Free game sangat kool

Entri kali ni Khai saje nak share game untuk korang. Buat masa ni game ni la yang terbaik yang pernah Khai main untuk buang masa tapi berfaedah. Ni bukanlah game macam Transformers, Hitman, Need for Speed atau game yang penuh aksi-aksi ni, tapi game ni nak main kene gunakan otak. Khai harap korang cuba la sendiri sebab Khai takkan promo kat korang kalau menda ni tak best dan tak berfaedah kan?

Lagi-lagi yang kat office tu. Kalau bosan takde kerja, layan je la game ni untuk hilangkan bosan korang tu. Kalau kantoi ngan bos korang pun, silap-silap bos korang pun nak main sekali. Habislah melingkup office korang tu ek? hahaha.

Dinner Dash 2


Kalau korang main before, mungkin Dinner Dash 1. Dalam Dinner Dash 2 ni banyak dah berubah. Korang akan jadi awek pelayan kat restoran. Awek pun awek la ye tak, janji layan. Korang perlu melayan setiap customer yang datang tak putus-putus. Dari amik menu, hantar makanan sampai la ke mop air kencing customer baby, semua korang yang kene buat. Kira kat restoran ni, sorang je la yang kerja (tak logik sungguh ek?). Bila restoran korang makin maju, (more…)

Ditulis pada 13 October '08 oleh | 685 views telah diterima.
Dalam kategori Daily Craps | Promo di Twitter! | 28 Respon

Artis Malaysia dulu dan sekarang

Ramai yang nak jadi artis. Alasan, boleh cepat kaya, popular, digilai ramai dan boleh kelihatan cun dan ensem. Sadisnya, ada juga yang sebelum jadi artis lagi molek semua aspeknya berbanding selepas jadi artis. Pendek kata, siapa rasa boleh pakai baju kurung dan kebaya tu, tak payah le nak ngade-ngade jadi artis. Popular memang boleh popular. Tapi kat dunia je, akhirat? popular la sangat ye nanti.. hehehe. Hakikat ni dapat dibuktikan dari bukti-bukti sahih berikut.

(more…)

Ditulis pada 10 October '08 oleh | 1,586 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 58 Respon

Finally, I’m Happy


Hari raya dah berminggu tinggalkan korang. Tapi bukan Khai. Hahaha. Sebab hari raya dah tinggalkan Khai sejak raya pertama lagi. Macam biasalah, raya zaman sekarang ni dah tak rasa kemeriahannya. Ade tiga sebab je. Satu, kita semua dah besar dan tak rasa best macam masa budak-budak dulu. Dua, budak-budak kecik yang dulunya selalu datang rumah nak duit raya, semuanya dah besar dan menyebabkan takde budak-budak lagi yang nak datang beraya. Tiga, salahkan je kerajaan coz haramkan mercun dan bunga api. Diorang main mercun time merdeka boleh plak yer. Patutnye jual je mercun ni. Siapa yang main sampai putus tangan tu, padan muka mak ayah diorang. Sapa suh tak kawal anak sendiri ye tak? Sibuk melaram baju raya baru je.. Hehehe..

Ok lah, nak cerita pasal Happy Sim Pack. Sampai sekarang tak putus-putus orang tanye mana nak rembat Happy ni. Nengok member yang pakai Happy Sim Pack ni seronok je call awek diorang. Apa taknye, RM1 untuk 45 minit. Khai pun tak tahu apa ilmu Happy ni pakai hinggakan sampai sekarang tak bankrupt-bankrupt. Hehehe..

Nieza pun macam tu. Selalu call Khai je guna Happy. Khai je call dia pakai Hotlink. Air mata darah bila nengok kredit tinggal ciput lepas call dia. Dia call guna Happy boleh la tersenyum riang. Hehehe. Bila ditanya mana diorang ni dapat Sim Pack Happy ni, semua cakap beli kat Giant. Aritu Khai ke Giant, tak nampak plak booth yang ada jual Happy. (more…)

Ditulis pada 9 October '08 oleh | 648 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 32 Respon