Google Search Tricks


Ada baca kisah cinta tiga segi si banduan bernama Hazwan dalam blog ni? Kalau belum korang mesti baca kerana sampai sekarang, hits cerita tu sahaja selama tiga minggu dah lebih 20 ribu hits dan dah lebih dari 350 komen dari pembaca dan terus meningkat. Nak lagi best, baru beberapa hari lepas Khai updated (upload’kan) video yang kononnya video pembunuhan Hazwan ke atas girlfriendnya. silalah download.

So cakap banyak pun tak guna sebab korang bukan boleh dengar. Hahaha. Hurm, berapa ramai pengguna Google Search Engine di luar sana? Ramai nyeee… tapi berapa ramai dari itu yang betul-betul mengoptimakan penggunaan Google Search?

Frasa Pencarian Google
Kalau korang nak cari ayat contohnya Pergi ke London iaitu ayat yang tidak terpisah (satu ayat), korang kena letak quotes (” dan “) sebelum dan selepas ayat tu. Contohnya seperti “Pergi ke London”. Google akan automatik mengeluarkan hasil carian mana-mana artikel yang ada menulis Pergi ke London. Kalau tak buat macam ni, Google secara rambang akan mencari mana-mana artikel atau web yang terdapat ayat Pergi, ke dan London. Bila tunggang terbalik hasil yang dikeluarkan, itu bermakna korang mencari sesuatu yang susah.

Gunakan tanda “-ve” dan “+ve”.
Contohnya seperti PKR -kool. Dengan adanya tanda “-“, Google akan mencari mana-mana artikel yang mempunyai ayat PKR dan pada masa yang sama turut menyenaraikan HANYA web yang mempunyai ayat kool dan PKR. Kiranya, takde la keluar result dengan hanya satu kata kunci yang korang letak tu. Err, contoh ayat tu tak bermakna PKR memang kool ok.

Gunakan susunan ayat yang betul.
Ini selalu yang kita buat. Contohnya kalau nak cari perkataan Limkokwing University di Google, ada yang gemar meletakkan University Limkokwing. Suka hati je nak terbalikkan sana sini. Sebenarnya ianya sedikit sebanyak memberi effect kepada hasil pencarian korang. Kalau nak melayu, taipkan aje la Universiti Limkokwing. Bukan University Limkokwing. Ini contoh je sebagai tribute di mana tempat Khai belajar sesuatu sekarang ni.

Google Forced Search
Google memang dah disetting untuk mengeluarkan ayat-ayat biasa seperti “how”, “and”, “what” dan sebagainya kerana ianya mampu melambatkan hasil pencarian korang. Tapi kalau perlukan ayat tu sebagai kata kunci utama pencarian korang, contohnya Khai +and Nieza.

Search for Unique Articles
Ni mudah je. Dari dulu Khai dah guna. Contohnya kalau korang terus nak mencari artikel mengenai Band Hujan di website Berita Harian, so korang kena ingat keyword ni.
site:URL “keyphrase”
Contohnya, site:bharian.com.my “Hujan”

Dot Dot of Google Search
Bagi Khai ini paling best. Dengan menggunakan simbol dot dot, korang akan dapat result dengan penuh sempurna di Google. Contohnya jika korang berhasrat ingin membeli seluar jeans dalam lingkungan harga RM50 hingga RM100, so apa yang perlu korang lakukan adalah, Jeans RM50..RM100. Tambahkan saja dot dot (..) di tengah-tengah tanpa ada space. Begitu juga untuk mencari fakta seperti P Ramlee 1928..1976

Google Define
Gunakan Google untuk mengetahui perkara yang korang nak sangat tahu. Jangan terlalu berharap kepada Wikipedia macam apa yang Khai selalu lakukan dulu. Berpandukan kepada hanya satu maklumat dari Wikipedia, tidak bermakna ianya sebuah maklumat yang lengkap. Contohnya kalau korang search “web 2.0′, so akan keluar banyak maklumat beserta praktikal di mana mampu membuatkan korang betul-betul tahu apa itu web 2.0 bukan dengan hanya tahu definasi sesebuah perkataan atau istilah.

Google Calculator
Google juga boleh berfungsi seperti Kalkulator. Amat mengagumkan. 1st time dengar ke? Kesiannya dia Sebenarnya member-member Khai yang ambil Diploma in Information Technology selalu gunakan untuk menjawab soalan-soalan math yang gila mencabar dengan menggunakan Google Calculator. Diorang cakap, Lecturer bukan tahu beb! Hahaha. Find out more about Google Calculator.

Google Spell Checker
Ini sebenarnya tak perlu Khai masukkan dalam senarai. Tapi rasanya bagus juga untuk korang yang masih belum tahu lagi. Tak kiralah perkataan melayu, english, cina atau apa pun, gunakan Google untuk mencari ayat yang betul kalau korang rasa bit confuse tentang ejaan yang betul. Contoh paling senang kita ambil, kalau korang confuse nak tulis “bussiness” atau “business”. Buka Google dan taipkan bussiness, then akan keluar “Did you mean: business”. So, itulah ejaan yang betul.

Jika sebelum ini korang lebih gemar menggunakan Yahoo sebagai platform utama membuat carian, berubahlah kepada Google. Bagi Khai, Yahoo lebih sesuai untuk search gambar (images) dan Google paling sesuai untuk membuat carian yang lain.

Ditulis pada 31 March '08 oleh | 630 views telah diterima.
Dalam kategori Tutorial | Promo di Twitter! | 26 Respon

Masjid Kristal yang Dibanggakan

Guys, kalau korang still belum tahu, Khai ada buat sedikit pakej pengiklanan secara kecil-kecilan di blog ini. Data hits dan segalanya ada di page pengiklanan. Pengiklanan hanya serendah RM10/month dan tiada hidden charge. Murah? tahu takpe.. Thanks to Titan sebab awal-awal lagi dah letak iklan kat sini. Tak sempat nak promo. Hehe.


Tadi terbaca kat sebuah blog pasal Masjid Kristal kat Terengganu ni. Patut ke Masjid yang diagung-agungkan ini hanya agung pada nama dan seni binaan’nya. Dah la si Patrick Lim yang design. Bukan Patrick Lim Abdullah ok! Siapa sebenarnya Patrick Lim, sila Google! Apa yang tak betulnya, korang pikir sendiri patut ke masjid yang dibina dengan kos lebh RM27 juta ni hanya dijadikan sebagai hiasan atau lebih kepada konon kehebatan perdana menteri “maha hebat” kita, Pak Lah. Tak boleh solat jumaat siot.. Kalau boleh pun, ramai ke yang sanggup abiskan RM5 untuk tambang bot pergi dan balik ke masjid tu? Baik sedekah je kat Masjid dari kasi tokey bot. Ah, malunya Khai dapat pemimpin yang tak pandai nak suruh Isteri sendiri bertudung ni. *wink

Korang lihat sendiri video di bawah ni. Sampai ada yang terakam lembaga pelik kat kubah masjid tu. Agaknya dah berapa juta jin la yang jadikan masjid perhiasan ni sebagai rumah baru mereka ek?

Rakyat Terengganu, kesian korang dapat pemimpin islam yang bodoh seperti Idris Jusoh. Err, tolong jangan saman saya. Saye orang susah.


Gambar di atas adalah hadiah yang baru Khai terima dari Nieza malam tadi. Semalam Khai dah kasi dia hadiah, harini dia balas balik. Hehe. Eventhough hadiah ni nampak kecil bagi korang, tapi amat besar effectnya bagi Khai. Of coz la kan. Eh lupa nak kasitahu. Kitorang main balas-balas hadiah ni sempana Anniversary kitorang yang pertama. Hadiah besday nanti baru la yang grand-granny. Dah setahun couple rupanya. Macam baru semalam rasanya Nieza ngorat Khai dengan cara suruh update’kan Antivirus AVG dia. Hehe. Macam-macam masalah yang datang dan Alhamdulillah, kekal sampai hari ni. Err, macam tak percaya jugak! Hehe. Sayang dia!

Ini hadiah yang Khai kasi Nieza semalam.

Ditulis pada 27 March '08 oleh | 915 views telah diterima.
Dalam kategori Tergempar | Promo di Twitter! | 72 Respon

Superhero The Movie


Korang pernah nengok Scary Movie? The Naked Gun?? Te Naked Gun Khai tak berkesempatan nak nengok lagi. Tapi Scary Movie, Khai dah jadikan koleksi dari Scary Movie 1 hingga Scary Movie 4. Siapa tak tahu pasal Scary Movie ye tak? Cerita paling kelakar di abad ini. Scary Movie la yang akan Khai tonton bila time bosan, tension atau ada masa terluang. Nengok berpuluh-puluh kali pon still nak pecah perut. Hahaha. Percaya tak, perkara paling penting bila Khai nak backup data selepas assignment, font dan software, koleksi Scary Movie ni la yang awal-awal dulu Khai backup. Sayang gila kalau hilang. Scary Movie 5 under development tahun ni.

Lawak Scary Movie ni memang sucks abis! Diorang ni suka parody (tiru) cerita-cerita yang box office. Ju-On la, The Ring, War of the World, Saw dan banyak lagi la. Tiru bukan sebarang tiru sebab diorang akan buat lagi gempak sambil diselitkan ngan lawak paling cipan skali di dunia ni. Kretif gila babeng.

28 March ni, mereka akan keluarkan lagi cerita ala-ala meniru ni lagi. Superhero tajuk dia. Khai tak tahu samaada akan lepas masuk panggung Malaysia atau tidak. Kalau tak lepas pun beli je la DVD Pirate. Ape susah kan? Memang tak sabar ah nak nengok. Dah lama tak gelak guling-guling ni. Superhero ni nanti akan tiru Superhero dari beberapa superhero yang terkenal antaranya Spiderman (tapi kostum kali ni bukan spider, tapi dragonfly) lakonan Drake Bell, Batman Begins, X-Men, Fantastic Four dan banyak lagi. Sure kencang lagi lawak diorang ni. Nengok trailer pun dah berdekah Khai dibuatnya.

Ni ade 3 jenis wallpaper untuk korang download. Semuanya bersaiz 1280 x 1024.
Download 3 Superhero Wallpaper orang sudey download taw!

Heh, nengok promo poster diorang pun style duduk nengok wayang, dah boleh agak memang ada kena mengena dengan insan yang berkaitan dengan Scary Movie kan?. Pelakon dia pun ade yang sama dalam Scary Movie. So 28 March ni, jom ramai-ramai pecahkan perut di pawagam berhampiran korang. Who am i? I’m Dragonfly.. Hahahaha

Oh ya, Khai ada package baik punye untuk mereka yang berminat meletakkan iklan di Justkhai.Com. Silalah usya ye. Seriously, tak pernah lagi orang buat. Klik Sini.

Pssttt: Isk, bila lah GSC kat Alamanda nak bukak ni. Lembap gile!

Ditulis pada 23 March '08 oleh | 652 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 22 Respon