Yahoo Mail Going Crazy

Hi guyz… i want to tell you what.. Fara Fauzana dah join Scukz.Com .. hehe.. actually dah 4 hari dah.. dia PM khai mintak lagu yang Khai pakai kat page myspace Khai.. ID dia fara_fauzana .. saja tanye awak ni DJ HotFM ek.. then dia reply.. Ye dia memang DJ HotFM.. tapi Khai still tak percaya sebab mana tahu dia punye fan ke.. Khai pun suruh dia add Khai kat YM.. borak2 kat YM.. rupanya, memang betul betul kak Fara daa.. selalu nengok muka dia kat 8TV dan Melodi je.. dapat chat ngan dia memang best.. dia cakap ada 2 orang invite dia join Scukz.. ape pon kehadiran artis dalam empire Scukz amat dialu-alukan.. Kak Fara gak ade komen kat entry Khai ni… thanks kak.. bukan senang nak suruh celebrity join website kita kan? Hope kak Fara Fauzana terus la lepak forums Scukz tu kalau ada masa.. Promo kat abang Faizal sekali k..

yahoo_mail_going_crazy.jpg

Orait.. dulu dah puas story pasal persaingan antara Yahoo Inc. dan para pesaingnya tentang storage email.. Masing-masing nak kasi yang terbesar untuk para penggunanya. Yahoo dulu pada awal penubuhannya pada tahun 2007, hanya menawarkan storage space sebanyak 4MB.. kecik gilee.. Tetapi pada tahun 2004, diorang dah perbesarkan kepada 100MB storage dan setahun kemudian menjadi sebesar 1GB. Persaingan bermula pada awal tahun 2004 dengan kemunculan GMail dari pihak Google Inc. GMail menyediakan user diorang ruang kapasiti email sebanyak 1GB dan buat masa sekarang, dah mencecah 2.8GB pun. Pesaing utama yang lain seperti Windows Live Mail buat masa ini hanya membekalkan 2GB manakala HotMail plak hanya sebanyak 1GB.

Dan oleh kerana persaingan sengit nak tarik user ni, pihak Yahoo secara drastiknya buat ulangtahun kali ke-10 Yahoo Inc ni menyediakan storage infiniti untuk semua penggunanya. Maknanya tiada had untuk email y’all.. Kalau tak caya pergi la usya Yahoo Mail.. hehehe.. nampaknye, lepas ni.. GMail, Hotmail dan semua pesaingnya, kompem mati akal la.. hehe.. paling busuk pun, sure diorang akan kasi ruang storage tanpa had jugak.. so yang untungnye sape? kita yang takde kaitan ni juga..

Tapi untuk Khai, tak payah besar besar pun.. bukan banyak sangat nak pakai storage.. kalau diorang kasi 1GB pon susah nak abis.. Ape pon mungkin ini akan memberi kelebihan untuk company maju dan perseorangan yang memang extreme menggunakan Email sebagai tempat menerima files attachment seharian.

Tahukah Korang, korang dan korang?

Menurut laporan yang dikeluarkan comScore Media Matrix, Yahoo Mail menerima kunjungan lebih 243 Juta pengguna untuk bulan February 2007 manakala pesaingnya seperti MSN Hotmail dan Windows Live berkongsi di kedudukan kedua iaitu dilawati oleh 233 juta pengunjung. GMail menduduki tempat ketiga iaitu hanya sekitar 62 juta orang. So thats mean Yahoo still lagi mendominasi perkhidmatan Email untuk dunia. Ye la orang lama.. Gmail baru nak naik lagi.. Khai ada dua account Gmail but tak berusik pun.. hehe

Oh ye, just nak inform.. Free WordPress Blog under Scukz.Com kembali lagi.. kepada sesiapa yang still belum ada blog tu, boleh la apply berdasarkan beberapa syarat.. masuk page dia ok .. Click Sini

Pssttt: Nieza nak balik KL sabtu ni.. Yeaa!! Khai la orang pertama yang bukak pintu Puduraya nanti.. hehe

Ditulis pada 25 May '07 oleh | 600 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 17 Respon

Galumpia is not XXX

** website yang akan dipromo kali ini langsung tidak mengandungi sebarang bahan lucah.. cuma gambar seakan lucah untuk mempermainkan anda..

Cuti sem dah bermula.. Aduh.. Tuhan saje yang tahu camana rasanya berjauhan dengan Nieza. Sedih gila rasanya Sabtu haritu hantar Nieza kat Puduraya.. Dia balik Padang Besar, Perlis.. kalau dekat nak aja khai ikut.. tapi apakan daya dah nasib dapat awek orang utara.. Dia amik tiket pukul 10:30 malam.. so Khai sampai dalam pukul 9:00 malam.. Mintak izin ngan abang sepupu dia supaya balik dulu dan biar Khai aje yang temankan Nieza.. nasib dapat greenlight daa.. hehee.. Maybe dia nengok Khai ni boleh percaya kot.. So lepas tu sempat la pergi makan KFC sebelah 7E tu jap.. then angkut bapak segala beg yang dia bawak pergi bus… Apa yang tinggal dengan Khai sekarang, hanyalah kenangan dengan dia dan baju putih yang dia kasi kat Khai.. ada bau dia so boleh cium hari hari.. Ada yang tanya Khai kenapa dulu Khai tak sibuk sebut pasal awek kat blog tapi sekarang selalu sangat cerita pasal Nieza.. Ermm .. khai jawab, dengan Nieza ni betul betul serious dan Khai janji dengan diri Khai, Wanita inilah yang akan menjadi isteri Khai nanti.. InsyaAllah..

Abisdah mukadimah…

dont_judge_a_book_by_it_cover.jpg

ATTENTION.. dont judge a book by it cover.. website ni actually dah lama dah Khai nengok.. then ade post kat forums scukz.com .. mula mula tu dapat feedback yang teruk.. semua marah khai .. dah diorang taknak nengok dulu.. nak main marah je..

Ini bukan website lucah ok… langsung bukan!! ape kata y’all click dulu link tu.. baru tahu gambar apa sebenarnye.. mula mula dulu khai pon tertipu.. tapi bila beranikan diri click juga, rupanyaa…. 0 sx.. hahaha..

LINK : Galumpia Adult

Ditulis pada 21 May '07 oleh | 578 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 18 Respon

Gambar kenangan :P

tangkap_gambar.jpg

Pssttt: Dah lebih 50,000 visitor rupanya blog ni since October 2006..

tadi masuk forums scukz.. topic yang paling jarang khai masuk adalah topic politic.. ermm.. tapi bila masuk agak tertarik dengan posting mengenai perangai buruk Khairy Jamaludin.. menantu PM kita tu.. bila nengok video nya kat YouTube, Khai hanya mampu tersenyum.. dia ada cakap, ” macam budak budak …… la woi ” .. tapi actually, bila khai dengar ayat dia tu je, teringat plak masa zaman budak budak.. camtu la cara main ejek ejek zaman kanak kanak ribena.. macam2 politik kat Malaysia ni… hampeh!!

URL : http://www.youtube.com/watch?v=PhaoZ4K4nEE

Ditulis pada 17 May '07 oleh | 516 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 6 Respon