Bagaimana cara ingin membeli Mousepad paling seksi?

Sekali sekala Justkhai juga mahukan entri santai. Takkan asyik di Oh! Tidak je kan korang bantai gelak guling-guling dan belasah komen melalut. Hehehe. Tertarik betul dengan ke’unikkan pada mouse pad yang dihantar oleh seorang pembaca Oh! Tidak ni di email Khai.

ada lagi yang lebih seksi.. (more…)

Ditulis pada 7 April '09 oleh | 635 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 40 Respon

Bila Justkhai & Oh! Artis mahu di saman


Beberapa hari sejak masuk bulan April ni, terasa hidup ni sedikit fool. Mungkin penangan oleh April Fool mungkin. Hehee. Bermula dengan kesilapan seorang pomen ni pasang sport rim, tak pasal-pasal breakdisc belakang bengkok. Dah keluar duit tukar breakdisc lain.

Kemudian, hardware yang paling berguna bagi seorang kipas susah mati (die hard fan) komputer adalah mice. Mice khai rosak. Logitech pulak tu. Baru je beli beberapa bulan lepas. [usya entri ni]. Nasib ok balik bila jemur tengah panas. Seriously, memamg ajaib gila mice yang rosak boleh berfungsi semula lepas dijemur di tengah panas. Kalau jadi kat korang, bolah la try jemur juga ye?

Lastly, datang lagi masalah lain. Email mahu menyaman dari dua orang perseorangan. Kawan-kawan di Twitter adalah orang pertama yang tahu tentang perkara ini. Satu, dari anak Datuk Dr Fadzilah Kamsah berhubung dengan gambar yang dipamerkan di Justkhai ni. (more…)

Ditulis pada 6 April '09 oleh | 867 views telah diterima.
Dalam kategori Blog, Hidup Khai | Promo di Twitter! | 72 Respon

Bila The Burj Dubai dipanah petir


Semua pun tahu salah satu tanda-tanda kiamat semakin hampir adalah bila manusia berlumba-lumba membina bangunan pencakar langit bukan? Apa yang pelik dapat kita lihat, orang Islam sendiri yang berlumba-lumba nak bina bangunan tertinggi tu. Tahun 1998 dulu, kita ada KLCC yang gah beberapa tahun sebagai bangunan tertinggi di dunia sebelum dipintas Taipei 101 pada tahun 2004. Kini semua pun tahu Dubai dengan kekayaan sumber asli’nya muncul pula dengan The Burj yang berketinggian lebih 800 meter di mana adalah 2 kali ganda ketinggian KLCC. Kata orang, ketinggiannya yang mencecah awan sehingga dari puncaknya, bumi dapat dilihat berbentuk sfera. Betul ke? Dan ada dua tiga entri khai pasal The Burj sebelum ni.

Semenjak dari pembukaan The Burj pada Disember 2008, The Burj telah beberapa kali dipanah petir. Yang terbaru, kejadian pada 23 March 2009 ini pasti terlekat di jiwa penduduk Dubai bila panahan petir bertalu-talu hampir 30 minit terus menyerang The Burj tanpa henti. (more…)

Ditulis pada 4 April '09 oleh | 3,410 views telah diterima.
Dalam kategori Tergempar | Promo di Twitter! | 90 Respon