Chawt, sebuah lagi web SMS free!!

Ingat lagi tak dulu Khai pernah story kat korang pasal MobiK. Ala yang macam kuih karipap tu. Haha. Taklah, MobiK tu membolehkan korang send SMS percuma setiap hari. Kira jimat la sikit kredit korang yang tak berapa nak lebat tu kan.

So ni ada satu lagi website untuk SMS free. Khai dah cuba dan ianya terbukti berkesan. Chawt, dengar nama memang pelik. Korang perlu register dan activation code akan dihantar kat handphone korang. Lepas je korang activate, ape lagi, send la SMS kat sapa-sapa pun tak kira di mana sahaja coz Chawt ni tersedia untuk 160 negara. Tapi kalau MobiK hanya membenarkan kita send SMS kepada penerima yang juga telah mendaftar di MobiK, Chawt pula sebaliknya. Tapi malangnya, hanya 15 sahaja SMS per day yang diberi mereka. Ok la tu, at least, kalau time kredit betul-betul kering tu, takde la nak buat muka tebal ye tak pinjam kredit member.

Dan seperti biasa, perkhidmatan SMS percuma seperti MobiK dan juga Chawt ni tak pernah lekang dari iklan ringkas. Dihujung SMS korang tu akan ada dalam lebih kurang 4 patah perkataan iklan dari mereka. Peduli apa kan, benda free. Adat la tu. Nak demand, korang tak yah cuba. Hehehe..

So kalau dah boleh, ape feedback korang? Neway ni ada sedikit pemanis mata untuk korang..

” wah pandai nye paklah. “

Ditulis pada 2 July '08 oleh | 748 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 23 Respon

Facebook

Facebook
Sejauh mana korang mengenali apa itu Facebook? Facebook tu macam muka buku’lah. Ha ye lah, muka buku kejadah! Sejauh mana korang mengenali apa itu Myspace, Friendster, Tagged dan pelbagai lagi social networking website yang lain, begitu juga dengan Facebook!

Facebook, menerjah ke pelusuk ruang world wide web pada 4 Februari 2004. Pada jam 2 pagi dan pada masa tu Khai tengah buat-buat busy siapkan kerja sekolah Add Math form 4 dan korang mesti tengah membuta kan? Hehe. Pada mulanya, Mark Zuckerberg hanya membuka Facebook kepada rakan-rakan kampusnya di Harvard University untuk register. Sape Mark Zuckerberg ni ek? ala pakcik yang jual goreng pisang kat simpang rumah korang tu. Yang janggut ade dua tiga helai tu. Ha, ye lah!! Kemudian, baru diperluaskan ke seluruh dunia termasuk panduduk di Planet Marikh. Nasib diorang kat sana takde Internet je. Nak tahu lebih lanjut pasal Facebook? Apekejadahnye Wikipedia tu orang penat-penat buat, korang taknak guna. Klik Sini.

Sapa memandai buat Facebook ni?
Mark Zuckerberg - Facebook's Founder
Mark Zuckerberg (poyo kat atas tu), adalah founder untuk Facebook. Berusia 24 tahun pada tahun 2008 dan berkelulusan Computer Programmer and Entrepreneur. So mangkuk beliau ni buat Facebook masa umur dia 20 tahun la ek? Sama usia dengan Khai sekarang ni. What the Heck?!! Memang dia ni buang masa pun buat Facebook ni. Tapi buang masa untuk jadi Billionaire! Bukan buang masa macam korang depan laptop duk main Myspace jer. Haram duit takde income ape pun kan. hihi..

Sehingga kini, harta net worth Mark Zuckerberg ni dah mencecah 1.5 billion dan dia dah diiktiraf sebagai billionaire paling muda di dunia. Sesungguhnya kalau Khai jumpa mamat ni, pastinya Khai akan minta autograph sambil menghantukkan kepala dia ke tiang elektrik (kes jeles la ni Khai ek?).. Nak tahu lagi pasal Mark Zuckerberg ni? Eh tak tahu-tahu lagi nak usya Wikipedia ke? Bape kali nak cakap ni? Klik sini yer.


“website di facebook.com sebelum dibeli & digunakan oleh Facebook Inc.”

Khai dah agak lama join Facebook. Cuma baru-baru ni je aktifkan diri dan explore Facebook ni habis-habisan. Ni semua gara-gara demam Facebook kat Limkokwing University ni. Tu la sape suruh proxy Myspace. Even ahli berdaftar kat Facebook baru mencecah 80 juta orang (myspace 300 juta orang plus plus plus), bagi Khai, Facebook is more professional instead of Myspace and another social networking website like Tagged, Friendster etc. (more…)

Ditulis pada 27 June '08 oleh | 1,042 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 40 Respon

The Making of Eiffel Tower

Pernah korang terfikir dari mana datangnya bangunan-bangunan ciptaan manusia pada zaman dulu. Contohnya Eiffel Tower, Piramid, Taj Mahal dan macam-macam lagi. Entri kali ni, Khai nak tunjuk gambar “The Making of Eiffel Tower de France”.

The Making of Eiffel Tower

Kalau setakat KLCC tu, janganlah ada yang pelik kenapa tak masuk dalam the new 7 wonders of the world. Nengok la pula bila menda tu dibina. Guna beribu-ribu lori, beribu-ribu pekerja, beribu-ribu duit dan beribu-ribu kren.. Apa yang nak diherankan….

Eh tapi dalam listing terbaru 7 tempat ajaib di dunia yang dikeluarkan pada Julai tahun lepas, Eiffel Tower ni pun tak tersenarai dalam 7 tempat tu. Kalau 8 mungkin ada. Kalau korang masih samar-samar tentang senarai baru 7 tempat ajaib di dunia, Khai teringat pulak assignment Khai masa study dulu. Still Khai simpan. Online lagi tu. So take a look at The New 7 Wonders of the World Ezine!!

Source: Scukz.Com Forums

Ditulis pada 23 June '08 oleh | 708 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 17 Respon