Internet Archive Wayback Machine.

Hari ini aku agak gembira. Kain baju yang sudah seminggu terkumpul tidak dibasuh, sudah aku selesaikan tadi. Dengan bayaran RM2, aku boleh basuh dengan sesuka hati aku berapa banyak pun. Terima kasih untuk semua pelajar rumah sebelah yang berkongsi duit beli mesin basuh separa automatik tu. Pergilah mati sama basuhan tangan. Kau tidak diperlukan lagi di saat aku sedang ‘pressure’ menyudahkan assignment yang tak pernah sudah.
Pinky kembali lagi. Aku begitu rindu dengan theme bewarna merah jambu ini sebenarnya. Ramai juga antara pengunjung yang mahukan theme ini. Jadi hari ini, aku kembali menggunakan’nya. Memang betul, hati aku pun sebenarnya terasa senang sedikit melihat warna yang menggambarkan kelembutan ini. Girlish gitu. Sungguh menambat kalbu sesiapa sahaja yang mempunyai hati seindah merah jambu. Kembalinya theme lama ini, membuatkan iklan dari Nuffnang kembali menyemak. Akan ku nyah’kan iklan yang tidak bermakna itu. Esok saja..
Bagaimana puasa anda semalam? ada lagi yang masih curi-curi makan atau merokok di dalam tandas? Hantuk’kan saja kepala di dinding. Sungguh tak malu masih berpijak di bumi Allah. Bagi aku, puasa tahun ini sama peritnya seperti tahun lepas. Waktu yang sama di mana aku sedang berhempas-pulas menyelesaikan tugasan dengan perut yang sedang lapar. Ikutkan nafsu buas aku yang meronta-ronta ini, mahu sahaja aku menyantap sebotol Coke tapi apakan daya, assignment bukan alasan untuk aku dan aku sedar, bukan aku saja yang melaluinya. Ramai lagi pelajar yang lain, di sini dan di seluruh dunia.
Oh, aku suka mengingati benda yang lalu tetapi bukan memandang ke belakang. Itu perkara yang perlu aku lakukan untuk aku terus menjadi lebih cemerlang dari yang sebelumnya. Begitu juga internet yang sudah sebati dalam kehidupan harian aku. Aku selalu melihat bagaimana rekaan sebuah website itu dulu dan kini. Kita bezakan. Melihat website sendiri dulu dan kini, membuatkan aku dapat mengenang kembali masa silam. Kau mahu lihat bagaimana ‘simple’nya Scukz.Com semasa kali pertama wujud di dalam maya ini pada 17 December 2005? Tekan butang tetikus belah kiri kau di sini dan lihatlah bagaimana ianya berubah dari masa ke semasa.
Jika kalian juga mempunyai website atau mahu lihat bagaimana buruknya rupa Google atau Yahoo yang dahulu, berkunjunglah ke Internet Archive Wayback Machine. Di bahagian komen nanti, sertakanlah archive website kalian. Aku mahu lihat bagaimana kalian membuat sesuatu pada website atau blog menjadi lebih baik dan sempurna.

















