Cerita Dubai: Dubai Airport


Ini dan ini.. Antara entri di blog ini yang bercerita mengenai Dubai. Hakikatnya sekali imbas, apa yang ada pada cerita Dubai ni kan tapi kenyataan’nya itulah keyword yang segenap hari meluncur masuk ke blog ini tidak putus-putus. Jadi ayuh tarik trafik ke blog dengan bercerita mengenai Dubai.

Gambar-gambar di bawah ni, adalah segenap ruang dari 140KM persegi, Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai. Dubai yang dahulunya hanya sekadar dipenuhi 90% padang pasir, kini makin dikenali dunia dengan pembangunan’nya yang sangat pesat membangun. The Burj yang mana baru sahaja siap dibina pada tahun lepas merupakan bangunan tertinggi di dunia. Dari atas The Burj, korang boleh lihat bentu bumi yang sfera. Bayangkan? (well, 1KM lebih tinggi dari KLCC).. Ada gambar di Oh! Tidak [sini].

(more…)

Ditulis pada 19 March '09 oleh | 939 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 49 Respon

Kenapa anda perlu beralih semula pada Advertlets


Entri ni Khai nak bercerita sikit pasal Advertlets, satu-satunya advertising network yang masih bertahan hingga kini, selain dari Nuffnang. Ok baca entri sampai habis dulu. Jangan dengar nama Advertlets je korang nak blacklist, padahal korang dengar dari cakap orang jer kan? Entri ni wujud dari diri Khai yang dah mencuba sendiri dan bukan desakkan dari mana-mana pihak.

Beberapa hari lepas, Mr Josh Lim selaku founder Advertlets ada call Khai untuk test market Advertlets di Oh! Artis dan kemudian di blog ini. Menurut Mr Josh Lim, diorang dah upgrade server dan sistem mereka. Mean tiada lagi masalah “slow” bila nak load iklan kat dalam blog korang. Harapnya masalah fraud click juga dapat dielakkan selepas ini supaya cash out dari blogger tidak lagi menjadi masalah.

Buat masa ni Khai gunakan Advertlets di Justkhai dan juga di Oh! Artis. Seperti yang dah Khai war-war’kan di Twitter, pendapatan menggunakan Advertlets bukan kepalang. Sehari dengan impression yang tinggi, nak dapat sehari RM10 macam kacang dalam botol je. InsyaAllah. (more…)

Ditulis pada 17 March '09 oleh | 3,241 views telah diterima.
Dalam kategori Daily Craps | Promo di Twitter! | 112 Respon

Sepatutnya, hari ini ulangtahun ke 2 aku dan dia


Saja nak tulis entri personal. Hari ni, bila Khai mendongak langit yang tinggi, rasa macam nak nangis je. Sedih dan sayu tak tahu kenapa. Bila pandang pokok-pokok nan menghijau yang mana selalunya buat Khai gembira, kali ni tetap sedih yang meruntum jiwa. Buka TV pun, nengok memanglah nengok, tapi bukan nengok cerita, tapi cuma nengok TV. Hanya sebuah TV 29 inci tanpa ada apa-apa perasaan.

Hurm.. kenapa aku jadi macam ni agaknye ye?

Dari title tu korang pun tahu ape yang jadi sebenarnya. Dua hari lepas terima sms dari si dia yang tak perlu diperkenalkan lagi. Isi sms tu yang rasanya sampai mati pun Khai takkan lupa dan tak mungkin Khai akan padam dari Inbox apalagi dari hati yang terluka ini. Sedikit bit ayatnya, “kau kahwin dengan ANJING je la lagi bagus”.. Well, sesungguhnya memang lagi bagus jika aku kahwin dengan ****** berbanding kamu!! (more…)

Ditulis pada 17 March '09 oleh | 610 views telah diterima.
Dalam kategori Hidup Khai | Promo di Twitter! | 112 Respon