Heart

Ahahaha.. ketinggalan zamannye aku.. baru je semalam nengok Heart. Thanks to my friend, E-darn coz kasi pinjam CD (Nasib DVD Copy). Semalam pon just part 1 jer.. Today sambung part 2. Ahahaha.. sebenarnye malas nak nengok cerita jiwang karatz ni, tapi tension plak dengar member khai dok asib story pasal cerita ni. so kene gak la nengok.. lagipon khai minat gila ngan semua soundtrack dia. Awek khai nye pasal la ni. X pasal pasal dah terlayan lagu jiwang.. hahaha..

[IMAGES BROKEN – UPDATE SOON]
” Lovely friend sejak kecil ”

Cerita ni sekali nengok, jalan cerita dia macam kenal jer.. ape taknye, lebih kurang macam cerita arahan Prof Madya Abdul Razak Muhaideen, Cinta Kuliah. Tapi ni versi indon la.. tapi takde la sama sangat.. tapi dari segi watak tu mmg sama la macam ‘cinta kuliah’. Seorang awek cun, seorang mamat hensem dan seorang tomboy.

[IMAGES BROKEN – UPDATE SOON]
” Pertemuan dengan penulis novel, Luna. ”

Cerita arahan Hanny R Saputra ni ternyata sememangnye lain dari kisah cinta Indon yang masuk kat Malaysia ni. kat indon memang la lain, tapi kat Malaysia dah sama plak ngan cerita cinta kuliah. Nak wat camana.. Heart ni masuk panggung time khai kat Limkokwing lagi. Time tu nak pergi nengok wayang, jangan harap la .. no time + no meney = no talk!! .. Pelakon dalam Heart ni plak boleh dikira dengan jari kaki jer.. Khai rasa watak yang utama dia 5 orang aje.. Serious!! Farel, Luna, Rachel, Mak Rachel dan bapak Luna. Korang setuju tak? modal buat Heart ni pon macam sikit jer. Kalau ikutkan memang standard CD, tapi nak buat camana. Orang malaysia ni kalau cerita Indon, laju aje menyokong. Cerita negara sendiri, pikir 2 3 kali yer tak?

[IMAGES BROKEN – UPDATE SOON]
” Triangle Love – Luna, Rachel & Farel ”

Lakonan Irwansyah dan Acha sebagai pasangan kekasih sememangnya berkesan. Ape taknye, dah memang the real couple pon. Camana la tak berkesannye. Jalan cerita Heart ni mudah je. Dimulakan dengan persahabatan antara Farel dan Rachel sejak dari kecil yang sememangnye akrab, tapi mula renggang bila si Farel ni bertemu dengan wanita idamannya, Luna seorang penulis komik. Dan dari situ bermulalah kekosongan hati Rachel dengan ketiadaan Farel yang sentiasa bersama Luna kerana luna menghidap penyakit hati.

[IMAGES BROKEN – UPDATE SOON]
” FAreeeeeeeeeLLLLLLLLLLLL ”

Banyak juga adegan sedih, tapi tak mampu nak membuat air mata khai meleleh. Kalau kisah cinta ni, jarang nak meleleh beb.. tapi kalau dah menyentuh pasal ibu bapa, tu yang pantang tu.. memang basah la sofa ni jawabnye. Klimaks cerita ni maybe ade yang takkan menjangka sama sekali. Sebab yang seharusnya mati, tak mati.. tapi yang x de penyakit plak yang mati.. camana tu ek? Tapi khai awal awal dah jangka, sebab dah sememangnye Hero + Heroin sememangnye akan bahagia kan?

[IMAGES BROKEN – UPDATE SOON]
” Fuh!! frust menonggeng gua!! ”

Director : Hanny R Saputra
Theme : Love Story
Actor/actress : Nirina Zubir | Irwansyah | Acha Septriasa
Merit : Cerita cinta terbaik dari Indonesia. Soundtrack best!!
Demerit : Jalan cerita yang dapat dijangka. Pelakon terlampau sikit.

Ditulis pada 30 October '06 oleh | 505 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 36 Respon

Remp-It

” … enjin motor ni takkan mati selagi aku tak mati sekali – madi “

Korang dah nengok Remp-it?? sure dah nengok kan? maybe ade lagi yang baru nengok.. macam khai la.. baru je berkesempatan nengok semalam.. before ni kan bz gile study.. tak berkesempatan langsung nak nengok cerita ni. So dah nengok, dan inilah pendapat khai.

[IMAGES BROKEN – UPDATE SOON]
” Adegan menarik penonton datang nengok.. huhu.. ”

Cerita ni bagi khai ntah ape ape.. diorang tarik penonton pon dengan aksi aksi mat rempit. Jalan cerita pon agak kalut dan biasa aje. Mat rempit racing then gaduh gaduh.. akhirnye mati.. Lol .. Bijak juga bagi pengarah cerita ni, Ahmad Idham sebab buat cerita ni dikala isu mat rempit memang ngah panas. Tak hairanlah cerita ni dapat kutipan lebih RM3 million coz mat rempit aje yang turun padang kan?

[IMAGES BROKEN – UPDATE SOON]
” 125z in action.. best gileee ”

Bila reporter tanye, kenapa Ahmad Idham buat cerita ni. Dia jawab cerita ni ade menyelitkan pengajaran kepada Mat Rempit. Bagi khai ni semua alasan aje.. sebenarnye cerita tu langsung tak menyelitkan pengajaran. Selain jalan cerita yang berkhilafkan ” sepet ” dan ” gubra “, penuh dengan adengan sexual, tiada apa lagi pengajaran yang boleh kita amik dari cerita ni. Aksi separa seks dalam cerita ni bagi khai langsung tak mencerminkan rakyat Malaysia yang sebenar. Memang ade dikalangan orang kita yang macam tu, tapi perlu ke nak buat pendedahan dalam cerita plak? Dia buat cerita camtu bagaikan semua mat rempit ni jahat, kaki bohsia, seks rambang dan gaduh.

[IMAGES BROKEN – UPDATE SOON]
” RXZ plak in action.. ”

Klimaks cerita ni pon macam kim*k.. patut la member-member khai yang dah nengok tak puas hati.. rupernye memang patut pon. Dah la hero mampos, then yang watak antagonis tu plak, blah macam tu aje. Then cerita pon abis. Dengan poyonye tulis mamat jahat tu diberkas polis dan dipenjarakan di penjara kajang!! huh!! kalau aku la yang buat filem tu, kalau hero mati, buat la mamat jahat tu pon mati.. Mati kene langgar lori ke.. asalkan mampos jugak!!

[IMAGES BROKEN – UPDATE SOON]
” Aksi hebat Farid Kamil stuntman!! ”

Tapi ape pon tahniah kepada Ahmad Idham kerana berani buat cerita macam ni. Semoga Ahmad Idham dapat menerbitkan cerita yang lebih berkualiti di masa hadapan. Cerita macam ” tipah tetipu ” tu x payah masuk panggung pon takpe. Standard CD jer!!

[IMAGES BROKEN – UPDATE SOON]
” Aksi Zul Huzaimy Stuntman with TZM. Dashat!! ”

Director : Ahmad Idham
Theme : Action Movie
Actor/actress : Farid Kamil | Julia Hana | Zul Huzaimy | Cat Farish | Aqasha
Merit : Membawa Mat Rempit ke panggung.. bukan senang!!
Demerit : Terlalu banyak budaya kuning yang diselitkan.. We’re ISLAMIC country!!

Ditulis pada 30 October '06 oleh | 518 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 21 Respon

Kentot!! yuck!!

click

Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan telur rebus. Aku pun taktahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya. Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap.. so aku dah tak kisah lagilah..

Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu… ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba je kat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk kerumah,i steri aku tiba-tiba cakap dia ada ‘surprise’ untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku.

Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan ‘surprise’ isteriku ini. Aku pun tahan ler… Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega rasanya… bau boleh tahan… maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi… Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi.. bunyinya PROOOTTT!! .. fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia… aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia… adalah macam bau telur tembelang sikit..

Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi… hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu.. lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu… PRRROOOOOTTT!!!!… fuhh lega… bergegar sikit meja makan dibuatnya… peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut ‘ahhhh…. lega…’. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat..

lalu dia kata ‘SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!’ dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le… camne boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus melopong… ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!. ? jadi aku pun nak kaber malu, aku tanya la kat pak mertua aku. ‘dah lama ke pak sampai?’.Dan pak mertua aku pun jawab. ” Dah lama. Sebelum kentut pertama lagi!!” ..

p/s : pengajarannye, kentut siang pandang padang, kentut malam dengar dengar.. :))

Ditulis pada 28 October '06 oleh | 660 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 15 Respon