Sembilan Belas April


Gambar di atas diambil menggunakan Nokia N73 yang bertarikh 19 April 2008.Dan hari ketika entri ini ditulis, adalah 19 April 2009 di mana genap satu tahun usia gambar tersebut. Sekeping gambar cukup memberi 1001 makna yang sukar dilupakan. Gambar selalunya menggambarkan memori yang indah-indah dalam kehidupan kita semua pada masa lalu. Hakikatnya, biar 1000 tahun, gambar hanya tetap gambar dan kita sebagai manusia harus menerima segala qada’ dan qadar yang pastinya tidak pernah pun digambarkan.

Selamat hari jadi Norasnizah Ab Aziz. Biarpun kita berdua kini masing-masing membawa haluan sendiri dalam hidup, kau tetap seorang wanita yang pernah bertakhta dulu di dalam hati ini. Biarpun sampai hujung nyawa, tiada apa yang dapat memadam kenangan kisah silam suka dan duka kita berdua selama bersama.

Ketahuilah, hari yang paling indah sejak aku mula mengenali cinta, adalah pada hari pertama kau ku kenali. Tiada dendam antara kita kerana apa yang terjadi anggaplah tidak lari dari kekhilafan kita sendiri yang masih mentah dalam menempuhi hidup ini.

Kepada korang yang baca blog ini, ucap dan doakanlah gadis ini semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezekinya. Janji, ini entri yang terakhir berkaitan dengan’nya di sini.

Ditulis pada 19 April '09 oleh | 937 views telah diterima.
Dalam kategori Hidup Khai, Kisah Cinta | Promo di Twitter! | 135 Respon

Cerita Dubai: Lilypad Floating City

Alahai. Kalau tak hidup dengan bertuhankan pembaziran dan kecanggihan luar biasa, bukan Dubai namanya. Setuju tak dengan kenyataan tadi? Sebelum Khai kene simbah dengan komen-komen kononnya Khai tak berbangga negara Islam maju, Ok! Bangga tu memanglah bangga. Ianya sebagai membuktikan negara Islam pun boleh maju. Tapi, berpada-padalah berpadanan dengan saranan Islam tu sendiri yang mahu umatnya bersederhana dan tidak melakukan pembaziran yang sia-sia. Bukan Islam sahaja, tapi mana-mana agama pun ye tak? Bersepah kot penganut agama Islam yang masih kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Taknak ditolongnya. Ok, itu peribahasa ye. Nanti ada pulak komen yang cakap Khai samakan orang Islam dengan ayam. Hehe, jangan ada yang terasa.

Email dari Nur Atikah ni menambahkan lagi fakta mengenai Dubai di dalam blog ini. Gambar-gambar yang akan dipaparkan nanti adalah satu lagi teknologi yang terhasil di Dubai. Dubai ni orang tak buat, dia nak buat dulu. Baru mantap kata dia. Izinkan Khai untuk paste artikel english ni di Justkhai. Biar takde apa-apa maklumat yang tersilap. Korang power english kot?

Water CityBy now, most of us have heard about the Island Cities being built in Dubai , but Inhabitat has just done a feature on a new concept by artist Vincent Callebaut for a self-sufficient floating city that will never have to face a problem about finding land to build on. The “Lilypad” would take advantage of all of today’s green technologies, including generating power from the sun, wind and water, and would produce zero emissions from its residents. Don’t expect to see construction on one of these anytime soon, but don’t be surprised if, like the Island Cities in Dubai , real estate starts branching out into the oceans in the next decade. (more…)

Ditulis pada 17 April '09 oleh | 2,138 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 61 Respon

Jom naik bas dua tingkat biar sama-sama mati cepat

(Gempar) melayu/”>Cristiano Ronaldo bakal nikah Gadis Melayu!

Baru-baru ni kita digemparkan dengan kemalangan bas yang mengorbankan 6 nyawa dan mencederakan beberapa yang lain. Dan kali ni kemalangan ni bukan melibatkan bas biasa, tapi bas dua tingkat AB Ekspress. Bas dua tingkat yang malang tu bertolak dari Kangar menuju ke Kuala Lumpur dan Klang. Risau juga bila dengar bas dari Kangar ni mana la tahu ex-girlfriend Khai ada sekali plak dalam tu. Ex pun Ex jugak ye tak? tapi kalau boleh nak nengok hidup dia bahagia dan biarlah Khai yang pergi dulu before dia.

Masa Khai masih di sekolah rendah dulu, terbayang-bayang bila la Malaysia ni nak ada bas dua tingkat macam kat London. Bila beli “jajan” Rota je, mesti teringat bas dua tingkat dan London. Maklumla lambang rota tu guna bas dua tingkat yang kat London tu. Sekarang bila dah graduate dan berbulu, dan bas dua tingkat dah pun ada atas bumi Malaysia ni, rasa macam ada yang tak kena.

Antara beberapa sebab yang terlintas di kepala Khai, bas dua tingkat ni memang mudah terbalik. Makin tinggi bas, makin senang’lah dia terbalik kan? Lepas tu, berbeda dengan London, jalan kat sana bukan macam kat Malaysia. Kat Malaysia ni jalan Wallahualam. Kes Samy Velu kuat tidur la ni time jadi Menteri Kerja Raya dulu ni (orang kata). Jalan yang hampeh ditambah dengan bentuk mukabumi Malaysia yang berbukit bakau membuatkan jalan bersimpang siur macam ular. (more…)

Ditulis pada 15 April '09 oleh | 2,550 views telah diterima.
Dalam kategori Tergempar | Promo di Twitter! | 105 Respon