Assignment video aku!

sem2_assignment_video.jpg

Update lagi? ah!! entah kenapa semangat aku untuk berblogging semakin memuncak.. Sampaikan kadangkala satu hari aku tak bukak langsung portal Scukz hanya semata-mata merayau kat blog member blog yang lain. Habis entry mereka aku baca dari pada awal buat blog, sampai la yang paling latest. Ni pun baru selesai merayau kat semua link cronies. Bukan hanya jalan-jalan kosong, aku turut tinggalkan satu dua komen untuk mereka. Tak tahu la mereka tu nak masuk sini atau tidak sebagai membalas kunjungan tak rasmi aku tu.. haha!! Sekarang dah hari sabtu jam 5 pagi. Bayangkan aku mula melawat blog seantero dunia tadi pada pukul 1:30 pagi. Erk.. lamanya.. patutlah otak ni rasa macam dah tepu dan tak larat nak amik ape ape input untuk hari ini.. output banyak ni tinggal nak duduk termenung kat toilet aje.. Hehe.. Terus terang aku katakan, yang aku ni rajin komen kat blog orang dan komen itu bukan sekadar sebaris dua atau satu entry sahaja. Tapi hanya untuk blog yang ada dalam senarai cronies sahaja. Yang tiada tu, maybe secara tak sengaja akan masuk ke blog mereka melalui link dari page rakan-rakan cronies tu. So, yang takde dalam senarai cronies tu, apa kata, sempena hari baik bulan baik ni (dah puasa ke?), jom kita exchange link!! Inform ok by comment..

Neway, tak tahu nak share ape!! so apa kata nak kasi kau nengok satu daripada final assignment Khai masa berada di Semester 2 haritu. Video 30 saat untuk iklan road safety. Ini adalah assignment untuk subject Introduction to Video. Inilah kali pertama aku mengenali Adobe Premier Pro. Dah tak larat nak cerita background assignment ni. Maybe ada antara korang yang dah tahu betapa seksanya untuk menyiapkan final assignment ni. Kelas dipecahkan kepada beberapa groups. Satu group 5 orang. Tapi untuk aku, walaupun 5 orang, tapi yang buat kerjanya, aku sorang! Dan video ini disiapkan dalam masa tak sampai 1 hari untuk editing. Shooting dalam masa 2 Jam aje.. Ah! malas nak ungkit menda yang menyakitkan hati ni just berdoa semoga semester 4 nanti, jauhkan lah aku dari group member yang macam bullsh*t! (more…)

Ditulis pada 7 July '07 oleh | 452 views telah diterima.
Dalam kategori Daily Craps | Promo di Twitter! | 27 Respon