Artis Malaysia dulu dan sekarang

Ramai yang nak jadi artis. Alasan, boleh cepat kaya, popular, digilai ramai dan boleh kelihatan cun dan ensem. Sadisnya, ada juga yang sebelum jadi artis lagi molek semua aspeknya berbanding selepas jadi artis. Pendek kata, siapa rasa boleh pakai baju kurung dan kebaya tu, tak payah le nak ngade-ngade jadi artis. Popular memang boleh popular. Tapi kat dunia je, akhirat? popular la sangat ye nanti.. hehehe. Hakikat ni dapat dibuktikan dari bukti-bukti sahih berikut.

(more…)

Ditulis pada 10 October '08 oleh | 1,904 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 58 Respon

Finally, I’m Happy


Hari raya dah berminggu tinggalkan korang. Tapi bukan Khai. Hahaha. Sebab hari raya dah tinggalkan Khai sejak raya pertama lagi. Macam biasalah, raya zaman sekarang ni dah tak rasa kemeriahannya. Ade tiga sebab je. Satu, kita semua dah besar dan tak rasa best macam masa budak-budak dulu. Dua, budak-budak kecik yang dulunya selalu datang rumah nak duit raya, semuanya dah besar dan menyebabkan takde budak-budak lagi yang nak datang beraya. Tiga, salahkan je kerajaan coz haramkan mercun dan bunga api. Diorang main mercun time merdeka boleh plak yer. Patutnye jual je mercun ni. Siapa yang main sampai putus tangan tu, padan muka mak ayah diorang. Sapa suh tak kawal anak sendiri ye tak? Sibuk melaram baju raya baru je.. Hehehe..

Ok lah, nak cerita pasal Happy Sim Pack. Sampai sekarang tak putus-putus orang tanye mana nak rembat Happy ni. Nengok member yang pakai Happy Sim Pack ni seronok je call awek diorang. Apa taknye, RM1 untuk 45 minit. Khai pun tak tahu apa ilmu Happy ni pakai hinggakan sampai sekarang tak bankrupt-bankrupt. Hehehe..

Nieza pun macam tu. Selalu call Khai je guna Happy. Khai je call dia pakai Hotlink. Air mata darah bila nengok kredit tinggal ciput lepas call dia. Dia call guna Happy boleh la tersenyum riang. Hehehe. Bila ditanya mana diorang ni dapat Sim Pack Happy ni, semua cakap beli kat Giant. Aritu Khai ke Giant, tak nampak plak booth yang ada jual Happy. (more…)

Ditulis pada 9 October '08 oleh | 738 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 32 Respon

Semuanya takkan hilang jika.. Part 2


Lagi beberapa hari dah raya dan mungkin ini entri terakhir sebelum hari kemenangan kita semua menjelang tiba. Hari ini juga adalah hari terakhir Khai duduk di hostel milik Limkokwing University ni. Terima kasih kerana menyediakan internet percuma dengan ‘superlaju’ tanpa banyak masalah.

So dikesempatan ni, Khai nak ucapkan kepada semua Selamat Hari Raya yer. Kalau ada salah dan silap tu, Khai menyusun sepuluh jari memohon kemaafan. Tak mungkin dilupa, keluarga tercinta, para sahabat tersayang dan yang kalau Khai lupa dia akan merajuk, Nieza lah.. my girlfriend. Kalau-kalau la ada sesiapa yang tak tahu duit nak buat apa tu dan rasa nak kasi Khai duit raya, contact je Khai via email ye. Hahaha. Tak malunye aku dah tua-tua mintak duit raya 😛

Mengenai entri sebulum ni, ini adalah part kedua. Silalah (more…)

Ditulis pada 26 September '08 oleh | 9,344 views telah diterima.
Dalam kategori Daily Craps, Istimewa | Promo di Twitter! | 25 Respon