Brands Headquarters #1

headquartest-post.gif
Harini update blog awal skit. Belum pukul 12:04 minit pun lagi. Takpe la.. semalam dah ter’update lambat so harini, tebus balik la. Ok harini Khai nak review sikit (skit je tak banyak) mengenai Headquarters (HQ) untuk beberapa jenama yang popular di dunia. Kebanyakkan dari kita selalunya hanya tahu pakai tetapi sedikit pun tidak mahu mengambil tahu dari mana barangan tersebut datang. Ada seorang kawan aku haritu, sampai bertengkar-tengkar ngan kawan dia, tahu bertengkar sebab apa? yang seorang ni cakap jenama Samsung berasal dari England dan seorang lagi cakap Samsung berasal dari Australia. Dalam hati aku terdetik, “Bengong betul.. Samsung dari Korea la Ngok!” .. sorry bahasa kasar sedikit sebab itu hanya kata-kata yang lahir dari hati aku. Bukan aku luahkan. Jadi post kali ini, aku akan menerangkan sedikit-sebanyak tentang jenama-jenama popular yang berkait rapat dengan dunia perkomputeran.

Microsoft

800px-microsoft_building_17_front_door.jpgJenama ni kalau ada yang tak kenal, boleh lah hantuk kepala tu kat dinding. Headquarters Microsoft Corporation terletak di Redmond, Washington, USA. Ditubuhkan pada 4 April, 1975. Ini adalah sebuah company yang telah mencetuskan revolusi di dunia ini dengan adanya pelbagai jenis Operation System (OS) untuk kegunaan kau. Kau membaca tulisan ini pun kerana atas jasa besar Microsoft. Antara orang yang paling penting di dalam Microsoft seperti Bill gates (Chairman), Paul Allen (Co-Founder), Steve Ballmer (CEO) & Ray Ozzie (CSA atau Chief Software Architect). Barangan industry yang dijanakan oleh Microsoft terbahagi kepada 5 kategori iaitu Computer Software, Research & developement, Computer Hardware, Publishing dan Video games (PC dan XBox). Mempunyai pekerja seramai lebih dari 73 ribu (73000) sehingga kini. Slogan Microsoft buat masa kini ialah ‘Your potention, Our passion’. Ingat, Microsoft adalah product dari USA. Tidak dilupakan, Microsoft memang dibenci ramai kerana harganya yang terlalu mahal dan kerana itulah, nama Microsoft telah diubah menjadi Micro$oft.

Red Hat

redhat.jpgHeadquarters Red Hat Inc. terletak di Raleigh, North Carolina, USA. Ditubuhkan pada tahun 1993. Tentu ada yang mungkin baru pertama kali tahu tentang brand ini. Red Hat adalah sebuah company yang banyak membina open source software (applikasi sumber terbuka). Antara yang paling terkenal ialah GNU/Linux OS dan Unix US. Antara mereka yang mentadbir Red Hat ialah Matthew Szulik (Chairman & CEO), Bob Young & Marc Ewing (2nd Founder). Red Hat hanya menumpukan sepenuhnya kepada Computer Software Industry. Mempunyai pekerja seramai lebih 2200 orang sehingga kini. Alamak! Mereka tiada slogan la. Huuuu…. biar aku cadangkan mereka satu slogan. Bagaimana kalau slogan mereka ‘cat in the hat’. Ok tak? lol..

Mozilla

mozillaheadquarters.jpgHeadquarters Mozilla Corporation terletak di Mountain View, California. Kerjasama ini ditubuhkan pada tahun 2005. Mozilla bukanlah satu jenama asing lagi bagi kita semua selaku pengguna internet seharian. Mozilla amat sinonim dengan internet browser paling kool masa kini, Firefox. Kau pakai browser ape? Internet Explorer? gile kau!! cepat tukar Firefox! Mitchell Baker (President) adalah ‘key people’ bagi syarikat ini. Antara product cam best yang telah dihasilkan lebih 60 orang pekerja mereka adalah seperti Firefox, Thunderbird, Kondom, Sunbird, Chatzilla dan macam-macam lagi. Eh, Kondom? (more…)

Ditulis pada 13 July '07 oleh | 407 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 19 Respon