
Dua hari Khai tak update mungkin kerana Khai terlalu sibuk dan penat untuk mengarang artikel. Cukuplah, tiada lagi najis untuk entry terbaru ini. Lupakan Fear Factor Japan yang kalian baca sebelum ini. Ianya terlalu kotor untuk dikenang kembali. Bukan begitu? Hehe. Semalam pelbagai perkara menarik berlaku. Di kampus berlansung hari patriotik. Khai sebagai pelajar yang mengambil course Creative Mutlimedia terpaksa datang ke kampus se’awal jam 8 pagi bagi memeriahkan majlis tersebut. Tapi biasalah, janji orang Malaysia (Khai tak mahu tujukan kepada melayu lagi kerana semua bangsa pun sama sahaja) kata sahaja jam 8 pagi, tapi mulanya tetap pukul 10 pagi. Akhirnya kedatangan Timbalan Menteri Pelajaran tiba disambut dengan paluan kompang dan permaidani merah. “Eh, mana Pak Lah, kata beliau juga datang. Ah, mungkin terlalu sibuk”, hati ni berdialog bersendirian. Tak perlu Khai ceritakan lebih lanjut mengenai majlis ini kerana Khai akan ceritakan di TheLUCT sahaja nanti. Habis sahaja majlis, Khai ke kelas pula. Habis pukul 8 malam. 12 jam Khai berada di kampus, ianya sebuah rekod baru untuk diri Khai.
Entri apa ingin Khai tuliskan kali ini. Ah, Khai terlalu penat. Baru pukul 2 pagi Khai dah mengantuk. Ini bukan suatu yang normal bagi diri Khai tapi mungkin sesuatu yang sangat normal bagi kalian. Tapi ada satu perkara yang sangat tidak normal untuk kita semua iaitu menyentuh Khinzir also known as Babi dengan tangan. Ianya najis!! Najis Mughallazah, peringkat najis paling berat. Khai tahu kita boleh menyentuh anjing apabila tangan dan bulu anjing tersebut kering. Ianya di izinkan. Tetapi bagaimana pula dengan menyentuh Khinzir? Khai kurang arif bab-bab begini. Mungkin gadis bertudung di bawah boleh menjawabnya kerana beliau terlalu arif. Mungkin juga dia doktor haiwan tapi kalau Khai ditakdirkan menjadi doktor haiwan sekalipun, Khai pasti menggunakan sarung tangan kerana Khai lebih arif mengenai perkara-perkara mudah.


Dia terlalu ‘bijak’ untuk menjadi doktor pakar bedah atau doktor gigi. Doktor haiwan’lah paling sesuai bagi yang menyangka Khinzir itu suci! Kalian di belakang Khai atau tidak?
Via: Scukz Forums
Ditulis pada 23 August '07 oleh KhaiHassan | 10,190 views telah diterima.
Dalam kategori Acara, Religion | Promo di Twitter! | 214 Respon
Sekali lagi ingin bercerita pasal Jepun, sebuah negara termaju di Asia dan mungkin juga di dunia. Dua hari lepas aku bercerita mengenai kegilaan jepun merekacipta bentuk ais krim menjadi seakan-akan kemaluan sang lelaki, apa pula kali ini. Entri kali ini mungkin akan membuatkan kalian berasa nak termuntah dan tak lalu nak baca. Tapi takpe la.. gambar je pun, bukan ada bau. Hehehe.. Aku ingin menunjukkan beberapa gambar extreme sebuah rancangan terhangat seluruh dunia iaitu Fear Factor. Tapi kali ini bukan versi english, tetapi versi jepun iaitu Japan Fear Factor. Ganjaran mereka juga lebih tinggi iaitu 1 billion Yen. Kalian tukar’kan kepada mata wang Malaysia, sampai mati pun belum tentu mampu kita habiskan.
Kena dengan ganjaran, cabarannya bukan lagi lompat bangunan, terjun helikopter atau apa sahaja aksi extreme yang biasa kita tonton di kaca televisyen, tetapi Japan Fear Factor betul-betul membawa satu cabaran yang tersangat-sangat extreme sehingga jika aku menjadi pesertanya, aku lah orang pertama yang berambus tanpa berkata apa-apa.

Gambar seterusnya, (more…)
Ditulis pada 20 August '07 oleh KhaiHassan | 7,974 views telah diterima.
Dalam kategori Tergempar | Promo di Twitter! | 129 Respon
Entry kali ini telah aku tulis semalam kerana mulai hari ini, aku terpaksa berpuasa internet akibat pihak management hostel yang aku duduki ini memboikot syarikat broadband yang ada di Desaria Villa Condominium. Mungkin pihak management juga mahukan sesuatu yang fresh dari pihak broadband. Upgrade’lah sistem anda wahai Go Lightspeed!! Jangan biarkan kelembapan menyaluti nama syarikat anda.
Seperti yang aku janjikan, hari ini aku akan tunjukkan beberapa kincir yang gah di dunia. Malaysia boleh berbangga dengan Eye on Malaysia tapi ada lagi yang lebih bagus. Apa pun tahniah Malaysia kerana mampu membuat sesuatu yang bakal menarik pelancong datang ke Negara ini. Dubai? kau memang siot!! kau sentiasa sahaja keluar dengan idea-idea segar yang membuatkan aku betul-betul cemburu kerana tidak menjadi rakyat negara kau!






Pakistan Eye maybe such a joke but it still an Eye on Pakistan right? For kids.. Cheers!!
Source: Scukz Forums.
Cerita lain… mereka makin kurang ajar… lihat di sini.. http://www.youtube.com/watch?v=ziV03wLGDnY .. ungkapan Allahuakbar di guna selepas setiap pukulan di dalam game tersebut. Dari apa yang aku tahu, pihak pembangunan game tersebut telah membuang ungkapa Allahuakbar setelah mendapat kritikan ramai…
Aku akan cuba juga update blog ini setiap hari. Ya, setiap hari dari jam 12 pagi hingga 3 pagi. Aku gemar menulis entri di waktu begitu. Esok ada update lagi. Tentang Fear Factor Japan? oh!! yuckss!!
Ditulis pada 19 August '07 oleh KhaiHassan | 1,126 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 15 Respon