Ini adalah kesinambungan artikel Memilih Blogging sebagai Kerjaya – Part 1. Baca part 1 dulu baru lebih kool untuk part 2 pulak. Hehe.

Di part 1, Khai ada tulis mengenai pengalaman Khai sebagai Full Time Blogger ketika ini. Ya di masa depan kita tak boleh ramal apa yang dah ditentukan Illahi. Jauh lagi perjalanan hidup Khai yang harus dilalui itupun kalau masih diizinkan untuk bernafas. Nak sambung study pun tak tercapai lagi ni. Entah mana melayang mood study yang kemain berkobar-kobar sebelum ni. Sigh~
Artikel kali ni mukadimah pendek je. Jadi Khai teruskan je la dengan part 2 yang akan menyentuh sedikit mengenai dunia pengiklanan. Kita semua tahu, website popular contohnya Google, Yahoo dan Facebook boleh memberi perkhidmatan kepada umum tanpa sebarang bayaran dari pengguna. Jadi dari mana pulak la kan mereka tu dapat cover balik modal bulanan website yang semakin hari semakin meningkat? Jawapan utamanya adalah dari pengiklanan. Totally from advertising! (more…)
Salam korang. Hari ni blog purple tak cukup sifat ni nak memperkenalkan beberapa blog ber’niche’kan teknologi perkomputeran dan hal ehwal semasa berkaitan internet. Which is, dari korang membuang masa baca artikel-artikel merapu kat Justkhai ni, better lebihkan masa usya artikel-artikel di website mereka ni. Apa yang baik untuk Khai, insyaAllah baiklah juga untuk korang. Yang tak baik, buat apa kita nak share kan?
Tapi apapun, rasanya ramai dah yang tahu kot. Takpelah kali ni kita review beberapa blog berniche’kan perkomputeran dengan cara lain. Iaitu cara kritikan dan kutukan instead of memuji. Haha. Baru interesting kan? Lagi pun secara tak langsung menyahut kehendak seorang blogger di Twitter yang suruh mengeji blog dia sampai dia menangis. Tapi Khai takdelah kejam macam tu. Kahkah. (more…)
Posted on 10 November '09 by KhaiHassan, under Lain-lain. 66 Comments.

Salam all. Izinkan Khai publish artikel ni dengan menggunakan ayat “kau”, “aku” dan sebagainya instead of “khai” dan “korang”. Anggaplah ini artikel dari seorang sahabat buat sahabatnya. Ada orang cakap blog Justkhai ni macam blog gay. Sebabnya owner dia gelarkan diri sebagai “khai” instead of “aku” macam blog yang lain. Memang mentaliti paling bangang dari orang yang bangang (siapa makan karipap dia yang terasa intinya). Hehehe. Kenapa Khai tulis macam tu akan dijelaskan dalam artikel akan datang bagi memuaskan hati pihak-pihak yang bangang itu tadi. Jangan terasa hati ye?
Ok kembali untuk artikel “Top Malaysian Blogger” ni atau bahasa member-member “Blog Malaysia Paling Popular“. Guna aku kau ni ye. Jangan terasa macam bukan berada di Justkhai pulak? So lebih senang si copy paste buat kerja tanpa perlu edit nama “Khai” tu dengan nama dia. Hehehe. (more…)
Posted on 5 November '09 by KhaiHassan, under Blog, Tutorial. 170 Comments.