
Entri ni Khai nak bercerita sikit pasal Advertlets, satu-satunya advertising network yang masih bertahan hingga kini, selain dari Nuffnang. Ok baca entri sampai habis dulu. Jangan dengar nama Advertlets je korang nak blacklist, padahal korang dengar dari cakap orang jer kan? Entri ni wujud dari diri Khai yang dah mencuba sendiri dan bukan desakkan dari mana-mana pihak.
Beberapa hari lepas, Mr Josh Lim selaku founder Advertlets ada call Khai untuk test market Advertlets di Oh! Artis dan kemudian di blog ini. Menurut Mr Josh Lim, diorang dah upgrade server dan sistem mereka. Mean tiada lagi masalah “slow” bila nak load iklan kat dalam blog korang. Harapnya masalah fraud click juga dapat dielakkan selepas ini supaya cash out dari blogger tidak lagi menjadi masalah.
Buat masa ni Khai gunakan Advertlets di Justkhai dan juga di Oh! Artis. Seperti yang dah Khai war-war’kan di Twitter, pendapatan menggunakan Advertlets bukan kepalang. Sehari dengan impression yang tinggi, nak dapat sehari RM10 macam kacang dalam botol je. InsyaAllah. (more…)
Ditulis pada 17 March '09 oleh KhaiHassan | 3,428 views telah diterima.
Dalam kategori Daily Craps | Promo di Twitter! | 112 Respon

Saja nak tulis entri personal. Hari ni, bila Khai mendongak langit yang tinggi, rasa macam nak nangis je. Sedih dan sayu tak tahu kenapa. Bila pandang pokok-pokok nan menghijau yang mana selalunya buat Khai gembira, kali ni tetap sedih yang meruntum jiwa. Buka TV pun, nengok memanglah nengok, tapi bukan nengok cerita, tapi cuma nengok TV. Hanya sebuah TV 29 inci tanpa ada apa-apa perasaan.
Hurm.. kenapa aku jadi macam ni agaknye ye?
Dari title tu korang pun tahu ape yang jadi sebenarnya. Dua hari lepas terima sms dari si dia yang tak perlu diperkenalkan lagi. Isi sms tu yang rasanya sampai mati pun Khai takkan lupa dan tak mungkin Khai akan padam dari Inbox apalagi dari hati yang terluka ini. Sedikit bit ayatnya, “kau kahwin dengan ANJING je la lagi bagus”.. Well, sesungguhnya memang lagi bagus jika aku kahwin dengan ****** berbanding kamu!! (more…)
Ditulis pada 17 March '09 oleh KhaiHassan | 785 views telah diterima.
Dalam kategori Hidup Khai | Promo di Twitter! | 112 Respon

Entri kali ni ringkas sahaja dan selalu’nya diletakkan di Oh! Tidak, tapi hari ini nak juga tahu apa kata reader Justkhai. Gambar di atas ni, dari maklumat yang diterima, lelaki tersebut adalah seorang yang berbangsa Melayu dan beragama Islam.
Hurm, pada Khai kalau difikirkan secara positif, mungkin kawan kita ni non-muslim dan snap gambar di rumah member yang beragama Islam. Tapi kalau difikirkan sekali lalu pula, tak bagus la macam tu kawan. Rantai lambang salib. Kat dinding, ada frame macam tu pulak. Atau memang saja nak buat macam tu? Nak sakitkan hati atau nak popular cepat tanpa perlu masuk Akademi Fantasia atau One in a Million? Jangan cakap tak sengaja, sebab orang bodoh je upload gambar tanpa usya gambar apa yang patut di’upload.
Macam-macam dunia sekarang. Ape kata anda?
Ditulis pada 15 March '09 oleh KhaiHassan | 3,696 views telah diterima.
Dalam kategori Tergempar | Promo di Twitter! | 94 Respon