Hidup Sebagai Seorang Full Time Blogger – Pt. 1

justkhai-blog

Tiada rahsia antara kita. Hehe. Entri kali ni anggaplah entri personal antara Khai dengan korang. Ramai yang tanya Khai pagi-pagi buat apa, petang buat apa then malam buat apa. Meh la sini Khai ceritakan kehidupan seorang blogger dan freelancer sepenuh masa. Orang kata, blogger ni makan, tidur, kencing atau berak, duit tetap jalan. Sejauh mana kebenaran kata-kata tersebut?

Khai pun tak tahu berapa lama Khai akan kekal hidup sebegini sebagai blogger sepenuh masa. Sebabnya sekarang Khai bukan sahaja seorang blogger, tetapi juga seorang freelancer dalam bidang design. Ni sedang giat usaha nak buka company sendiri. Kalau nak stop blogging ni nanti, Khai stop lah. Tak perlu nak buat satu announcement khas. Tapi korang mesti rindu nak baca bebelan Khai pada masa tu kan? Hehe.

Apapun secara peribadi, Khai rasa gembira sebab sedikit perkongsian ilmu, dapat melahirkan ramai blogger-blogger baru yang hebat seperti korang. Ada yang dah beralih dari Blogspot kepada WordPress self-hosted lepas baca artikel Khai, which is satu anjakan paradigma paling kacak bagi sesiapa yang berminat dan serius ingin menjadi blogger. Ada yang dulu tak kenal Twitter tu apa tapi sekarang hari-hari bising dekat Twitter dan macam-macam lagi lah.

Kadang-kadang tu ada blogger baru nak naik yang menghentam Khai, tapi bila Khai search email atau nama dia, ada je email atau komen-komen dari dia dulu bertanya itu ini dan dibalas baik. Kalau dia jadi seperti dia sekarang dengan sedikit ilmu perkongsian dari Khai, Alhamdulillah. Kita berkongsi ilmu Allah secara percuma dan bila dibalas macam tu, kita terima apa adanya. Langsung tak ambil hati (sikit tu ada. Hehe).

Berbalik pada tajuk entri, oleh kerana Khai sendiri seorang full time blogger, jadi Khai tak perlu gunakan orang lain sebagai contoh dan apa yang ditulis ini tiada yang benar melainkan benar belaka. (more…)

Ditulis pada 15 April '10 oleh | 748 views telah diterima.
Dalam kategori Blog, Hidup Khai, Istimewa | Promo di Twitter! | 85 Respon

Respon Khai Pada Dunia – Part 1

Respon-Aku-Pada-Dunia

Kan dah kata jangan sibuk-sibuk suruh selalu update blog. Sekarang dah selalu update siapa yang susah? Korang jugak yang susah nak kena baca. Lepas tu nak kena komen pulak tu. Padan Muke!! Hehehe.

Respon dan confuse’ku pada dunia. Apa perkara yang rajin buat Khai konpius? Ini adalah artikel spontan tanpa sebarang research. “Aku” digunakan instead of “Khai” atas sebab tertentu.

1. DVD Cetak Rompak
– Sesungguhnya aku konpius dengan sebuah pasar malam di Kampung Kerinchi yang berhampiran kawasan perumahan polis berpangkat Sarjan dan Inspektor ke atas. Bagaimana tempat yang dekat dengan rumah polis, boleh ada orang jual DVD cetak rompak secara terbuka dan macho sekali. Pernah aku ke sana dan kebanyakkan yang ke pasar malam tersebut adalah pak polis dan keluarga mereka juga. Adakah kerana itu bukan kawasan jagaan mereka dan mungkin bukan skop kerja mereka, ianya dibiarkan begitu sahaja? (more…)

Ditulis pada 9 April '10 oleh | 980 views telah diterima.
Dalam kategori Istimewa, Motivasi, Tergempar | Promo di Twitter! | 71 Respon

Posisi modem P1 WiMAX yang betul

Entri ini ringkas. Mungkin lepas ni kalau korang nak Justkhai ni selalu update, Khai tak boleh lah nak update panjang-panjang lagi macam before sebab sebuah artikel yang panjang, perlukan pemikiran yang kretif, kritis dan research yang mencukupi. Cewah! Bak kata Tan Sri Lim Kok Wing.

Artikel ni khas buat pengguna P1 Wimax (W1max) yang menggunakan modem jenis wifi tu. Ala yang kalau baling kat kepala jiran korang, boleh bernanah kepala dia tu. Hehehe. Untuk pengguna Wiggy, pandai-pandai’lah korang manipulasi artikel ni.

gambar-modem-w1max-1

Apa yang perlu korang buat? (more…)

Ditulis pada 8 April '10 oleh | 910 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 60 Respon