
[audio:selamat-pagi-cikgu.mp3]
Selamat Pagi Cikgu, satu ungkapan yang amat ku rindui. Kali pertama menyebut perkataan tu adalah 13 tahun yang lalu semasa memakai baju petak-petak kecil warna merah putih. Tadika la tu. Sekarang, perkataan tersebut tiba-tiba ber’evolusi menjadi “Assalamualaikum Cikgu!!”. Ungkapan yang penuh berlagu. Korang paham-paham sendiri la kan? Macam la tak pernah jadi budak sekolah dulu. Hehe. Semua sekolah pun sama je nada bagi salam kat cikgu. Hehehe.
Tak perlu’lah Khai nak sebut satu-satu nama cikgu yang pernah mengajar Khai dulu. Kalau sebut karang, korang bukan kenal. Bosan je pulak nak baca iye tak? So kepada cikgu-cikgu yang pernah mengajar Khai dulu, ya saya anak murid cikgu yang pernah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perpatih. Sape Khai? Khai yang mana? Hehe dulu kat sekolah takde sorang pun panggil saya Khai cikgu. Semua panggil saya Nizam. Nizam mamat paling popular dengan status Taiko penjual cetak rompak paling berdaya maju. Sampai pengetua dengan Penyelia Pagi pun order VCD Mawi. Hehe. Oh! Kenangan. Dah la pengawas time tu. Hancus-hancus!!
Tanpa cikgu, siapalah Tun Mahathir? Siapalah Datuk Seri Najib dan siapalah Lisa Surihani tu. Tanpa guru mungkin mereka hari ni hanya penyapu sampah di tepi Menara Great Estern Ampang. Atau mungkin juga sebagai pembancuh kopi di syarikat korang bekerja. Pendek kata siapa pun kita hari ni, tanpa cikgu takkan mungkin kita pernah sampai ke tahap ini. Tanpa cikgu juga, mungkin dunia blog di dunia ni tanpa title dan tiada entri. Hanya gambar semata-mata.
Selamat Hari Guru, Cikgu!! Kami sayang kamu. Teruslah mencorakkan anak bangsa mu. (more…)
Ditulis pada 15 May '09 oleh KhaiHassan | 856 views telah diterima.
Dalam kategori Hidup Khai | Promo di Twitter! | 87 Respon

Photo sebenar adalah hak milik Aminor Azmi.
Buat yang masih ragu-ragu, bila hari ibu pada tahun ini, ianya pada hari Ahad ini bersamaan 10 Mei 2009. Bagi Malaysia, sambutan hari ibu setiap tahun akan disambut pada hari Ahad ke’dua pada bulan Mei.
Tadi Khai call mak abah di kampung. Saja bertanyakan khabar mereka. Mula-mula akak Khai yang dalam pantang tu angkat. Bebel-bebel jap dengan dia, dia passing kat Abah. Bebel-bebel lagi dengan Abah, diorang passing plak kat emak. Dalam hati, alamak habis kredit aku. Dah la Maxis call Celcom. Haha. Ape la ko ni Khai. Call keluarga pun ko boleh terdetik dalam hati macam tu. Kalau call awek dulu, berjam-jam pun tak heran. Kadang-kadang sehari habis 50 hengget pun senyum je. Awek punya pasal. Last-last kau clash jugak dengan awek kau tu. Dengan keluarga? air dicincang, takkan pernah putus la Khai!. Moga menjadi pengajaran juga pada korang yang lain.
Habis je bebel macam-macam dengan mak kat kampung, lepas je dia cakap suruh Khai jaga diri baik-baik, terus Khai potong percakapan dia. Khai cakap, Mak! Selamat Hari Ibu.
Tiba-tiba nada suara mak Khai berubah. Macam nada terharu + sedih gitu. Dia cakap terima kasih, tapi kenapa awal sangat wish. Then Khai jawab saja nak jadi anak mak yang pertama wish dulu. Hehehe. Lihatlah kawan-kawan ku semua, bertapa terharunya seorang ibu bila anak-anak mereka hanya mengucapkan selamat hari ibu. Tuhan saja yang tahu betapa mereka rasa disayangi dan dihargai. (more…)
Ditulis pada 8 May '09 oleh KhaiHassan | 2,959 views telah diterima.
Dalam kategori Hidup Khai, Istimewa | Promo di Twitter! | 96 Respon

Lupakan entri air mata sebelum ni, ayuh kita ke entri berilmiah sikit. Anggap je entri sebelum ni adalah entri memahami kaum wanita untuk seorang lelaki. Hehehe. Berikut adalah beberapa tips spontan yang terlintas difikiran Khai semasa entri ini ditulis. Perkara yang perlu korang lakukan selepas sahaja memiliki sebuah blog WordPress yang dihost’kan sendiri beserta domain.
Root URL Gambar yang SMART!
– Ini perkara wajib bagi Khai untuk blog-blog yang akan datang. Justkhai ni dah terlambat tapi sekarang tetap buat jugak. Korang tukarlah direktori image untuk gambar. Bila WordPress siap di’install, default’nya adalah “/wp-content/upload/…” .. Lagi bengong bila korang setting gambar-gambar tu dimasukkan ke’dalam folder month by month. Kenapa perlu tukar? seriously akan banyak memudahkan korang bila berpindah hosting atau sebagainya. Jangan cakap blog takkan pindah. Sekarang memang la, suatu hari nanti korang mesti akan berpindah ke hosting lain atau sebagainya.
Gunakan FTP dan create satu folder di root. Sebagai contoh blog ni letak nama “fhoto”. Lepas tu chmod folder tersebut kepada 777. Lepas tu di WordPress Miscellaneous Settings, padam apa yang ada dan isikan dengan “fhoto”. Tak perlu tandakan “Organize my uploads into month- and year-based folders” pun. Tak memberikan apa-apa effect pada blog korang. Hanya mengurangkan faktor gambar-gambar yang diupload akan terpapar di Google Images Search.
Cuba right click dan view properties gambar di bawah. Lihat URL gambar tersebut.

Plugin yang wajib-wajib loh!
– Yang ini biasalah. Pasang plugin-plugin wajib untuk blog korang. Di bahagian tepi admin panel blog korang, lihat di bahagian Plugins dan tekan “Add New”. Dari situ korang boleh pasang plugin secara automatik tanpa perlu download upload melalui FTP yang nyata annoying gile. Ini adalah kelebihan WordPress, kenapa tak gunakan iye tak?
Korang perlu search plugin-plugin berikut dan install satu persatu.
All in One SEO Pack | Audio Player | Automatic SEO Link | Code Markup | Contact Form 7 | Dagon Design Sitemap Generator | Download Counter | FeedBurner FeedSmith | Fuzzy Recent Posts | Get Recent Comment | Google Analyticator | Google XML Sitemaps | Live Comment Preview | Related Post | Show Top Commentators | Smilies Themer | Wordbook | WP-Page Navi | Wp-Post Views | WP-Super Cache
Itu adalah beberapa plugin wajib yang digunakan blog ini. Memang wajib kalau korang nak reader atau Google sayang korang lebeh! Tak perlu kot nak jelaskan fungsi satu-satu plugin tu sebab bila korang search nama-nama plugin kat atas ni, dia akan jelaskan secara detail apa kegunaan plugin-plugin tersebut. (more…)
Ditulis pada 5 May '09 oleh KhaiHassan | 3,597 views telah diterima.
Dalam kategori Blog, Tutorial | Promo di Twitter! | 105 Respon