Respon Khai Pada Dunia – Part 2

Artikel berikut adalah kesinambungan dari artikel Respon Khai pada Dunia – Part 1.

i-love-u

Salam guys. W00t!! Hampir terlupa untuk udpate Justkhai ni. Manjang rajin update Oh! Khai tu je. Hehehe. Tapi memang betul la bukan senang nak update Justkhai ni sebab tak boleh nak cerita yang biasa-biasa (expectation korang agak tinggi). Apalagi hal personal, semuanya dah Khai pindah masuk Oh! Khai dan Khai rasa korang yang rajin masuk Justkhai ni pun nak baca something yang bermaklumat dan berfaedah. Who cares about me? Betul tak?

Ok, kesinambungan untuk Respon Khai pada Dunia – Part 1, kita teruskan untuk Part 2 pula. Macam biasa, 5 respon diberikan dalam setiap bahagian.

6. Who the Hell behind Petaling Street, Downtown, Uptown etc?

downtown-kl

Kerat jari kalau korang tak kenal semua tempat-tempat ni. Uptown Damansara, Uptown Danau Kota, Downtown Cheras, Downtown Shah Alam dan Petaling Street. Dan Khai sanggup kerat jari kuku (huhu) kalau ada lagi antara korang yang tak pernah jejak tempat tersebut untuk beli baju, kasut atau at least baju dalam! Woot!

Kat situ semua murah-murah dan sedia maklum kesemua benda yang dijual kat tempat-tempat macam tu, memang bukan original dan kebanyakkan barang datang dari negara China dan Indonesia. Persoalannya, bolehkah tempat-tempat macam tu boleh ada di Malaysia dengan senang hatinya?

Polis mana? (more…)

Ditulis pada 27 April '10 oleh | 16,456 views telah diterima.
Dalam kategori Daily Craps, Istimewa, Motivasi, Tergempar | Promo di Twitter! | 82 Respon

Pelancaran Oh! Khai dan Oh! Dara

Dimaklumkan kepada semua kawan-kawan ku di sini, dua web lagi under Oh! Media baru dilancarkan dan kedua-dua website ini bukanlah website komersial di mana tiada iklan yang akan diletakkan.

1. Oh! Khai

ohkhai

Dulunya diari online Khai yang beralamat khai.via.my tapi dah di’upgrade keupayaannya dengan cover-up sekali untuk live blogging (blogging via phone). Ini bermakna blog live blogging Khai yang beralamat di www.justkhai.com/live dah tiba ke penghujung usia’nya tapi masih ada sampai bila-bila untuk rujukan. Oh! Khai meliputi kisah hidup dan pandangan untuk kehidupan yang jauh lebih peribadi berbanding Justkhai. Dan mungkin tiada lagi kisah personal di Justkhai selepas ini. Dan itulah tujuannya untuk menjadikan Justkhai tidak terlalu personal seperti sebelum ini. Sikit-sikit tu boleh. Hehehe.

URL: www.ohkhai.com

2. Oh! Dara

ohdara

Sebuah website ilmiah ber’orientasi’kan seks dan kehidupan alam perkahwinan. Biarpun Khai dan mereka yang terlibat nyatanya masih belum berkahwin, tapi bila diperkatakan melalui ilmu, pastinya ianya adalah ilmu dan tolong jangan pernah pertikaikan biarpun melibatkan seks. Dari survey yang dilakukan, di dapati orang melayu paling ketinggalan dalam pengetahuan mengenai seks bairpun telah mendirikan rumah tangga. Nafkah batin ni sebenarnya tersangatlah penting dalam kehidupan berumah-tangga kalau nak bahagia sampai korang monopause. Hehe. Pemikiran yang terbuka amat diperlukan semasa melayari.

URL: www.ohdara.com

Beberapa website lain masih di dalam pembinaan termasuk sebuah website komersial iaitu Tanpa Warna yang akan menjengah dan memeriah dunia internet pada June 2010 ini dan seterusnya secara berperingkat. Sokongan berterusan dari korang semua amatlah diperlukan. Majulah Blogger untuk Negara. (more…)

Ditulis pada 22 April '10 oleh | 1,997 views telah diterima.
Dalam kategori Istimewa | Promo di Twitter! | 59 Respon

Business Card – Failed pada pandangan pertama

Artikel ini mungkin ringkas, tapi harap diambil berat oleh kita semua. Member Khai cerita, ada orang ni datang kat dia ajak join bisnes. Orang tu kata bisnes dia macam MLM tapi bukan MLM (kenyataan yang agak palat di situ). Then dia pun kasi member Khai ni business card, dan cakap akan datang beberapa hari lagi.

Dengar dari cerita kawan Khai tu pun, dah memberi Khai first impression yang agak tidak baik. Lepas tu Khai pun mintak business card yang orang tu kasi. Nak jugak tahu business apa dia buat dan power sangat ke? Dan sekali lagi, first impression pada kad tersebut teramat-amat mengecewakan dan harus kita semua elakkan dari buat perkara yang sama.

Lepas nengok kad kat atas ni, terus Khai cakap dengan member Khai, jangan layan orang tu lagi dan silalah buat bodoh walaupun sebenarnya tak perlu dibuat-buat lagi kebodohan itu. Hahaha. Mengamuklah kalau dia baca. Anyway, apa yang silapnya pada business card tersebut? Ini adalah pendapat Khai lah ye untuk direnungkan bersama. (more…)

Ditulis pada 20 April '10 oleh | 1,801 views telah diterima.
Dalam kategori Hidup Khai, Tutorial | Promo di Twitter! | 59 Respon