Respon Khai Pada Dunia – Part 1

Respon-Aku-Pada-Dunia

Kan dah kata jangan sibuk-sibuk suruh selalu update blog. Sekarang dah selalu update siapa yang susah? Korang jugak yang susah nak kena baca. Lepas tu nak kena komen pulak tu. Padan Muke!! Hehehe.

Respon dan confuse’ku pada dunia. Apa perkara yang rajin buat Khai konpius? Ini adalah artikel spontan tanpa sebarang research. “Aku” digunakan instead of “Khai” atas sebab tertentu.

1. DVD Cetak Rompak
– Sesungguhnya aku konpius dengan sebuah pasar malam di Kampung Kerinchi yang berhampiran kawasan perumahan polis berpangkat Sarjan dan Inspektor ke atas. Bagaimana tempat yang dekat dengan rumah polis, boleh ada orang jual DVD cetak rompak secara terbuka dan macho sekali. Pernah aku ke sana dan kebanyakkan yang ke pasar malam tersebut adalah pak polis dan keluarga mereka juga. Adakah kerana itu bukan kawasan jagaan mereka dan mungkin bukan skop kerja mereka, ianya dibiarkan begitu sahaja? (more…)

Ditulis pada 9 April '10 oleh | 1,128 views telah diterima.
Dalam kategori Istimewa, Motivasi, Tergempar | Promo di Twitter! | 71 Respon

Posisi modem P1 WiMAX yang betul

Entri ini ringkas. Mungkin lepas ni kalau korang nak Justkhai ni selalu update, Khai tak boleh lah nak update panjang-panjang lagi macam before sebab sebuah artikel yang panjang, perlukan pemikiran yang kretif, kritis dan research yang mencukupi. Cewah! Bak kata Tan Sri Lim Kok Wing.

Artikel ni khas buat pengguna P1 Wimax (W1max) yang menggunakan modem jenis wifi tu. Ala yang kalau baling kat kepala jiran korang, boleh bernanah kepala dia tu. Hehehe. Untuk pengguna Wiggy, pandai-pandai’lah korang manipulasi artikel ni.

gambar-modem-w1max-1

Apa yang perlu korang buat? (more…)

Ditulis pada 8 April '10 oleh | 1,041 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 60 Respon

Jawapan Aku Kepada Persoalan Kalian

jawapanku

Salam guys. Khai dapat banyak feedback mengenai blog ini yang jarang-jarang sangat di’update dan pelbagai lagi’lah persoalan yang Khai terima. InsyaAllah lepas ni Khai akan cuba berikan masa yang sama seperti dulu untuk blog Justkhai ini. Kesian pulak nengok blog ni kan update lambat-lambat. Macam kalau ada yang hari-hari masuk tunggu entri baru tapi tiada dan terus tiada. Apapun dikesempatan ni, Khai nak story sikitlah pasal blog ni yang ramai pembaca baru tak tahu. Yang dah follow lama dan setia, korang dah tahu everything kot pasal blog ni kan? Hehe.

1. Kenapa JK tak update selalu macam dulu?

Blog ni diwujudkan pada hari pertama Khai menjejakkan kaki ke Limkokwing University. Pertengahan tahun 2006 yang lalu. Masa tu as student, memang banyak masa terluang untuk berblogging. Bila siap assignment apa lagi yang menarik untuk dibuat kalau bukan curi sedikit masa untuk update blog kan? Kalau dah itu minat kita. Berkongsi 1001 pengalaman dengan pembaca yang dikenali atau tidak dikenali, amatlah menarik.

Bila Khai tulis blog, Khai selalu bayangkan Khai tengah bercerita dengan member-member di kedai kopi. Kalau di kedai kopi, mungkin untuk beberapa orang. Tapi di blog, beribu-ribu orang akan membaca which is air liur tak membazir dan setiap apa yang nak disampaikan boleh sampai dengan lebih sempurna kerana ianya tulisan. Kalau kita bercakap, masuk telinga kiri, keluar pulak kat telinga kanan.

Kerana itu, mengapa blog ini jarang di’update seperti dulu mungkin kerana Khai kini bukan lagi seorang student yang mempunyai banyak masa yang terluang. Lepas grad, Khai juga bukan working on Justkhai sahaja macam dulu tapi sekarang dah berbelas-belas web projek yang lain samaada diketahui umum atau tidak. Itu dari pandangan seorang blogger sahaja. Malangnya Khai juga seorang freelancer yang amat sibuk dengan urusan yang lebih mencabar berbanding menulis blog.

2. Apesal blog ini membahasakan diri sebagai “Khai” instead of “Aku” atau sebagainya? Macam gay je?

Teringat kisah ada seorang blogger tua otak kat lutut ni, mempertikaikan penulisan yang ada di Blog ini dan seraya memberitahu umum yang Khai adalah seorang gay dan krisis identiti. Hanya dari penulisan, mudah sangat orang nak melabel kita dengan pelbagai sesuatu yang tak masuk akal kan?

Untuk Blogger tua tersebut dan sesiapa sahaja yang tidak mengetahui, (more…)

Ditulis pada 5 April '10 oleh | 878 views telah diterima.
Dalam kategori Blog, Hidup Khai, Istimewa | Promo di Twitter! | 66 Respon