Ramadhan. Berpuasa sedangkan tidak.

berbuka_puasa.jpg

Ku mengharap’kan ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat ku lalui dengan sempurna..

Sedikit petikan dari lagu nyanyian Raihan bersama Manbai ini cukup membuatkan aku betul-betul ingin melakukan tugas sebagai seorang muslim dengan cukup sempurna. Alhamdulillah, aku bukan’lah seorang Muslim yang lengkap dari segala aspek tapi mengenai bab berpuasa, aku cukup menitik-beratkan ibadah dalam rukun Islam ke-3 ini. Hari ini, hari ke-dua berpuasa. Alhamdulillah, semalam aku dapat melaluinya dengan penuh rasa tanggungjawab. Ini adalah kali ke-2 aku berjauhan dari keluarga pada hari menyambut bulan seribu makna ini. Keadaannya sama, masih berhempas pulas menyudahkan assignment untuk pulang beraya seminggu sebelum Aidilfitri tanpa perlu datang kembali ke hostel seminggu selepas raya. Ini juga yang aku lakukan pada tahun lepas ketika masih di Semester 1. Berbuka puasa pada hari pertama tidak’lah terlalu hambar. Berbuka puasa bersama rakan-rakan sedikit sebanyak dapat mengubat rindu berbuka bersama keluarga. Semalam, aku berbuka dengan pelbagai juadah percuma. Ada lauk ayam, sayur, kuih muih, bubur, kurma, tembikai susu dan air yang enak-enak.

Bagaimana puasa anda? Ya, kalian mampu menahan lapar sehingga hampir 12 jam. Adakah itu sudah cukup membuat anda merasakan bahawa sudah berjaya menjalankan tugasan sebagai seorang Muslim. Kau sibuk bercerita kepada kawan-kawan yang tahun ini akan cuba berpuasa penuh. Bukan seperti tahun-tahun sebelum ini. Tetapi cuba kita renung balik, adakah ianya cukup sekadar menahan lapar untuk berpuasa. Bagaimana dengan mata, tangan dan anggota badan yang lain. Adakah ianya turut berpuasa. Sejauh mana’kah diri kalian kepada al-Quran. Aku juga berpesan kepada diri aku. Dalam kesibukan duniawi sebagai seorang pelajar, berapa kalikah aku membaca al-Quran dalam setahun? Jadi apakata kita jadikan bulan Ramadhan ini sebagai masa yang paling sesuai untuk kita membacanya. Imam-imam besar seluruh dunia meng’khatamkan al-Quran sebanyak 2 kali dalam sehari. Ini bermakna mereka telah khatam sebanyak 60 kali dalam tempoh masa sebulan berpuasa. Ramai antara sahabat aku di sini yang berpuasa. Tahniah kepada mereka yang tidak pernah berpuasa pada tahun-tahun sebelum ini. Ada yang kaki botol sudah melangkah ke Masjid mengerjakan Solat Terawikh. Namun masih ada yang berpuasa tetapi masih dengan tabiat kuat mengumpat, mengeluarkan kata-kata yang kurang elok di dengar. Aku sangat heran dengan orang sebegitu.

Di sini ada slideshow yang sangat indah jika didownload oleh kita semua. Baca dan cuba ikuti apa yang ada di dalamnya. Ianya mungkin bukan sebuah jadual harian yang lengkap untuk seorang muslim dalam bulan Ramadhan ini, tetapi ianya cukup untuk kita menjadi seorang muslim yang berjaya di bulan penuh syafa’at ini. Dunia kita sudah tua. Sedar-sedar’lah kepada mereka yang terus sesat. Hindari dunia penuh kehancuran dan pergilah mencari sesuatu bekalan untuk akhirat kelak. Berpesan-pesan kepada kebaikan dan berpesan-pesan kepada sesabaran.

Download (right click & save as)
Ehsan dari saudara Azmie.

Oh, aku rindukan suasana bulan ramadhan di kampung. Mungkin ramai antara kalian juga dapat merasakannya. Ayah ibu, sabarlah menunggu kepulangan anak-anak’mu di hari lebaran nanti.

Ditulis pada 14 September '07 oleh | 491 views telah diterima.
Dalam kategori Daily Craps, Istimewa | Promo di Twitter! | 10 Respon