Macam-Macam Khai #2

Tak Larat.. Mungkin penat kerana baru balik dari Downtown. Shopping sikit sebab lagi 3 hari aku akan balik ke Cyberjaya menyambung pengajian untuk Semester ke-4. Apapun, aku dah janji dengan diri aku sendiri nak update blog ini secara konsisten hari hari. Sekarang pun dah pukul 3:51 pagi dan secara tidak sengajanya, aku telah melanggar janji untuk mengupdate blog dari jam 1 hinga 3 pagi setiap hari. Tidak mengapalah.
Tadi aku bersama 2 orang akak, Elisha dan abang ipar ke KL Downtown. Kau tahu tempat tu? Di Bandar Tun Razak, Cheras.. dari Ampang mengambil masa dalam lebih kurang 13 minit 23 saat. Berbekalkan duit beberapa ratus yang di’bank-in abah kesayangan aku, hari ini aku joli sakan. Melambak-lambak baju baru aku beli. Seluar Jeans adalah sehelai (Jeans pertama dalam hidup aku sebab aku adalah anti Jeans), Perfume dan beberapa barang keperluan lagi. Terkejut mengapa ini Jeans pertama aku? Aku memang bukan dilahirkan untuk menjadi penggemar seluar Jeans. AKu beli semua ni pun, atas permintaan si dia dan aku rasa menjadi tanggungjawab aku untuk menyenangkan hati dia. “Dia” tu kau pun tahu siapa kan.. Siapa lagi kalau bukan gadis ayu berbaju kuning yang melekat header blog ini. Aku juga ada belikan sesuatu untuk dia. Apa bendanya, aku tak boleh kasitahu sebab dia hari-hari masuk blog ni (spy pakwe dia) tetapi yang pastinya ianya berwarna PINK… I like it dan aku berharap dia juga suka..
Yayy!! Alhamdulillah. Unique Hits untuk blog ini semakin hari semakin meningkat. Untuk 12 July (hingga pukul 4:30 pagi) pun sudah ada 55 kunjungan. Terima kasih untuk kau dan semua pungunjung lain. Kau tahu kenapa aku suka bila orang masuk ke sini? terus terang aku katakan, takda langsung niat aku untuk mendapat apa-apa keuntungan semasa ber’blog. Iklan di blog ini? Sekadar mengikut trend sesama dan Aku ber’blog hanya sekadar melepaskan nafsu menulis aku dan ianya hobi aku. Aku ikhlas untuk memberikan apa-apa sahaja pengetahun dan informasi yang aku ada. Untuk pengetahuan kau, rakan blog aku lebih ramai dari rakan di dunia realiti aku? Kenape? Tak percaya yeh? hehe. Header kat atas tu OK tak? Sebut pasal header blog ni, saja aku design suka-suka dalam masa 9 minit 14 saat pada pukul 4 pagi semalam (Memang tabiat aku untuk tidur jam 6 pagi dan bangun jam 9 pagi). Siap ada dialog lagi kan?.
Pagi-pagi lagi aku dah dapat PM oleh sahabat karib pasangan kembar tu, Fatin atau Pat yang juga pelajar Limkokwing. Dia meminta agar aku memasukkan sekali gambar dia dan juga Tina ada di banner itu. InsyaAllah aku akan letak tapi tak tahu bila. Nengok Mood lah! Dan kalau kau nak tahu, pagi-pagi buta juga aku dah kene marah dengan wanita yang berbaju kuning tu. Ini adalah kerana dia tak suka dengan satu perkataan kat atas tu dan aku pasti, kau pun tahu apakah ayat yang dimaksudkan itu. Dia risau orang akan ingat aku betul betul seorang lelaki homoseksual. MasyaAllah, aku harap tiada siapa yang memandang serong dengan aku hanya kerana signifikan akan warna Pink. Pink atau Merah Jambu adalah salah satu keindahan warna yang patut kita hargai. Ianya sekadar warna. Sepertimana juga Ungu. Pink juga adalah Air Bandung iaitu satu daripada minuman kegemaran aku.
Ahh!! Badan aku dah mula rimas kerana bila jam hampir jam 5 pagi, inilah waktu kegemaran aku untuk mandi. Alamak! baru ingat sambungan air ke rumah akak aku baru sahaja di potong petang semalam. Bukan kerana tak bayar tapi gara-gara akak aku ni lupa nak check bil air dalam peti surat untuk beberapa bulan. Kelakar tak? Itulah orang KL, pagi petang kerja sampai terlupa periksa peti surat. Aku hanya mampu senyum sendiri. Tidak mengapalah, aku ada tiga akak di sini. Perlukah aku ke’rumah akak yang lain untuk mandi nanti atau mandi lagi 3 hari lagi di hostel? nanti aku fikirkan. Haha.. Terima kasih kerana membaca sampai ke sini. Maaf hanya Crap dari aku semata-mata. Mungkin esok baru aku share sebarang info. ‘stay Tune’ dan jadilah pengunjung dan komenter yang setia. SalamX!

















