
Holla. Jangan risau, Encik Khai kita masih hidup. Penuh selesa bernafas di bumi Allah Taala ni. Masih berkesempatan nak update blog yang ada. Alhamdulillah. One day kalau rasa blog ni dah bersarang je tu, korang faham-faham la seadanya ye? Hehehe.
Malas dah rasanya nak update perkara yang berat-berat dalam blog ni. Kalau korang rasa nak perkara yang serius habis, boleh la baca artikel yang lepas-lepas. Bersepah rasanya. Buat masa sekarang ni, rasa macam enjoy pulak nak share dengan korang kisah hidup yang tak seberapa ni. Rasa macam ada lagi orang yang sudi caring dengan insan hina yang tak tahu malu berpijak atas muka bumi Allah ni. Ye la, orang takde awek. Hahaha (pls stop it Khai!)..
Last night, akak khai, Riena – sms ajak join family gathering. Katanya restoran Kuah Desa yang betul-betul kat depan Taman Desa Medical Centre tu dah nak tutup (korang pernah lepak tak? hehe). Nak ber’pindah area Sunway katanya. Restoran tu suami dia yang punya actually. Khai pun ajak la sorang member ni temankan. Kitorang rempit je since Bangsar dengan Taman Desa tu berapa langkah je kan. Tiba-tiba, hujan turun tak hengat dunia. Tanpa di’duga, “TARAAAA!!”.. (more…)
Ditulis pada 8 July '09 oleh KhaiHassan | 766 views telah diterima.
Dalam kategori Hidup Khai | Promo di Twitter! | 116 Respon

Terdengar suara misteri entah dari mana.. – Khai Khai. Nama je peminat No 1 Heliza Helmi. Tapi Syurga Cinta pun kau tak support kan? Hehehe. Bukan taknak pergi nengok kat wayang masa tu, tapi masa tu ada je aral melintang. Tak melintang menegak pun ada. Nak pergi nengok sekarang, celah pelusuk wayang mana pulak la yang ada tayangkan lagi.
Al-Kisah je baru tadi dapat nengok Syurga Cinta. Tahu kat mana? Kat Youtube je pun. hahaha. Baru je di’upload semalam. So kalau rasa nak nengok mata kekasih gelapku itu, go search la on Youtube for Syurga Cinta. Cerita yang hebat dan mantap. Serious, macam nak meleleh je air mata tapi control ensem, member tumpang nengok sekali. Paiseh! Heliza jangan marah ek?
Ada ke yang tanye kenapa Khai suka Heliza? Cantik atau comel tu belakang kira. Tapi since dia pernah berinteraksi dengan Khai penuh comel sekali di Oh! Artis, terus research mengalahkan orang nak buat thesis pasal Heliza ni. Kalau korang perasan Oh! Artis tu pun, siapa pulak model dia kan? Hahahaha!

Before nengok Syurga Cinta kat Youtube, 9 malam semalam nengok Ice Age 3: Dawn of the Dinosaurs. Tapi bukan Youtube la (gila ko?) tapi kat GSC Midvalley. Beratur sumpah panjang sampai masuk dalam McD. Tak habis-habis lagi manusia beratur nak nengok Transformers 2. Hehehe. Kesian Ice Age 3 agak slow penjualan dia sebab ada Transformers tapi tetap jugak kuning (selling fast).
Tadi belanja dua orang member sekali nengok. Harga tiket 17 hengget tu sebab nengok yang 3D punya version. (more…)
Ditulis pada 5 July '09 oleh KhaiHassan | 816 views telah diterima.
Dalam kategori Hidup Khai | Promo di Twitter! | 75 Respon

R.I.P Michael Jackson. Dari kecil, aku tak pernah sukakan dia. Malah aku benci setiap kali mendengar namanya. Dari kecil aku dah dididik untuk membenci Michael Jackson. Masih lagi teringat ketika umur aku 5 tahun, keluar satu video klip persembahan Michael Jackson di televisyen. Terdengar suara ayah mengutuk dan mengeji Michael Jackson. Katanya menari entah apa-apa. Lagu pun entah apa-apa terkinja-kinja. So sejak dari itu, kepala aku memang dah set untuk membenci Michael Jackson tanpa memahami dan mengambil tahu siapa sebenarnya dia. Budak-budak biasalah.
Masuk alam persekolahan dan universiti, langsung tidak sesiapa atau apa yang mengubah tanggapan aku kepada Michael Jackson. Mungkin kerana nama Michael Jackson tidak sehebat zaman kegemilangannya seperti dulu (Tahun 2000 ke bawah). Aku semakin buta dengan lambakan artis-artis baru dengan lagu yang semakin hari semakin sedap dilayan. Jangan kata Wikipedia, Youtube dan Google pun tidak pernah sekali aku letakkan nama Michael Jackson untuk dicari.
Sehingga perjalanan hidup aku selama 21 tahun, aku tak pernah ambil tahu siapa Michael Jackson dan apa lagu nyanyiannya. Yang aku selalu dengar dari kecil hanya sekadar nama. Seorang Michael Jackson. Lagu dia yang aku tahu hanya satu, Beat It! Itu pun secara tidak sengaja terlihat di blog siapa suatu ketika dulu tapi fikiran aku masih terbelenggu untuk membenci dia tanpa sebab yang aku sendiri tahu. Mungkin kerana persekitara disekeliling semasa aku membesar dulu kan. Aku membesar boleh dikatakan tanpa lagu darinya oleh kerana tv dan radio di Malaysia rasanya tidak pernah lagi aku dengar mengeluarkan lagu-lagu dari Michael atau mungkin aku yang terlepas? Namanya hanya keluar di TV dan radio ketika kes-kes pencabulan yang pernah diletakkan ke’atas nya. Pastinya membuatkan aku bertambah meluat dengan insan bernama Michael Jackson.
Lebih berpuluh ribu lagu memenuhi hard disk laptop ini tapi tiada satu pun lagu dari Michael Jackson. Tetapi hari ini selepas lebih seminggu Michael Jackson pergi meninggalkan kita, baru aku tersentak dan terasa sebuah kehilangan yang besar dalam hidup. (more…)
Ditulis pada 4 July '09 oleh KhaiHassan | 823 views telah diterima.
Dalam kategori Hidup Khai, Tergempar | Promo di Twitter! | 83 Respon