Selamat Berpuasa & HE for Allah?

selamat-berpuasa-2.gif

Beberapa hari lagi, bulan Ramadhan datang menggantikan Sya’ban. Bulan yang penuh dengan nikmat dari Allah SWT. Jadi dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Meyambuat bulan Ramadhan 1428 Hijrah kepada semua yang beragama islam terutama seluruh produksi Scukz.Com yang tidak henti membantu menaik’kan jenama ini. Diharapkan, kalau tahun lepas puasa tak penuh, tahun ni cuba-cuba la penuhkan ya. Bukan susah pun kalau sedaya-upaya. Alah, persetankan saja tentang rokok, Nasi Lemak, Mc Donald, KFC, Pizza Hutz dan pelbagai lagi perkara yang sememangnya sudah cukup membuatkan iman kita bergelora. Tempoh lebih kurang 12 jam tu, takkan membuatkan kau mati kelaparan. Ini ada jadual waktu berbuka.

Do’a malaikat Jibril menjelang Ramadhan, “Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

– Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya;
– Tidak berma’afan terlebih dahulu antara suami isteri (yang sah okay!);
– Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo’a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat. Jadi, kalau rasa taknak sia-sia berlapar tu, buatlah 3 di atas tu. Jika aku pernah melakukan kesalah kepada kalian, harap dimaafkan sahaja begitu juga dosa kalian jika ada kepada aku, aku anggap 0-0 sahaja. Tetapi kepada insan yang mencuri email aku dahulu, maafkan aku kerana aku tidak dapat memaafkan dosa kau. Kau juga bukan pernah meminta maaf sebaliknya makin keji. Itu janji aku kepada diri aku sendiri.

Oh, aku ade soalan kepada kalian. Jawab jika kau betul-betul tahu. Jika ingin memberikan pendapat, nyatakan itu pendapat bukan fakta. Aku cuma agak konfius, dengan nama panggilan Allah SWT di dalam english. Seperti yang kita semua tahu, Allah SWT tidak mempunyai jantina dan bermakna Dia bukan’lah setaraf dengan kita manusia biasa yang mempunyai jantina lelaki dan perempuan. Aku agak konfius, mengapa dalam english, Allah SWT selalu sahaja digantikan dengan “HE”. Bukan’kah “HE” itu digunakan sebagai nama panggilan kepada lelaki? Aku cuba bertanya kepada seorang kawan dan dia cakap, sebelum ni pernah membaca sebuah kitab tafsir al-Quran yang dialih-bahasa ke dalam english dan “HE” juga digunakan di dalam kitab itu untuk menggantikan panggilan tuhan. Berikut adalah contoh ucapan yang aku terima melalui email petang semalam. Bukan’kah lebih bagus jika “HE” itu digantikan dengan “Allah”.

selamat-berpuasa-1.gif

Aku cuma bertanya apa yang aku terlalu ingin tahu.. tidak terlalu awal untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya sekali. Lagi sebulan je. Kalau merdeka dari awal tahun dah diucapkan, apa pula Hari Raya.

Pssttt: Thanks Ismail kerana highlight kisah cinta aku. Haha > This Link

Ditulis pada 11 September '07 oleh | 669 views telah diterima.
Dalam kategori Religion | Promo di Twitter! | 15 Respon

Jajahan Minda Si Kecil

Thanks to Moghammmer. Kali pertama melihat iklan ini, aku terkejut. Terkejut dari pelbagai aspek. Pertama’nya aku terpesona melihat budak itu menjawab soalan. Tidak tahu’lah samaada ianya dirancang atau budak itu memang bijak menjawab soalan secara spontan. Dalam english pula tu. Memang bijak. Ianya kelihatan sangat bersahaja. Kedua’nya, aku tertanya mengapa ada iklan seperti itu? Apa yang ingin diberitahu kepada umum dan apa mesej yang diselitkan.

Tan Hong Ming ialah pelajar sekolah rendah yang menyukai seorang pelajar wanita se’usianya, Umi Qazrina. Comel sungguh budak perempuan itu. Jikalau aku menjadi Tan Hong Ming, pasti aku juga akan menyukai Umi Qazrina. Err, tapi mana mungkin kerana aku masih budak sekolah rendah yang hingusan lagi. Berikut adalah dialog iklan di atas yang aku ambil dari blog Wardahmustapa.

Tan Hong Ming : Her name is Umi..Umi Qazrina.. I like her..
Lady : Why do you like her?
Tan Hong Ming : She wears earrings.. She ties a ponytail… She’s pretty.
Lady : What do you wish you could say to her?
Tan Hong Ming: Do you wanna come on a date.. err.. to a romantic dinner..
Lady : Does she know you like her?
Tan Hong Ming: No, I keep it a secret.
Lady : Why?
Tan Hong Ming: I don’t want the whole world to know.
Lady : Why not?
Tan Hong Ming: Because everybody will laugh at me.
Lady : Why should they laugh at you?
Tan Hong Ming: Cause she doesn’t like me.
Lady : She doesn’t like you?

Then comes the interesting part, where Umi Qazrina walks in.. and stood right beside Tan Hong Ming.

Umi Qazrina: My name is Umi Qazrina.
Lady : Who’s your best friend?
Umi Qazrina: Tan Hong Ming.
Lady : Do you like him?
Umi Qazrina: * momentary silence*
Lady : Do you have a boyfriend?
Umi Qazrina: Yes.
Lady : Who is your boyfriend?
Umi Qazrina: Tan Hong Ming.

Apa yang kelihatan selepas itu, Tan Hong Ming menarik tangan Umi Qazrina membawa entah ke mana. Tagline untuk iklan ini ialah “Kanak-Kanak Memahaminya” yang membuatkan aku menjadi agak konfius. Apa yang kanak-kanak itu faham? Ini iklan kemerdekaan. Adakah ingin menunjukkan yang kanak-kanak itu cintakan negara? Tidak sama-sekali. Adakah ingin menunjukkan kanak-kanak itu gatal? Ya, itu yang aku nampak. Pengarah iklan itu perlu menghantuk-hantuk’kan kepala di dinding kerana mengeluarkan idea seperti itu. Ramai yang memuji iklan ini mungkin dek kerana gelagat dua kanak-kanak itu dan ramai juga yang mengutuk. Masuk saja di link Youtube ini http://www.youtube.com/watch?v=ZTJBnlk1TQw, dan kalian lihat’lah sendiri. Aku tak mahu berbicara lebih-lebih di sini. Pada pendapat aku, ini adalah iklan dari Petronas yang paling buruk dalam sejarah pengiklanan’nya. Mungkin dari segi mesej yang ingin disampaikan.

Download Iklan Ini. Right Click di sini.
– right click dan save link as. Sila rename file ini kemudian tambahkan .flv di belakang
– Buka menggunakan flvplayer atau GOM Player. Jika tiada, sila download di sini.

Ditulis pada 8 September '07 oleh | 929 views telah diterima.
Dalam kategori Hiburan, Religion | Promo di Twitter! | 51 Respon

Spy Shredder & SUPERAntiSpyware

imgsuperantispywarefull.gif

Lambat aku men’update blog kali ini. Lagi beberapa jam aku perlu menulis artikel baru untuk hari esok. Kali ini aku ingin memberitahu buat sesiapa yang terkena Spyware SPY SHREDDER tolong jangan terpengaruh dengan apa yang dituliskan. SPY SHREDDER adalah satu spyware yang sangat bahaya (EXTREMELY DANGEROUS). Spyware tersebut akan cuba memperdaya kalian untuk membeli satu software bagi membuang segala ‘bad file’ yang ada di dalam Operation System (OS). Spyware ini ternyata boleh dianggap ‘bodoh’ oleh mereka yang agak geek atau hebat tetapi mereka yang tidak banyak pengalaman pasti akan diperbodohkan pula oleh spyware tersebut. Sebentar tadi kawan Nieza meminta tolong dan kelihatan dia sudah terpedaya untuk membeli perisian tersebut di mana tanpa diketahui’nya, itu hanya’lah palsu.

Aku ingin membantu dia dan terima kasih kepada Yahoo Answer. Seorang pengguna bertanya adakan SPY SHREDDER benar atau tidak. Soalan pengguna itu tertulis seperti di bawah.

I just really need to know if this is a real program or is someone messing up my computer. It somehow just started scanning my computer then told me I should purchase it to delete all my bad files. In the license field it says”I shuld purchase” I mean the word -should- isn’t even spelled right. Can anyone please give me a good answer. Thanks sooooooooooooo much-

Dan jawapan yang diterima oleh seorang user lain memberitahu sesuatu seperti berikut.

SpyShredder is an extremely dangerous corrupt anti-spyware parasite that may seriously damage your system and scare you into buying the parasite itself. The main ways of SpyShredder infection are trojans and browser security exploits. Once it installs itself onto your system, SpyShredder starts harassing you with countless popups, trying to trick you into buying its full version. Moreover, SpyShredder may install other malware on your PC, thus further damaging your system.

Scan your PC with this to remove it. Its free and safe to use.

SUPERAntiSpyware is the most thorough scanner on the market. Our Multi-Dimensional Scanning and Process Interrogation Technology will detect spyware that other products miss! SUPERAntiSpyware will remove ALL the Spyware, NOT just the easy ones.Easily remove over 100,000 pests such as SmitFraud, Vundo, WinFixer, SpyAxe, SpyFalcon, WinAntiVirus, AntiVermins and thousands more!

Seperti yang dinyatakan, kalian boleh mendapatkan anti spyware itu melalui link ini. Screenshot ada di sini. Download sahaja’lah. Bukan bermakna hanya perlu download bila sistem kalian diserang SPY SHREEDDER, mungkin tanpa diketahui, kalian juga adalah penternak virus & spyware jenis lain yang berjaya. Hehe.

Ditulis pada 7 September '07 oleh | 404 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 5 Respon