I’m NOT a LOSER!!

200zlly_th.gif

Beberapa hari ni, Khai berada dalam kondisi yang sangat tak terkawal.. Tension sangat.. dapat group assignment yang macam si*l.. ade seorang je yang boleh pakai.. Yang lain go to hell!! semua kerja Khai seorang je yang ada rasa tanggungjawab untuk siapkan.. Khai tak kisah kalau diorang nak Khai buat (sebab almost khai mmg agak biasa la guna Adobe Audition atau Adobe Premier), tapi apesalahnya kalau mereka tu tanye atau amik tahu.. bukan amik tahu kerja dah siap belum atau hasilnya camana.. Haritu buat assignment Video untuk buat iklan TV 30 saat.. Kerja group 5 orang, tapi semua benda Khai yang lakukan.. dari jalan cerita, cameraman and editing, semua Khai sendiri lakukan.. Diorang just datang dan duduk tepi.. Nak suruh kasi idea? idea bodoh dan tak boleh pakai boleh la diorang kasi.. shooting belum sempat abis, diorang dah blah dulu.. Memang haprak punye orang!! Assignment Radio Advertisement pon, dah dua project semua Khai buat sendiri dan diorang langsung taknak amik tahu.. yang diorang tahu, siap dan diorang dapat markah.. and please la, khai bukan bodoh.. kalau dah tak guna, jangan ingat Khai nak biarkan diorang dapat markah.. pergi mampos lah kau loser!!

th_flowersanimation.gif

Tak abis dengan tension pasal study ni, timbul plak masalah yang jauh lebih berat bagi dalam hidup Khai.. soal girlfriend!! menda ni betul betul sensitif untuk Khai.. Masa Khai melamar dia, dia just cakap dia ada abang angkat dan dia accept Khai seadanya.. Dan sejak dari dia menerima Khai, pada saat itu juga Khai serahkan seluruh jiwa dan raga Khai kepada dia.. But know abang angkat dia cuba melamar dia. Dia berada dalam keadaan serba salah.. kenapa dia serba salah, biar Khai sahaja yang tahu.. but dalam masa yang sama, dia sayangkan Khai dan Khai lagilah terlalu sayangkan dia dan hubungan kami.. Dia just anggap abang angkat dia sama macam abang kandung dia, but maybe sebab dah lama kenal, dia takut & tak sampai hati untuk kecilkan hati lelaki tu.. mungkin juga lelaki tu tak faham bahasa kerana my girlfriend dan penat untuk jelaskan perasaan dia kat abang angkat dia tu..

Baru beberapa hari lepas Khai bercakap dengan abang angkat dia.. Kami berbincang dengan cara baik melalui telephone.. Khai ajak dia berjumpa, but dia tolak.. Setiap hari Khai cuba memberi harapan kepada dia dan hubungan kami.. It’s work or not only Allah knows.. Khai taknak dia rasa terpaksa untuk menerima lamaran abang angkat dia sedangkan dia langsung tidak mencintai lelaki tu.. Kami selalu berjanji untuk hidup bersama bahkan pernah dulu kami bersumpah akan ditembak petir kalau ada antara kami yang mengkhianati cinta ini. Samada dia pegang atau tidak dengan semua janji tu, terpulanglah kepada dia.. tapi bagi Khai, Khai tak pernah takut untuk buat janji sebegitu sebab Khai tahu, dia adalah permaisuri hidup Khai dan tak mungkin Khai akan tinggalkan dia sebab Khai memang dah lama buang perasaan kat sesiapa pon dan semuanya dah pergi kepada dia.. Hari hari Khai luahkan perasaan Khai kepada dia.. dan dia juga begitu.. Kadangkala kami menangis.. Khai juga selalu memangis depan dia.. Bukan Khai paksa air mata ini untuk keluar, but only Allah know bagaimana perasaan Khai kepada dia sampai air mata Khai bercurahan pun, tak mampu Khai tahan.. betul orang cakap, ego seorang lelaki tu betul betul jatuh bila berdepan dengan orang yang sangat dia sayang..

Why semua benda ni jadi kepada Khai, i’m not really understand.. Adakah ini dugaan kepada cinta kami berdua.. Khai mencintai dia sepenuh hati.. Khai takkan boleh hidup tanpa dia.. Khai sanggup mati demi dia.. Sanggup mati demi cinta kami.. Khai dah lama bersumpah pada diri Khai yang hanya dia akan menjadi isteri Khai but jika Khai tak mampu lakukannya, mean Khai adalah seorang yang loser pada diri sendiri.. dan khai takkan sanggup menghadapi kenyataan itu.. Kehadiran dia betul betul memberi seribu makna dalam hidup Khai dan kalau tiadanya dia, Khai rasa betul betul taknak hidup lagi.. Khai cuba lakukan apa sahaja untuk memiliki dia.. Dia dah mengenali sebahagian besar keluarga Khai.. thats mean Khai betul betul serious dengan dia.. My family pon dah kasi greenlight hubungan kami berdua..

Entahlah, Khai harap dia akan terus mencintai Khai dan dapat menepis semua cabaran dan dugaan dalam perhubungan kami.. Khai masih kuat untuk menghadapi semua ini, tapi Khai tahu bagaimana perasaan kalau berada di tempat dia.. Khai sentiasa ada bersama dia and Khai berharap dia takkan berputus asa dengan cara mendustai sumpah dan cinta kami berdua.. Nieza, kau mengertilah.. Hormatilah hubungan kita berdua.. jangan sesekali kau mengkhianatinya kerna sekali kau mengkhianatinya, pasti kau hanya dapat mengenang sejarah manis kita berdua tanpa melihat Khai berpijak di bumi tuhan ini lagi.. Khai tak sanggup kehilangan Nieza kerna Khai tahu, Nieza adalah cinta terakhir Khai ~

Ni ada tag dari seorang blogger lain, Khairilz untuk Khai..

[+] I’m very addicted to Internet (30%)
[+] I’m very addicted to Software (10%)
[+] I’m very addicted to Games (0%)
[+] I’m very addicted to Grafix (6%)
[+] I’m very addicted to TV (4%)
[+] I’m very addicted to Movies (5%)
[+] I’m very addicted to Music (10%)
[+] I’m very addicted to Books (0%)
[+] I’m very addicted to SMS (0%)
[+] I’m very addicted to Blogging (5%)
[+] I’m very addicted to Loves (30%)
[+] I’m very addicted to Gadgets (0%)
[+] I’m very addicted to Chatting (0%)
[X] I’m very addicted to Smoking (0%)
[X] I’m very addicted to Gambling (0%)
[X] I’m very addicted to Alcoholic (0%)

Tak tahu nak tag sapa.. cerita soal perasaan, betul betul buat Khai terseksa..

Ditulis pada 14 May '07 oleh | 502 views telah diterima.
Dalam kategori Daily Craps | Promo di Twitter! | 36 Respon

Pengundi Hantu dan Soalanku

Diam tak diam, dah hampir 7 bulan blog ni beroperasi. Dari sekadar mengisi masa lapang, akhirnya Khai agak tertarik untuk menulis blog oleh kerana blog ini mendapat tempat di hati pembaca.. Terus Khai jadikan menulis blog ni sebagai satu hobi. Setiap artikel yang Khai tulis, pasti menerima komen dari pembaca.. Tiada apa yang diharapkan oleh seorang bloger melainkan tulisannya di baca.. Sehingga hari ni, dah 150 orang yang subscribe kat blog ini. Kepada yang masih belum subscribe, register la sekarang yer.. Lepas ni juga maybe Khai jarang dapat update blog ni becoz tinggal lagi dua minggu aje kat Hostel ni. Semester 2 dah nak abis la katekan.. Nanti balik kampung, internet dah takde.. Baru je potong aritu sebab takde sape kat kampung tu nak guna.. membazir je bayar bil tiap2 bulan. Lagipun, Semester 3 di Limkokwing tak masuk campus. Kitorang Semester 3 nanti kat rumah aje. Group pun dah dipecahkan.. Takut gak coz semester 3 ni agak susah sebab kitorang kene jadi entrepreneurship.. Tak cukup kaki la nanti nak keluar masuk bank.. Dah la group member seorang kat Johor, seorang KL, seorang Kelantan, seorang kat Negeri Sembilan.. aduss!! nampaknya memang kene berkumpul kat KL la nanti..

Dapat bakal isteri plak orang utara.. kat perlis sana tuh.. aduh.. sorang utara, sorang selatan. La ni dia pergi Terengganu 2 hari untuk buat xsignment photography, Khai dah sampai demam demam.. Agaknye time cuti semester nanti, camana la agaknye yer? Anyway, semoga Allah sentiasa permudahkan segala masalah yang akan Khai tempuhi lepas sahaja cuti semester dua minggu je lagi ni..

spr_frame.jpg

Ok, posting kali ni pasti akan menceriakan kipas susah mati dunia politik kat Malaysia ni. Khai dapat info ni dari forums Scukz.Com mengenai pengundi hantu di Ijok. Logik ke budak 8 tahun untuk mengundi di pilihanraya? logik juga ke untuk dia mendaftar di Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)? So di mana silap dia ek? agaknya inilah taktik yang digunakan oleh sesebuah parti politik untuk mendapat majoriti undian dari pengundi? pengundi ape? pengundi hantuuuuuuuuuu…. hehehe.. Khai yang tak minat berpolitik ni, just mampu tersenyum ajelah melihat senario ni. Lawok lawok.. Kepada sesiapa yang rajin tangan tu, ape kata pergi gegar inbox email SPR tanye ape kejadahnye semua ini?

Kalau y’all nak check sendiri, boleh ke website ni:
http://daftarj.spr.gov.my/daftarbi.asp
Dalam ruangan IC Number, masukkan ni: 990518610029

Dalam posting ni juga, Khai nak selitkan beberapa soalan ntuk y’all di mana soalan ni sering buat Khai tertanya2.. Orang kata setiap persoalan, pasti ada jawapannya kan? so kepada yang tak tahu tu, jangan jawab ok..

1. Kalau kita tak tahu arah kiblat, kita nengok kat mana Matahari terbenam kan? So logik ke benda ni? adakah matahari terbenam di Makkah?

2. Kalau kita dalam Kapal terbang, time nak solat, kat mana kita nak tujukan kiblat? memang boleh pakai kompas, nanti tengah khusyuk solat, bila kapal terbang tu posing arah lain, automatik arah kiblat akan berubah..Takkan kot dalam flight kita dibenarkan tidak solat?

3. Y’all sure pernah dengar pasal Bermuda Triangle kan? tempat di mana2 takde orang yang berani sampai. Orang kata kapal terbang lalu atas dia pun, boleh terus lenyap macam tu aje.. Tapi yang peliknya, kalau y’all pakai Google Earth, pergi usya kat Bermuda Triangle, sure y’all nampak penuh bangunan kat situ..

4. Khai sungguh berbangga menjadi rakyat Malaysia yang hidup majmuk dengan begitu aman damai sekali.. tetapi rasanya itu sahajalah yang boleh kita banggakan.. nak bangga dari segi ape lagi? Animasi? bola sepak? sukan? teknologi? sampai bila yer? KLCC tu memang boleh dibanggakan, tapi kalau orang luar yang bina, baik tak payah.. so kepada generasi baru, bangunlah!!

Ditulis pada 29 April '07 oleh | 515 views telah diterima.
Dalam kategori Daily Craps | Promo di Twitter! | 22 Respon

My Table

Lama gile tak update blog ni. Busy gile dengan assignment lagi lagi dah nak abis sem ni. Semua subject kene siapkan final assignment. Sabar aje la.. Tapi selalu gak masuk reply comment dari readers.. So today ade masa skit nak update sket la. Pasal meja study Khai. Actually dah lama kene tag dengan Neutronics. So harini baru nak tunjukkan..

khai_table.jpg

This is my table. Hehe.. image terpaksa di blur kan bagi mengaburi mata y’all tentang betapa bersepahnya meja tu.. Hehehe.. Atas meja dalam gambar tu ada sebijik hamster (actually mouse tapi khai panggil dia hamster sebab comel sangat) dan sebuah notebook HP Compaq Presario V2000 yang dihadiahkan oleh my dad. Then ada speaker comel Sonic Gear Tatoo dan DVD Windows Vista. Dalam laci tu ada macam2 barang seperti my wallet, wristband NIKE (ade 3 yang leh ditukar2 jam dia), Lambakkan getah pengikat rambut, Stampnama Khai (cop le tu), Headphone with mic, Kunci motor dan tissue. Bawah laci plak ada beberapa buah megazine seperti Majalah PC dan GameAxis.

Itu masa pic tu di snap 3 minggu lepas la. Tapi time khai menaip blog ni, meja tu memang tengah bersepah gile. Barang2 semua dah bertambah iaitu seperti sebijik cawan bekas makan nestum yang belum di basuh, sebuah mangkuk oren bekas mee seedap yang juga belum di basuh, sebijik lighter Yeepi (ape kejadahnya), lambakkan ratusan duit syiling yang dipandang sepi (padahal time poket kosong ni), Installer driver HP Deskjet Printer, LUCT Student Card dan bangkai hamster (actually mouse yang comel tu baru je rosak semalam)..

Bilik khai kat tingkat 11. Dari tingkap dapat view swimming pool and street. So best gak ar bila meja study ni diletakkan di tepi tingkap.. Lagi lagi kalau ade minah saleh mandi time tengah2ari.. penghawa mata orang cakap… wakaka.. acah jer.. Actually khai langsung tak perlukan meja study sebab takde subject yang memerlukan baca buku gile babeng pon. Semua assignment banyak guna PC.. so meja PC ni dah jadi meja study khai la tu.. Wekss.. so itu aje yang nak diupdate kali ni.. Mangsa seterusnya untuk ditag menunjukkan meja belajar ialah ………

TARAKK!!
hehehe.. sapa rasa nak tunjuk gak meja study dia, silakan la.. anggap je la Khai yang tag.. Heheee!! TQ

Pssttt: nasib x jadi dating. actually kul 1630 tadi nak turun dating.. skali awek khai yang kaki tido tu tertido daa.. nak kejutkan dia my handphone ade dalam bag dia plak.. aiseh!! tapi takpelaaa.. dapat gak update blog yang kucinta ni (actually makin malas plak nak berblog disebabkan assignment) .. Khai juga baru baru ni dah tukar number phone dari Maxis ke DiGi. So kepada yang ada menyimpan number Maxis tu, abaikan aja la ok. Ntuk number baru, Sila comment di Myspace atau PM khai di Yahoo!Messenger. Oklah, semoga semua terus dilindungi Allah SWT.. Daaaaa…

Ditulis pada 25 April '07 oleh | 461 views telah diterima.
Dalam kategori Daily Craps | Promo di Twitter! | 7 Respon