Memilih untuk tidak lagi menulis status di Facebook

Lagi beberapa hari menjelang hari raya untuk edisi hijrah 2011. Alhamdulillah, akhirnya semalam jumpa juga baju raya yang berkenan di hati. Ampang Park juga yang ada. Tempat lain susah nak cari yang berkenan. Ialah baju Melayu ni boleh dikatakan beli setahun sekali je iaitu time nak hari raya macam ni la. Then akan pakai sampai la baju tu tak muat atau mungkin kena rembat? Hehe. Pakai pun tak selalu, untuk pergi Solat Jumaat atau datang ke majlis-majlis keagamaan jadi beli la yang ok sikit untuk kepuasan diri sendiri. Siapa yang baju Melayu tahun lepas elok lagi tu, pakai ajelah. Tak bermakna tiap kali hari raya, tiap kali tu juga nak kena beli baju Melayu kan? Hehe.

Kembali kepada tajuk, pastinya semua orang kenal dengan Facebook. Pergilah online kat mana-mana sekalipun, cuba nengok laptop orang lain. Apa yang diorang tengah buat? Rata-ratanya mesti akan online Facebook. Kalau tak pun cuba nengok kat taskbar, confirm ada Facebook yang dah di’minimize’kan. Pendek kata Facebook dan jadi satu keperluan harian majoriti dari kita semua hari ini.

Baru-baru ni Khai dah tutup akaun Facebook Khai. Bukan tutup sampai orang tak boleh nak access, tapi tutup sekadar pengetahuan peribadi sahaja. Maksudnya, Khai takkan update lagi apa-apa status di Facebook personal. Agaknya sebab apa ya? Mari kita renung-renungkan. (more…)

Ditulis pada 26 August '11 oleh | telah diterima.
Dalam kategori Hidup Khai, Motivasi | Promo di Twitter! | 42 Respon

Antara Dedicated Server dan Shared Server

Salam Ramadhan Almubarak buat semua pembaca Justkhai, tak kiralah yang baru atau yang dah lama follow blog ni. Blog ni dulu mungkin boleh dikatakan berada di atas. Tapi hidup ini orang kata macam roda. Kadangkala kita di atas dan ada masanya kita duduk di bawah. Dan faktor kesibukan yang membuatkan blog ini sepi tanpa sebarang update, mungkin membuatkan ramai pembaca lari. Korang jangan buat perangai macam ni ye? Hehe.

Tapi itu semua Khai dah tak peduli dah sekarang. Biarlah mana blog naik ke, jatuh ke, menurun ke atau apa sekalipun, kita back to basic. Buat blog untuk berkongsi ilmu atau apa sahaja yang bermanfaat. Bukan sekadar omongan kosong yang membuang masa orang yang membaca blog kita. Artikel kali ini adalah menjawab soalan yang ditanya pada Khai, apa itu dedicated server dan mengapa kita perlu menggunakan dedicated server ini? (more…)

Ditulis pada 18 August '11 oleh | telah diterima.
Dalam kategori Blog | Promo di Twitter! | 39 Respon

Happy Birthday to Me: Genap 23 Tahun Usia


* ini kek harijadi tahun lepas

Salam Ramadhan buat semua pembaca Justkhai yang disayangi. Terima kasih kerana masih setia dan sudi untuk membaca blog usang ni. Hehe. Khai tak suka dengan “busy”, tapi si dia cakap, “busy is a good problem”. Bila fikir balik, ada betulnya cakap dia tu. Apapun bila kerjaya kita semakin mencemburui masa yang kita ini, di sini baru ada cabaran dalam hidup. Bagaimana kita nak uruskan kerja, urusan peribadi, urusan diri, kawan-kawan, family, hubungan dan banyak lagi. Hidup biar sedap! 🙂

Artikel ini dikeluarkan tepat pada jam 12 malam, 3 Ogos 2011. Khai dilahirkan pada 3 Ogos 1988. Jadi ini bermakna, Alhamdulillah kerana dipanjangkan umur untuk bertemu dengan usia 23 tahun ini. Well, antara usia Khai 22 tahun pergi ke usia 23 tahun, sememangnya seribu satu perkara yang telah Khai lalui dan lakukan. Antaranya ialah: (more…)

Ditulis pada 3 August '11 oleh | telah diterima.
Dalam kategori Hidup Khai, Istimewa | Promo di Twitter! | 82 Respon