Merakam laman blog menerusi Webshot.
Siapa sangka blog ini semalam (ahad) menerima lebih 400 unique hits. Dan semoga prestasi seperti ini berterusan. Lagi hebat sambutan, lagi bersemangat aku untuk berkongsi apa-apa sahaja yang pastinya memberi kelainan kepada semua pembaca. Tiada apa yang diharapkan oleh seseorang bloger, selain mahukan setiap entry yang ditulisnya dibaca dan dikomen oleh pengunjung. Begitu jugalah yang aku mahukan. Suatu sumbangan yang sangat kecil dari kamu semua tapi memberikan seribu kesan kepada blog ni. Jadi kepada pengunjung blog ini, janganlah baca or pandang sebelah mata aje.. Ambil la sedikit masa untuk memberi komen.. Boleh? Lagi banyak kau komen, lagi tinggi nama dan link kau naik dalam list Kaki Komen (bawah shoutbox) di sidebar sana.
ok.. now aku nak share satu perisian yang amatlah berguna jika kau mempunyai website sendiri. Kalau ada Myspace atau Friendster pun boleh la. Jangan segan untuk mengaku itu website kau kerana kau mempunyai hak untuk mengubah page tersebut, itu bermaka itu adalah website kau sendiri. Berbalik kepada software tadi, ianya adalah sebuah software yang mampu merakam keseluruhan website kau. Namun jika kau menggunakan Firefox, tak perlu gunakan software ini, di bawah nanti aku akan berikan link untuk add-ons Firefox. Jika kau mempunyai blog yang panjang dan perlu di-scrool beberapa kali untuk tiba di footer, adakah mungkin kau mampu untuk merakam keseluruhan blog itu menggunakan fungsi Print Screen atau Snipping Tool (melengkapi Windows Vista) untuk keseluruhan blog tu? boleh tu memang boleh kerana aku pernah lakukannya suatu ketika dulu. Tapi semua orang tahu, itu satu kerja yang menyeksa diri sendiri. Macam aku dulu, masa tu perisian ni belum wujud lagi.. Aku Print Screen satu satu kemudian Crop dan merge-kan guna Paint.. Hah!! kelakar nya lah plak kalau fikir balik..
So dengan adanya software yang diberi nama oleh mak bapak dia sebagai Mohd Webshot bin Jamil, kau tak perlu lagi bersusah-susah macam aku tu.. Mungkin selepas ini, jika ada sesiapa yang lakukan begitu, jom sama-sama kita panggil dia orang gilak!! huhuhu… So meh sini aku ajar cara guna Webshot ni. (more…)

















