WordPress 2.6.3 Flash Uploader Problem

Since Adobe dah release secara besar-besaran diorang punya Flash Player 10, ramai la yang teruja untuk update ke 10 termasuk Khai sendiri. Apa yang menjadi masalah, tak banyak pun perbezaan kegunaan kita hari-hari samada Adobe Flash Player version 9 mahupun 10. Tapi ada satu yang membuatkan anda (jika blogger) terasa sakit hati bila Flash Uploader di WordPress tak boleh digunakan.

So korang boleh download Flash Player 9 Debugger kat bawah ni. Khai dah apply dan semuanya okey!
Download Flash Player 9 Debugger
orang sudey download taw!

Ogy Makin Tak Sedar Diri

* Click sini untuk lihat Edit Version (kasi jelas sikit)

Well, dulu cakap dah taknak berlakon tetap berlakon, dari taknak menyanyi tetap menyanyi, now Kak Ogy kita ni dah keluarkan fashion baru iaitu berbaju jarang sambil bertudung ala-ala pembalut hamper! Fuh… Ntah ape ape dia ni.. Makin lama makin jelik Khai nengok. Oh! Tidak.

Psstt: Hari ni tak dapat nak update blog seperti biasa. Mata Khai bengkak. Menangis kerana sesuatu. Sesuatu yang ku cintai.. Hurm, entahlah.. Oh ya, selepas kemunculan Oh! Tidak, nantikan pula kemunculan Oh! Cun.. Hehehe.

Ditulis pada 30 October '08 oleh | 627 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 16 Respon

Anniversary of Khai’s Nokia N73

Pejam celik pejam celik, dah genap setahun Khai menggunakan Nokia N73 hasil pemberian hadiah harjadi dari Kak Lea. Thanks Kak Lea! Bukan mudah untuk menjeleskan korang semua. Apetaknya, seorang akak yang hanya dikenali melalui internet sanggup memberikan hadiah berupa Nokia N73 kepada seorang adik yang juga hanya dikenali di Internet. Boleh baca entri mengenai Nokia N73 yang Khai tulis dulu.

Apa dah jadi kat Nokia N73 ni dalam masa setahun? Seperti yang diamatkan Kak Lea suruh jaga handphone ni sama seperti Khai sayangkan dia, Khai sentiasa jaga handphone ni setiap masa. Tapi Khai adalah seorang yang cuai. Banyak kali juga handphone ni hampir-hampir hilang. Tapi Alhamdulillah tetap ada di sisi Khai setiap masa. Yamaha 125zr tu pulak yang hilang ek? Haiya..

Khai still gunakan housing original dari dulu sampai sekarang. Ada la calar sikit kat keypad (hasil kuku yang panjang). Tapi body still mengancam dan sexy. Screen plak Khai baru ganti dia nye plastic cover tu (RM15). Nokia N73 ni, camera dia 3.2 Mega Pixels. So gambar nak kata cantik macam DSLR tu mana mungkin kan? Tapi still bila nengok boleh masuk dalam kategori cantik jugak la. Since handphone ni berada dalam tangan Khai, sejumlah 4322 keping gambar telah Khai snap dan 20% darinya ternyata pic entah apa-apa. So saja nak tunjuk korang beberapa gambar menarik sejak Nokia N73 ni ada di dalam tangan Khai.

Ini adalah pic pertama yang Khai tangkap lepas je keluarkan N73 tu daripada kotak. Ini member satu koleh Khai, Bob nama dia. Well, of course his nickname is Bob. Tu Khai punya kangkang. Haha

Khai punggah almari-almari lama kat kampung tu. Skali nengok ada banyak semut. Follow punye follow semut tu, sampai la gudang diorang nak clone bangsa dia. Haaa….. naik bulu romaa wooo..

Dulu Khai ingatkan kat Cyberjaya ni nak bukak satu shoping mall, tapi rupanya Khai silap coz ni sebenarnya rumah baru Tan Sri Lim Kok Wing tu… Rumah dia dalam kawasan rumah Tun Mahathir pulak tu. Siapa nak nengok, leh gi kat port Khai melepak, kat Cyberview, Cyberjaya.

(more…)

Ditulis pada 28 October '08 oleh | 1,482 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 29 Respon

Aksi Tayangan Perdana Pelajar Sekolah

Time-time minggu peperiksaan macam ni la, ade ja student nak jadi popular. Yang sorang tu terajang cikgu kat perut dan sorang lagi nak kasitahu satu dunia yang dia memiliki sepasang breast. Haha. Isk, ape nak jadi budak zaman sekarang ni, apesal kau terajang cikgu tu kat muka je? Leh hantar masuk sekolah jahat terus. Hahaha.

Pelajar Tendang Guru

[youtube:http://www.youtube.com/watch?v=PsmP3aEsCt8 450 300]

Well, teringat masa kat darjah 6. Ada seorang cikgu math ni, Cikgu Nasir nama dia. Kitorang semua kalau jawab excercise yang dia kasi, salah satu soalan, kene luku kepala 1 kali. Ada yang tak tahu nak cakap tahap mana bebal dia tu, boleh salah berbelas-belas, jawapnye insyaAllah retak la kot kepala otak dia tu. Hehe. even kisah tu dah 8 tahun berlalu pun, still segar dalam ingatan Khai. Korang bayangkan, dia bagi excercise melambak-lambak, biar student salah pun banyak, then kalau salah kene luku kepala. Kata nak kasi murid pandai, tapi yang nak main kepala tu apesal kan? lastly, kitorang pun menerima dengan tabah dan still ingat, dia cikgu kita. Ilmu mesti mau berkat kan?

Cikgu ni pun kadang-kadang ada yang mulut biadap. Maki hamun budak ikut suka. Siapa dia tu? Khai percaya parent budak-budak tu tak pernah pun nak buat anak dia macam tu. Dan student ni kadang-kadang yang yang emosi lebih. Emo la konon kan?

Walau apepun, yang paling pelik dalam kes ni, camne boleh ada student yang (more…)

Ditulis pada 27 October '08 oleh | 760 views telah diterima.
Dalam kategori Tergempar | Promo di Twitter! | 34 Respon