakan pasal wayang, coz this Sunday Khai dah balik hostel. So, ini entri terakhir sebelum ke sana. So Khai nak kasitahu korang semua mengenai Top 10 Laptop dan juga Antivirus pada masa kini. Tapi rasanya Top 10 antivirus dalam entri akan datang la. Ok, Khai mulakan dengan perbezaan Notebook & Laptop dulu.

Perbezaan Notebook dan Laptop.
Notebook dan Laptop kedua-duanya dianggap sama iaitu sebuah Portable PC (mudah alih). Ramai yang anggap Notebook dan Laptop adalah benda yang sama cuma lain dari segi nama. Sebenarnya, ada sedikit perbedaan antara Notebook dan Laptop.

Notebook lebih ringan, jangka hayat bateri yang panjang, dan kebiasaannya mempunyai saiz skrin yang lebih kecil dan comel dari Laptop. Disebabkan saiz yang comel, Notebook bagi Khai sedikit menyusahkan kerana tidak dilengkapi banyak internal hardware. Semuanya external. Laptop pula mempunyai banyak kelebihan di mana ianya mempunyai DVD+RW dalaman yang selalunya tidak terdapat pada sesebuah Notebook. Pendek kata, Laptop sedia beroperasi sama seperti sebuah PC Dekstop. Nampaknya Khai sendiri dah silap tafsir selama ini. Ingat pakai Notebook, rupanya Laptop daa.. Tapi zaman sekarang ni, Notebook dan Laptop dah dianggap sama sebab Notebook pun ada yang dah pakai internal DVD+RW dan Laptop pula dah makin ringan dan bersaiz kecil. Keliru gila!

Source: Notebook Computer | Laptop Computer

Kita teruskan dengan Top 10 Laptop pada masa kini.

Apple MacBook Pro

Beautiful, sleek design; big, bright display; dual-core CPU; robust software package, including Mac OS X Tiger; illuminated keyboard and scrollable touch pad; DVD burner; built-in Webcam; remote control; can run Windows XP using Apple’s free Boot Camp utility.

Spesifikasi Penuh

HP Pavilion HDX

Massive 20-inch display; first system we’ve seen with the new Core 2 Extreme mobile CPU; pop-out remote control provides 10-foot interface; cool touch-sensitive controls.

Spesifikasi Penuh

Apple MacBook – black

Introduced in the fall of 2006, the current version of Apple’s 13-inch MacBook laptop was a revolutionary product, combining Intel’s Core 2 Duo CPUs with Apple’s much-lauded operating system. Add in Apple extras such as the iSight camera, Front Row remote, iLife software, and MagSafe power adapter, and you have what is arguably one of the best-loved laptops on the planet. Since then, Apple has been content to issue minor periodic hardware upgrades, which, while not all that exciting, continue to add CPU horsepower while keeping prices steady. The latest update, from November 2007, bumped up the top available CPU to a 2.2GHz Intel Core 2 Duo, and added Intel’s Santa Rosa platform and slightly better integrated graphics, resulting in a modest boost in performance.

Spesifikasi Penuh

(more…)

Ditulis pada 4 January '08 oleh | 1,104 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 44 Respon