Berbaloikah bayaran sebuah I-Phone?
Tarikh paling best untuk tahun ini [070707] telah pun berlalu semalam. Tak hairanlah jika akak kepada tunang akak aku ingin bernikah dahulu pada hari ini dan bersanding pada ahad depan.. Puas semalam aku memikirkan kenapa pula dia berbuat begitu.. ternyata menyusahkan pihak lelaki dari Terengganu untuk berkunjung tetapi baru hari ini aku perasan yang dia mahukan tarikh yang datang setahun sekali ni untuk hari pernikahannya.. Wutever lah! ada apa dengan tarikh kan?
Ni entry kedua aku pasal I-Phone dalam minggu ni. Isk, geram betul la.. kalau la ada kuasa boleh hilang-hilang macam Goku tu, dah lama aku pergi US jap curi beli I-Phone. And sehingga kini aku tak henti-henti memikirkan tentang I-Phone dengan cara membuat sedikit sebanyak research bersama-sama pakcik kesayangan aku yang bijak tapi bisu. Tapi harganya yang macam $!@! mesti akan lebih mahal bila sampai di Malaysia nanti. Mampukah aku membelinya? Dan terima kasih kepada Fifi kerana kasi aku selaras gambar (akulah perosak penjodoh bilangan) yang dengan bangganya telah menjelaskan kepada aku kenapa I-Phone ni mahal. (more…)

















