Brands Headquarters #2

Ini adalah sambungan untuk siri post sebelum ini. Dalam Brands Headquarters #1 kita dah puas melihat bagaimana rupa Headquarters beserta sedikit info mengenai syarikat-syarikat besar yang sinonim dengan dunia perkomputeran & Internet, Kali ini aku akan sambung dengan syarikat-syarikat besar yang sinonim dengan dunia mobiliti pula.

Nokia

nokia_hq.jpgKau pakai handphone apa? Nokia? Sony Ericsson? Samsung? Motorola? Ah, Bosan lah kau ni.. kenapa kau tak support M-Mobile? Haha.. aku pun sama je tak support.. maybe next time! Tunggu M-Mobile setanding jenama Nokia. Huuu… Headquarters (HQ) Nokia Corporation terletak di Keilaniemi, Espoo, Finland. Ingat tu, Nokia produk keluaran Finland dan bukannya keluaran China (Chokia ye la Cina). Nokia ditubuhkan pada tahun 1865 oleh Fredrik Idestam. Kini Chairman Nokia dipegang oleh Jorma Ollila. Nokia mempunyai 68,321 orang pekerja. Slogan terkini Nokia ialah Connecting People.

Motorola

motohq.jpgSebelum nama Motorola digunapakai pada tahun 1947, ianya dahulu dikenali sebagai Galvin Manufacturing Corporation pada tahun 1928. Ramai penduduk dunia terutamanya Jepun menggunakan barangan berjenama Motorola. Headquarters Motorola Inc. terletak di Schaumburg, Illinois, USA. Diketuai oleh Edward Zander (CEO & Chairman), Motorola kini sudah menjadi satu jenama yang mantap dalam bidang telekomunikasi. Nama Moto diguna kerana kewujudan Motorola pada asalnya dahulu ialah di dalam bidang automotive. Syarikat ini mempunyai pekerja seramai 66 ribu (66,000) orang. Slogan untuk syarikat ini ialah “Hello Moto” dan juga “Intelligence Everywhere”. Oh ya, ada satu lagi iaitu “Saya Menang Moto” .. kwang kwang… (more…)

Ditulis pada 14 July '07 oleh | 459 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 8 Respon