Gila Wayangkah Diriku?


2 Minggu lepas, Khai gi Alamanda, Putrajaya untuk shooting video clip. Untuk final assignment bagi last semester ni, Khai pilih lagu dari Sixthsense bertajuk Tak Bisa Memilihmu untuk Khai jadikan video clip. Video clip diorang kat Youtube tak banyak membantu pun. Bak kata Lecturer Khai, sah-sah diorang tak banyak budget nak buat video clip tu. hahaha. So habis shot kat Alamanda, Kitorang gi Genting plak shot kat sana dan sampai Cyberjaya balik dalam pukul 11 malam. Nanti dah siap editing video clip ni nanti, InsyaAllah Khai publish’kan untuk korang semua komen.


So untuk sesiapa yang tak tahu lagi, GSC Alamanda dah dibuka kepada semua. So jom la merasa nengok wayang kat Alamanda plak. Hehehe. Rasanya ni adalah GSC yang paling besar dan cantik yang ada kat Malaysia ni. Agaknya ada yang tertanya, apesal cerita 2 minggu lepas Khai cerita hari ni plak, ini adalah disebabkan ketidak-boleh-belah-an Internet di Limkokwing Hostel ni. Memang siot. Memang Khai akan cuba jugak dapatkan Maxis Broadband nanti.

Evolusi: KL Drift


Ini pulak kisah hari Ahad minggu lepas (6 April). Lepas frust cari rumah/bilik untuk disewa tak jumpa-jumpa, boleh pulak melencong gi IOI Mall nengok KL Drift. Serious, memang tak rancang langsung. So kalau korang still tak nengok lagi sebab terdetik dalam hati tu cerita ni macam taik, sebenarnya korang tu yang taik sebab cerita ni bagi Khai memang awesome! Kalau nak dibezakan dengan Impak Maksima, macam langit dan bumi bezanya. Cerita ni bagi Khai sangat OK (bagi standard cerita negara kita). Lagi-lagi ada satu scene yang memang susah nak lupa time Farid Kamil kene langgar kat Jambatan Cinta tu. Memang real and powerfull!! Kepada yang dah nengok, betul tak? Tahniah kepada Skop Production. Dashat jugak anak Yusof Haslam ni ek? Bapak dia pun tak boleh nak buat cerita macam ni agaknya sebab bapak dia dah tua. Ni kan cerita remaja. Hahaha. Jangan saman saya, saya orang susah 😛

Pssttt: Usya tiket wayang tu, apesal la duti hiburan mahal sangat. Sampai RM1.60 sedangkan harga tiket just RM6.40 jerk! Semua nak cukai. Makan KFC pun nak cukai. Cam siak je government ni!!

IMAX Theater


Fuh, kenapalah Khai tak pergi IMAX ni dari dulu lagi. Semalam, Faculty of Multimedia Creativity Limkokwing University buat satu program ramai-ramai gi IMAX, Time Square KL (Level 10). Harga tiket RM11 je tapi kepuasan dia tuhan saja yang tahu. Sampaikan cerita hampir 1 jam Khai rasakan macam 5 minit aje. Tak puas! Nak lagi nak lagi!! Kitorang nengok cerita Hunted Castle. Kalau still tak tahu, IMAX ni adalah wayang terbesar di dunia. Bila korang masuk je, korang akan terpegun dengan screen dia setinggi 3 tingkat bangunan dan sound dia, 5 bintang! Cerita kat IMAX ni semua cerita 3D yang akan membuatkan korang seakan-akan watak dalam cerita tu. Mean macam korang berada dalam cerita tu lah sebab gambar dia akan timbul membuatkan korang rasa nak pegang je apa yang ada kat depan korang. Contoh macam Khai nengok semalam, ada satu hantu yang mengerunkan cucuk camera pakai tombak. So kitorang kat dalam semua jerit sebab rasa macam hantu tu nak cucuk kitorang. Hehehe. Burung terbang pun rasa macam boleh tangkap je. Bila try tangkap, tak dapat pun. hahaha. InsyaAllah, ada masa Khai akan ke sana lagi. Nak nengok cerita T-Rex la plak. Sure rasa macam nak kena makan dengan Dinosour nanti.

Ditulis pada 12 April '08 oleh | 572 views telah diterima.
Dalam kategori Daily Craps | Promo di Twitter! | 40 Respon

Berakhirnya kehidupan seorang remaja.

Hehe, bukan berakhir sangat pun dunia remaja Khai. Rasanya tak pernah lagi Khai cerita pasal Internship (praktikal atau latihan industri) dalam blog ni. Bukan ape, rasanya setiap student mesti akan rasa bahangnya bila sampai masa nak praktikal. Bukan senang nak siapkan assignment final semester (gila babeng punye susah) dan dalam masa yang sama, nak kena cari company mana nak buat praktikal. Kalau dapat nak kene pergi Interview lagi. Nasib la kalau dekat. Kalau jauh sendiri mau ingat lew.


Untuk Khai, Alhamdulillah coz dah dapat tempat praktikal. Alhamdulillah, dengan satu Interview je dah terus dia call suruh praktikal situ. Actually apply kat Jobstreet je. Hehe. Tak payah susah-susah macam student lain gi merayau jauh-jauh cari company ala-ala manual. Ape punye bengong taknak guna kemudahan internet depan mata. Apply kat Jobstreet la thambey! Duduk atas kerusi je. Tapi tak susah pun kitorang nak cari sebab kalau sebut nama Limkokwing University je, kompem-kompem je diorang terus panggil Interview. Market gila siot nama university ni walhal pada hakikatnya, malas la nak tulis sini.

Khai dapat buat praktikal kat Asia Media Sdn. Bhd. Popular gak company ni (sebab tu Khai apply) dan Khai harap boleh dapat belajar sesuatu yang lebih dari sana. Bos dia cina tapi diorang memang sporting dan best. Adanya amoi-amoi dalam company tu, Khai harap dapatlah diorang tu memeriahkan mataku ini. Haha. Kalau korang tak tahu Asia Media ni company buat ape, apa kata korang cuba naik bas Rapid KL. Then kalau nampak TV dalam bas tu, itulah apa yang Asia Media buat. We’ll buat online advertising dalam bas Rapid KL. Hebat siot buat iklan dalam bas tapi guna internet. Ape teknologi diorang guna, usya website diorang 😛

Elaun yang mereka tawarkan RM1300. Tapi lepas tolak sewa hostel (dalam kawasan university) semua ada la tinggal RM500. Hostel kat dalam Limkokwing ni harga dia mmg murah. Satu bilik RM800. Terbaek kan?!! Alhamdulillah ada lagi RM500 kalau nak compare dengan ramai student kat Limkokwing ni yang dapat bawah RM400. Yang tak dapat langsung elaun pun ramai. Nak buat camana, dah memang kitorang tak berhak pun nak mintak elaun sebenarnya sebab praktikal ni dikira semester 6. Dah selesai praktikal, baru la boleh graduate.

Dari contract 4 bulan yang dah Khai sign, Khai bertanggungjawab dalam semua aspek yang melibatkan 2D & 3D design. Pergh, cam mencabar je. Selain tu Khai gak akan terlibat dengan interior LCD dalam bas Rapid KL tu. Camana nak kasi orang nengok LCD tu tanpa sesaat pun menjeling keluar tingkap. Fuh, jangan terkejut kalau korang nampak satu iklan dalam bas tu mempromo blog JustKhai ni. Tapi masa tu korang pun paham-paham sendiri la yang bontot Khai dah pun ditendang dari tingkat 2 office diorang. Hahahampes!

Lokasi untuk Khai, kat HQ diorang kat Pusat Bandar Puchong. Ala, sebelah dengan Tesco Puchong je. Jalan depan sikit plak, sampai kat IOI Mall. Hurm, Ingat nak cari rumah kat area sana, so kalau korang atau ada member yang nak sewa rumah atau bilik kat situ, tolong’lah hubungi Khai ye. Ingat nak sewa kat Desaria (Limkokwing Hostel) ni je, tapi on the way pergi balik tu sakit sikit la nanti. Bawak Yamaha 125zr plak tu. Errr, kalau motor 125zr ni boleh switch guna air atau petrol, kan ke bagus tu.

Itu tempat praktikal yang dah memang confirm hitam putih, satu lagi kat Limkokwing University. Praktikal kat Creation of Creative Content (CCC). Diorang ni yang bertanggungjawab membangunkan website Limkokwing University yang design smart giler tu dan macam-macam web yang melibatkan kreativiti kat Malaysia ni. Kalau kat situ pun kira OK jugak la. Dengan elaun RM700 dan paling penting, praktikal kat tempat yang dah memang kita familiar dan bukan calang-calang student dapat buat praktikal kat situ. Apepun, still tunggu confirmation dari lecturer Khai sebab dia ni yang bersungguh-sungguh cuba push Khai praktikal kat Limkokwing. Thanks a lot Sir. Tapi bila pikir balik, tak rasa dunia kerja la kalau buat praktikal kat tempat belajar.

Latihan Industri akan bermula 02 June nanti. So harap Khai akan dapat menyesuaikan diri kerana serious, ini pengalaman pertama Khai untuk bekerja. Even just praktikal, tapi kompem la rasa macam dah kerja nanti kan? datang dan balik ikut office hour. Huuu, tu la mak, dulu orang nak kerja cari pengalaman mak tak kasi skang anak mak ni la orang paling cuak taw! hehe. So abis praktikal October dan February 2009, dah graduate. Pergh, lajunya masa berlalu.

Ok korang, thanks coz baca entri ni dan tolong doakan Khai akan berjaya dengan penuh cemerlang. Jangan cakap entri ni langsung takde information Ok? skurang2nye korang dah tahu kan sekarang siapa itu Asia Media Sdn. Bhd dan apa itu Jobstreet? Betul tak?

Pssttt: Thanks a lot kepada semua yang dah menyenangkan interview Khai secara langsung atau tidak langsung. Cgyhost & Syia (coz sponsored semua web-web), Arman dan Aidil. Errr, actually post ni Khai dah tulis 3 hari lepas tapi disebabkan ISP Mykris Asia kat Desaria ni ‘laju’ macam cipan, terpaksa la Khai hold. InsyaAllah, masuk je praktikal nanti, akan ku rembat Maxis Broadband. Mamak, Maxis Broadband satu!! hahaha.

Updated: 12 April 2008 7:20am
Khamis baru-baru ni, Khai pergi interview kat Limkokwing University plak. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan Khai diterima internetship this June. Fuh, hampir 2 jam interview tu berlangsung. Abis segala jenis web, coding, web 2.0, dan macam-macam lagi la dia suruh tunjuk kat satu computer. Nampaknya Khai sorang je la melayu yang kerja dalam CCC tu nanti. Semuanya cina maaa tapi diorang best. Friendly abis. Apa yang jadi masalah sekarang, kat Asia Media Khai dah sign contract! What should i do? Uwaa.. Khai lebih prefer untuk bekerja di Limkokwing University dari Asia Media atas bermacam-macam sebab seperti tak jumpa rumah nak sewa kat Pusat Bandar Puchong dan Area Puchong yang ternyata berbahaya kepada 125zr ku.

Ditulis pada 8 April '08 oleh | 660 views telah diterima.
Dalam kategori Daily Craps, Istimewa | Promo di Twitter! | 36 Respon

Kaspersky New License Key

Kalau korang tidak menggunakan Kaspersky Anti-virus atau BitDefender Anti-Virus, Korang adalah termasuk dalam golongan yang tidak mementingkan kualiti atau lebih enak dikatakan golongan yang pikir “asal ada antivirus sudah”. Asal ada anti virus je, korang pikir pc korang dah cukup best dan selamat. Kejadah? Tak pernah tahu bila anti-virus tak popular bila scan tak detect virus tapi bila pakai anti-virus yang pemes ni boleh detect beratus-ratus virus? Tidak, pilihlah anti virus “majoriti dunia” atau yang sudah terbukti hebat dan berada dalam kedudukan ranking yang baik. Tapi Khai lagi suka menggunakan Kaspersky Antivirus. Cnet memberitahu BitDefender Antivirus berada dalam kedudukan nombor 1 meninggalkan Kaspersky Antivirus di tangga No 2. Namun perbezaannya langsung tak ketara. Mungkin BitDefender di atas hanya kerana namanya bermula dari B dan bukannya K seperti Kaspersky. Apepon, Khai berani mengatakan orang biasa-biasa seperti kita di Malaysia ni, mungkin 1 dalam 1000 sahaja yang menggunakan anti virus yang original. Betul tak? Limkokwing pun guna yang free je oiii..

Untuk pengguna Kaspersky Antivirus, masalah terbesar korang buat masa sekarang mungkin hari-hari akan dapat notice seperti di bawah.

Product license expires in (number) days. You are advised to renew the License.

Hari artikel ni Khai tulis (04 April), license key sebelum ini akan expired lagi 3 hari. So jangan malu-malu dan segan untuk apply License Key baru yang boleh korang download di bawah.

Download Kaspersky New License Key.
orang sudey download taw!
Before this dah lebih 30ribu download. Atas masalah teknikal, Khai terpaksa reset balik couter kepada 0.

How to update your license key? (more…)

Ditulis pada 4 April '08 oleh | 3,456 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 77 Respon